Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Khasiat Epal!


Assalamualaikum semua! selamat pagi dan selamat bekerja!Setelah hampir seminggu tak menulis. Harini nak berkongsi sedikit  pengetahuan saya dari pembacaan yang saya buat. Harini berkaitan dengan epal.Pernah dengar tak ayat, An apple a day, keeps the doctor away. marah doktor semua lepas ni.
So sebenarnya, apa khasiat epal ni kan?

1. Untuk kesihatan gigi.
- Dengan mengunyah epal akan menyebabkan banyaka air liur terkumpul yang membantu dalam mengurangkan bakteria dalam mulut kita.
2.Menjauhkan dari Alzheimer.
- Epal juga turut boleh membantu diri kita untuk menjauhkan diri dari penyakit Alzheimer. Epal membantu untuk lawan faktor penuaan otak kita!
3.Mengurangkan risiko Parkinson
- Saintis kaitkan epal sebagai salah satu penghalang [enyakit Parkinson atas kandungan epal iaitu antioksidan.
4. Menghalang kanser.
- Saintis dari Amerika Syarikat sudah menjalankan kajian ke atas epal yang berflavanoid dan membuktikan bahawa epal boleh kurangkan perkembangan kanser pankreas sebanyak 23%.
5.Kurangkan risiko diabetes
- Wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari, akan mengurangkan 28% risiko untuk mendapat diabetes jenis 2
6. Turunkan kolesterol
- Kalau sebelum ni kita katakan yang fiber boleh turunkan kolesterol,Epal juga merupakan salah satu sumber fiber.
7. Menyihatkan jantung anda!
- Epal halang pembentukan plak di dalam salur darah kita, jadi darah boleh mengalir dengan senang.
8. Menghalang batu karang.
9. Mengurangkan cirit birit dan sembelit.
10.Mengawal berat badan anda!
11. menyahtoksikkan hati anda.
12.membantu meningkatkan lagi imunisasi
13.mengahalang pembentukan kahak.

Cari Maklumat Di Sini