Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

ZALORA............. SALE ! SALE ! SALE !








Hei Semua,










Koleksi denim sesuai digayakan di mana jua, dari siang hingga ke malam! Kami di Zalora
ada pelbagai pilihan untuk lelaki & wanita yang bergaya seperti kamu! Lihat stail-stail lain disini.


















LAMBANG..........besar peranannya...










Negeri Terengganu Darul Iman ,
Terkenal sejak dahulu lagi.........

slogan " NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK"

itulah terengganu ,
penyu / telur penyu..............  emm terengganu juga..
batik .............the best kainnya...........

makanan :

nasi dagang  & keropok lekor....... 1 malaysia tahu....

begitu juga dengan negeri lain................

LAMBANG ..........dapat mengambarkan sesuatu ......yang tersurat di sebalik yang tersirat

jawatan kosong


Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2012 
Lokasi: Terengganu
Sektor: Kerajaan


Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 

265 Kekosongan Jawatan Seluruh Malaysia Untuk Diisi Menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)
2. Pegawai Kebudayaan Gred 41 (6 kekosongan)
3. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)
4. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)
5. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan: 5 Ogos 2012 
Lokasi: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan


Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan, di Bahagian Pembahagian TNB diseluruh Semenanjung Malaysia. Permohonan dibuka kepada Calon Luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB)

1. Pembaca Jangka Gred PS03 


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 13 Ogos 2012
Lokasi: Seluruh malaysia
Sektor: Swasta

bubur lambuk.................


"selamat menyambut ramadan"

emm....sedap , bubur lambuk kg baru................
sumbangan ikhlas daripada :
                                           utusan malaysia
                                           bernas
                                           al-islam

syurkur..alhamdulilah , dapat juga rasa untuk tahun ini.............







BUBUR LAMBUK


Bahan-Bahan:
100 gm beras
Sehelai daun pandan
2 batang serai
4 sm halia
4 sm kulit kayu manis
300 gm ayam (diricik halus)
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
200 gm minyak sapi
1 ½ liter air
2 gm buah pelaga
5 gm bawang goreng
2 cawan santan

Bahan dihiris:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara:
Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.

....hidangan berbuka puasa...











Inilah hidangan berbuka keluarga ku ......untuk malam ni... apa macam ..best tak!!
      ada kelas gitu................makanan ala barat , Fuh!!
emm...makanan segera ... maklumlah semua dah penat... nak ke kedai pun malas ..

apa2 pun ..bolehlah asalkan dapat makan..
                    "rezeki jangan di tolak maut jangan di cari"
                                    
selamat berbuka semua ,   ...sila2 ....jemput2 ..  / awas!!!  tunggu waktunya.

Resepi bulan puasa


AYAM BBQ 


BAHAN-BAHANNYA 
5 potong ayam 

5 sudu jintan putih
 5 sudu jintan manis 
2 btg serai 
1 inci halia 
1 inci kunyit 
1 sudu ketumbar
 garam sedikit
 gula melaka 

Caranya penyediaan:

 Kesemua bahan ditumbuk halus. ( boleh juga digunakan powder yang siap dijual )
 Ayam dibersihkan dan perap dengan bahan tumbuk tadi selama 1 jam.
  bakar/panggang. Siap.








Ikan masak serai


Bahan8 ekor ikan kembung bersaiz kecil( ikan kekek, ikan selar kuning lebih sedap)
3 batang serai- diketuk
3 ulas bawang putih-dihiris/ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah-dihiris/ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar- dihiris
8 biji cili api-ditumbuk kasar
3 biji cili merah-dipotong 
4air secukupnyagaram secukup rasa
1 keping asam keping


Cara:
1. Sediakan periuk, masak air bersama bahan tumbuk, serai dan asam keping sehingga mendidih.Didihkan selama 5 minit.
2. Masukkan ikan dan garam.Renehkan selama 10 minit. Angkat dan hidangkan










Kuah rojak mamak

200gm kacang di goreng dan di blend
sesenduk lebih cili blend
4 biji bwg besar di blend
5 biji kentang di rebus dan di blend
2 senduk besar gula merah
2 senduk besar gula pasir
garam secukup rasa
air asam jawa

Cara2nya

bahan yg di blend seperti bawang di tumis dng sedikit minyak..bila dah naik bau bubuhlah cili dan masak spai cili td betul2 masak barulah bubuh gula..gula merah.garam kacang tanah kentang yg di blend td dan air asam...masak sehingga kuah tu..mendidih barulah di angkat..anggaran 1 jam

 masak ikut sukatan sendiri mcm gula klu rasa kurang manis boleh tambah lg...gula merah pun mcm tu ..gunanya utk cantikkan wrn kuah tadi...

*kuah rojak mesti ada rasa masam2 sikit dan manis*
*kentang tu utk pekatkan kuahnya...bubuh semasa letak kacang td...

bumi kita




keajaiban bumi dan kebesaran tuhan

Berapa luas permukaan bumi ?
Luas permukaan bumi adalah 510,1 juta km persegi.

Inti Bumi bagian luar

Inti Bumi bagian luar merupakan salah satu bagian dalam Bumi yang melapisi inti Bumi bagian dalam. Inti Bumi bagian luar mempunyai tebal 2250 km dan kedalaman antara 2900-4980 km. Inti Bumi bagian luar terdiri atas besi dan nikel cair dengan suhu 3900 °C.

Inti Bumi bagian dalam

Inti Bumi bagian dalam merupakan bagian Bumi yang paling dalam atau dapat juga disebut inti Bumi. inti Bumi mempunyai tebal 1200km dan berdiameter 2600km. Inti Bumi terdiri dari besi dan nikel berbentuk padat dengan temperatur dapat mencapai 4800 °C.

Bumi adalah planet ketiga dari planet dalam cekerawala. Diperkirakan usianya mencapai 4,6 miliar tahun. Jarak antara Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer atau 1 AU (Inggris: Astronomical Unit). Kala rotasi bumi adalah 23 jam 56 menit 4 detik. Sedangkan kala revolusinya adalah 365,25 hari. Bumi mempunyai lapisan udara (atmosfer) dan medan magnet yang disebut (magnetosfer) yang melindung permukaan Bumi dari angin cakerawala, sinar ultraviolet dan radiasi dari luar angkasa. Lapisan udara ini menutupi Bumi hingga ketinggian sekitar 700 kilometer. Lapisan udara ini dibagi menjadi Troposfer, Stratosfer, Mesosfer, Termosfer dan Eksosfer.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, berada di lapisan stratosfer dan mesosfer dan melindungi Bumi dari sinar ultraungu. Perbedaan suhu permukaan Bumi adalah antara -70 °C hingga 55 °C bergantung pada iklim setempat. Sehari dibagi menjadi 24 jam dan setahun di Bumi sama dengan 365,2425 hari. Bumi mempunyai massa seberat 59.760 miliar ton, dengan luas permukaan 510 juta kilometer persegi. Berat jenis Bumi (sekitar 5.500 kilogram per meter kubik) digunakan sebagai unit perbandingan berat jenis planet yang lain, dengan berat jenis Bumi dipatok sebagai 1.

Bumi memiliki diameter sepanjang 12.756 kilometer. Gravitasi Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran gravitasi planet lain, dengan gravitasi Bumi dipatok sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit alami yaitu Bulan. 70,8% permukaan Bumi diliputi air. Udara Bumi terdiri dari 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% uap air, karbondioksida dan gas lain.

Bumi diperkirakan tersusun atas inti dalam Bumi yang terdiri dari besi nikel beku setebal 1.370 kilometer dengan suhu 4.500 °C, diselimuti pula oleh inti luar yang bersifat cair setebal 2.100 kilometer, lalu diselimuti pula oleh mantel silika setebal 2.800 kilometer membentuk 83% isi Bumi dan akhirnya sekali diselimuti oleh kerak Bumi setebal kurang lebih 85 kilometer.

Kerak Bumi lebih tipis di dasar laut yaitu sekitar 5 kilometer. Kerak Bumi terbagi kepada beberapa bagian dan bergerak melalui pergerakan tektonik lempeng (teori Continental Drift) yang menghasilkan gempa Bumi.

Titik tertinggi di permukaan Bumi adalah gunung Everest setinggi 8.848 meter dan titik terdalam adalah palung Mariana di samudra Pasifik dengan kedalaman 10.924 meter. Danau terdalam adalah Danau Baikal dengan kedalaman 1.637 meter, sedangkan danau terbesar adalah Laut Kaspia dengan luas 394.299 km2.

Ziarah Kubur

gambar hiasan


1.1 Tersebut  dalam  kitab  I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"                                                                          
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)
Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)                                                     
1.2 Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
   
1.3 Menghadiahkan  bacaan  ayat  suci  al-Quran,  terdapat  dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
    
iii. Surah al-Falaq           
                       
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah
1.4 Islam melarang  menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.
1.5 Berdoa kepada arwah  
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah  al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."
1.6      Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah at-Thalibin)


Hukum Perempuan Menziarahi Kubur : 

Bagaimana Dengan Perempuan Yang Haidh ?

Oleh Mufti Brunei
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke
 atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para
 pengikut Baginda)
Salah satu amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada 
bulan Ramadhan dan pada Hari Raya Fitrah ialah berziarah kubur,
 sama ada yang diziarahi itu adalah kubur ibu bapa atau
 kaum kerabat. Berziarah itu pula diisi dengan membaca al-Qur’an yang
 pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Biasanya surah Yassin dan bertahlil merupakan bacaan pilihan masyarakat
 kita apabila berziarah kubur.

Berziarah kubur pula tidak hanya di bulan Ramadhan atau ketika
 Hari Raya sahaja, bahkan terdapat sesetengah keluarga yang 
menjadikannya rutin yang  dilakukan seminggu sekali,
sebulan sekali atau pada waktu-waktu yang dipersetujui oleh ahli 
keluarga yang difikirkan boleh berziarah beramai-ramai ke kubur.

Apa yang biasa dilihat, berbagai lapisan golongan ahli keluarga 
yang bukan sahaja terdiri daripada golongan lelaki dewasa, malahan
 kanak-kanak lelaki dan golongan perempuan juga beramai-ramai turut
 sama berziarah.
Senario golongan perempuan turut serta pergi berziarah ke kubur 
menimbulkan reaksi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa 
perempuan tidak dibenarkan berziarah kubur, lebih-lebih lagi 
perempuan yang dalam haidh. Adakah betul anggapan sedemikian?


Hukum Berziarah Kubur

Terdapat perbezaan hukum berziarah kubur bagi lelaki dan perempuan.

1. Hukum berziarah bagi lelaki

Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur
orang-orang Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
 Buraidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahlah.”

(Hadits riwayat Muslim)

Menurut Imam asy-Syarwani Rahimahullah, ganti nama " كم " (kum) dalam
larangan dan juga " زوروا " pada perintah dalam hadis di atas adalah
ditujukan kepada kaum lelaki.

Orang-orang yang sunat diziarahi kuburnya itu pula ialah:

I. Kubur kedua ibu bapa, walaupun kubur keduanya bukan di negeri
 di tempatnya berada.

II. Kubur kaum keluarga terdekat atau sahabat-handai yang pada ketika 
hidup mereka sunat untuk diziarahi, begitu juga bila mereka meninggal dunia.

III. Kubur orang lain (yang bukan keluarga atau sahabat handai) dengan
 tujuan berziarah untuk mengingatkan kematian, memohon rahmat daripada
Allah Subhanahu wa Ta‘ala untuknya atau sebagainya.

2. Hukum berziarah bagi perempuan

Keadaan perempuan berbeza dengan lelaki dari segi emosi dan perasaan.
 Perasaan mudah tersentuh dengan apa sahaja yang berlaku sering dikaitkan
dengan mereka. Apabila seseorang yang dikenali meninggal dunia, lebih-lebih
lagi jika orang tersebut adalah seseorang yang disayangi atau terlalu rapat
 dengannya selalunya membangkitkan perasaan emosi dan ada sesetengahnya
tidak dapat membendung perasaan sehingga meraung-raung di depan mayat
 atau di tanah perekuburan.

Menurut pendapat jumhur ulama, hukum ziarah kubur bagi perempuan adalah
 makruh kerana ditakuti boleh mengundang fitnah atau ditakuti mereka
 menangis dengan mengeluarkan suara yang nyaring meratapi kepergian si mati.

Dalil yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan menziarahi kubur
 adalah tidak haram berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi 
wasallam
 seperti berikut:

1. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu,
katanya:

Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan melintasi seorang perempuan yang
 sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)

Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi 
perempuan tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, 
sudah tentunyalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang
perempuan tersebut daripada menziarahi kubur.

2. Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah
 Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang doa yang boleh dibacanya apabila berziarah ke 
perkuburan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli
kubur daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah
 merahmatiorang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang 
terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan
 bertemu dengan kamu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram bagi perempuan
 berziarah kubur.

Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung
 pada tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun
 tujuannya untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh
 dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika
 berziarah, dapat menahan diri dari kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan
 aman dari segala fitnah.
Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya, maka hukum makruh
 tersebut akan bertukar kepada haram.

Menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan
dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur.
 Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya
semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram
baginya menziarahi kubur.

Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki. Begitu juga menurut sebahagian
ulama, sunat berziarah ke kubur para nabi, para ulama dan aulia.

Hukum Perempan Haidh Berziarah Kubur

Perempuan yang dalam haidh tidak ada halangan untuk berziarah kubur, kerana untuk
 berziarah kubur tidak disyaratkan suci daripada hadats kecil mahupun besar.
Suci daripada hadats merupakan salah satu adab yang disunatkan sahaja
 kepada orang-orang yang ingin berziarah ke tanah perkuburan.

Oleh yang demikian, perempuan yang dalam haidh berziarah kubur dengan tujuan
 yang dibenarkan oleh syara‘ serta dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah
dihukumkan makruh sebagaimana dengan hukum perempuan yang suci berziarah kubur.

Namun satu hal yang berbeza di antara perempuan yang suci dengan perempuan
 sedang haidh ketika di tanah perkuburan ialah dari segi keharusan membaca ayat-ayat
al-Qur’an untuk si mati. Perlu diingat, perempuan yang dalam haidh haram membaca
 al- Qur’an walaupun hanya satu ayat daripada al-Qur’an. Maka memadailah 
baginya berzikir seperti bertahlil, bertasbih dan sebagainya atau berdoa untuk 
si mati seperti memohon keampunan dan rahmat atau yangseumpamanya daripada
 Allah untuk si mati.

Secara umumnya, adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan yang menziarahi kubur
 sama ada yang dalam keadaan suci mahupun haidh ialah:

(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.

(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah 
digariskan oleh Islam.

(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.

(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas
kaum lelaki, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadis yang
 diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
“(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang
ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan
perkataan yang tidak baik.”
(Hadis riwayat an-Nasa’ie)

Perlu diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan perempuan berziarah kubur ini
adalah tertakluk bila adanya keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada keizinan
daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk berziarah kubur.

Kesimpulannya, perempuan yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana
secara umumnya hukum berziarah bagi perempuan itu adalah makruh dengan ada
 syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu,
jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga yang lain, dia hendaklah
berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti
 Yassin dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan
 keadaannya di dalam haidh itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur (baru)



Datuk Ahmad Phesal Talib

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Julai ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut, yang mana Ahmad Phesal akan menggantikan Ahmad Fuad.

Menurutnya, pelantikan Ahmad Phesal sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-10 telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut  Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

“Ahmad Phesal telah berkhidmat  selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pentadbiran, pembangunan dan perancangan wilayah serta pengurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007.

“Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, River of Life serta program-program pembangunan lain di  ibu kota; dan ini akan memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur kelak," katanya.




Tan sri Ahmad Fuad Ismail sebelum ini melancarkan kempem  "KEEP SMILING 2012"  untuk kakitangan dbkl , khususnya Jabatan Penguatkuasaan DBKL ( JPK) .

Buaian cara kampung.....

Nurnajibah di ayun (tidur) oleh Umi nya          only kat kampung , baru dapat rasa



Zaman moden ni... buaian kampung agak susah untuk kita lihat.., apatah lagi merasainya. Kanak - kanak zaman sekarang di dedahkan buaian jenis moden.

Mungkin buaian kampung dan moden tiada bezanya , rasanya...hehehe.......kedua2 tak pernah alami..masa tu budak kecil lagi ( memori tu dah tak ingat)

Yang istimewa nya buaian kampung ...di gantung pada kayu bumbung rumah , buaian moden dah siap kaki...tunggu nak letak bayi je..............

dah tu buaian moden di siapkan dengan motor...emm tak payah ayun..
ibubapa.. just tengok je.. hehehe senangkan.

Itulah beza buaian kampung....kemesraan anak dan ibu, terjalin semasa proses ..tidurkan anak.
SEJUKKKK ... tengok proses ini.....

cara kampung ini baik , terutama untuk KELUARGA BAHAGIA .. insyallah.


gambar hiasan : Buaian moden

karak jem 6.00pm...laluan masuk KL / lebuhraya karak


Lebih kurang 6.00pm. lebuh raya karak bertukar sesak...(jem)





kemalangan membabitkan 2 buah kereta.......gambar atas : kereta sedang di tunda



bermula dari Plaza Tol Bentong ( RM 3.00 utk kereta )
20minit selepas bayar tol ....dia buat hal lak....start jem ...jem giler kot!!..
hampir 1 jam........jem /  lepas jem..........fuh!!!!   lega giler...


Keaslian Madu lebah



madu tiruan atau asli.


1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus


2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya


3. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli


4. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.


5. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit


6. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.


7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

7 kalimah dalam kehidupan harian:



1- Bismillahirrahmanirrahim, setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2- Alhamdulillah, setiap kali selesai melaksanakan sesuatu.

3- Astaghfirrullahhal Azim, apabila tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4- Insya-Allah, apabila kita mahu melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5- Lahaulawalaquwataillahbillah, apabila kita tak dapat melakukan sesuatu atau melihat sesuatu yang buruk.

6- Innalillah, apabila menghadapi musibah atau melihat kematian.

7- Laa ilaahaillallah, sepanjang malam dan siang sebanyak-banyaknya. Amalan untuk kita berada dalam golongan yang terpilih oleh Allah



Semoga entry ini dapat memberi manfaat pada semua.


Buat peringatan untuk diri ini juga. Mari kita berkongsi Betulkan jika tersilap.
Yang baik semua dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.


Waallahualam..

10 biji buah



Tiga orang lelaki telah tersesat dan masuk ke dalam satu perkampungan orang asli yang suka makan daging manusia. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.
Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa 10 biji buah durian!!”

Doa diwaktu bersujud dan keistimewaannya







Hampir kesemua umat Islam didunia ini ini sujud. Tapi apakah yang kita dapati dan iktibar dari perbuatan yang kita lakukan ini.

Adakah kita dipaksa? Adakah kita hanya buat untuk melepas batuk di tangga kerana kita umat Islam?

Sememangya sujud itu merupakan perbuatan yang dapat menilai diri kita sebenar. Semua umat tidak kira yang berpangkat Dato' Tan Sri dan yang kaya raya hinggalah ke fakir miskin dan golongan biasa menyembah allah. Semua umat ini adalah sama taraf nya di sisi Allah s.w.t apa yang membezakannya adalah amalan yang dibuat semasa di dunia.

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s.a.w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"

Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu putih berseri-seri oleh cahaya wudhu; !!!"

KEISTIMEWAANNYA Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.

Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan maha penyayang berbagai petunjuk telah diberikan

asia... ikan pirana




  Seorang lelaki mengalami kesan luka serius pada tangannya selepas diserang
 seekor ikan pirana semasa dia sedang memandikan anjingnya di tepi sungai,
 Sungai Liujiang, China, menurut laporan, semalam.
Zhang Kaibo, 31, sempat menangkap ikan itu dan membawanya pulang ke rumah
 tanpa menyedari ia adalah spesies akuatik pemakan daging yang lazimnya terdapat
di sungai Amerika Selatan.
Pihak berkuasa mengesyaki kewujudan ikan pirana tersebut mungkin akibat kegiatan
 penyeludupan spesies eksotik yang diharamkan untuk dijadikan haiwan peliharaan
 di negara itu.




Apa itu TITIAN SIRAT?

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. 





SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarh-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api neraka jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal salih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”
Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu.

Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.

Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.

Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan.

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredaan.

Puasa dan Bulan Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam nak hari raya Aidilfitri. Tahun ni sedikit berbeza sebab sebulan Ramadhan ni aku akan berada di rumah.
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Cari Maklumat Di Sini