Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup berperingkat dari 27 Ogos




KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini.

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Jalan-jalan terbabit akan dibuka semula setelah acara berkenaan selesai.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Travers/Jalan Damansara; Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara); Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara); Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah; Jalan Tembusu/Jalan Lembah; Jalan Cenderasari/Jalan Perdana dan Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman.

Turut terlibat Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin; Jalan Raja/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak; Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen; Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut; Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman; Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi; Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan T.A Rahman/Jalan Raja.

Tiada penutupan jalan terlibat bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan bermula pada pukul 4 petang dan dijadual tamat sekitar 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, polis menjangka kesesakan di beberapa jalan di sekitar stadium. - Bernama





********************************************************************************




JPJ: Pengguna jalan raya masih degil dan ulangi kesilapan

KOTA BAHARU - Pengguna jalan raya masih berdegil dan mengulangi kesalahan utama lalu lintas walaupun penguatkuasaan bagi kesalahan itu telah lama diketahui umum, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata keadaan ini dikenalpasti ketika operasi penguatkuasaan di seluruh negara semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Kesalahan utama itu ialah memotong giliran, tidak memakai tali pinggang keledar, topi keledar, memotong di dua garisan berkembar, melanggar lampu isyarat lalu lintas, mengguna telefon bimbit semasa memandu dan menggunakan lorong kecemasan.
Semasa operasi itu, beliau berkata JPJ menyaman 4,853 pemandu kenderaan dan menyita 67 kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan sejak 12 Ogos hingga Selasa lepas.
Jumlah saman itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 36,229 kenderaan dan kesalahan tertinggi melibatkan lesen memandu iaitu 2,313 saman diikuti cukai jalan sebanyak 1,794 saman, katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata daripada 1,945 bas yang dinaiki anggota JPJ yang melakukan penyamaran, sebanyak 1,030 bas diambil tindakan kerana pelbagai kesalahan.
Bagi motosikal, beliau berkata dalam tempoh itu, pihaknya telah menyaman 2,286 penunggang dan menyita 60 daripada 13,781 motosikal yang diperiksa.- Bernama

Cari Maklumat Di Sini