Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Seksyen 114A Akta Keterangan


Seksyen 114A Akta Keterangan

Sekiranya anda menerbitkan berita, blog, forum atau apa sahaja melalui media internet yang bertentangan dengan undang-undang seperti memfitnah seseorang umpamanya, anda boleh di siasat dan akan dibawa ke muka pengadilan.

Kebelakangan ini ramai blog owners yang telah disaman kerana menyiarkan entry yang dikatakan memfitnah seseorang. Bagus, elok lah kalau begitu. Undang-undang seperti ini adalah perlu untuk mengekang gejala yang tidak senonoh yang boleh mengharu-birukan masyarakat.

Namun, mungkin ada antara kita tidak perasan satu akta baru telah dipinda dan telah berkuatkuasa pada 1 June 2012 yang lalu. Secara general, bagi mereka yang tidak perasan, melalui pindaan pada Akta Keterangan ini, para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet walaupun bukan mereka sendiri yang melakukannya.

Sekiranya ANDA sebagai:

Pemilik computer,
Pemilik account internet yang subscribe dengan ISP, termasuk wifi,
Pemilik website, seperti blog, forum dan sebagainya,
.. ANDA boleh disabitkan dengan akta ini sekiranya menyebarkan fitnah, berita atau maklumat berbentuk subversif seperti menghasut rakyat untuk mengguling kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Menakutkan lagi, sekiranya anda mempunyai sesuatu website, umpamanya blog dan forum, seseorang user submit entry atau comments pada blog anda, forum, maka ANDA akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang ditulis oleh mereka. Menariknya jika anda mempunyai open wifi, anda juga boleh disabitkan sekiranya mereka meng-upload maklumat tersebut menerusi wifi anda. So yang tidak menariknya, Seksyen 114A ini memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.





sumber ;

Cari Maklumat Di Sini