Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

villa atas bumbung pasaraya..



EMPAT vila unik yang dibina di atas Plaza Antarabangsa Jiutian di Zhuzhou, China.


BEIJING: Di sesebuah bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tanah boleh menjadi komoditi yang terlalu sukar diperoleh.
Namun, bagi penghuni vila luar biasa di bandar Zhuzhou di Hunan, tanah tidak lagi menjadi halangan kepada mereka. Disebabkan tiada kawasan lapang sesuai untuk dibangunkan rumah mewah yang lengkap dengan kawasan lapang, pemaju membina kediaman unik itu di atas bumbung sebuah pusat beli-belah. Dikenali sebagai Plaza Antarabangsa Jiutian, bangunan itu menempatkan satu daripada pasar borong kasut paling terkenal di wilayah itu. Pemaju kemudian merancang dan membina secara teliti empat vila di atas bangunan lapan tingkat itu sehinggakan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Ketika ini, ia dianggap vila paling hebat di China.
Zhuzhou adalah bandar kedua terbesar di Hunan - selepas Changsha - dan menjadi pusat perindustrian penting di wilayah berkenaan.

Perindustrian di situ tertumpu kepada penghasilan logam, mesin, bahan kimia dan bahan binaan. Bandar itu didiami hampir empat juta penduduk dan lebih daripada 800,000 daripadanya tinggal di empat daerah bandar pusat.

Zhuzhou juga digelar sebagai pusat lokomotif China kerana menjadi pengeluar utama gerabak kereta api kelajuan tinggi. Sejak lima tahun lalu, harga hartanah di bandar raya itu meningkat lebih tiga kali ganda. Menurut sebuah laman sesawang, vila berkenaan dimiliki empat ahli perniagaan terkaya di China. - DM


***********************************************************************


Jenayah curi basikal meningkat di Singapura



SINGAPURA: Jumlah keseluruhan jenayah dilaporkan di republik ini menurun pada separuh pertama tahun ini.
Bagaimanapun, jumlah kecurian basikal meningkat secara mendadak dan mendapat perhatian polis.

Jumlah jenayah yang dilaporkan separuh pertama tahun ini jatuh 2.3 peratus kepada 15,576 kes berbanding 15,944 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Namun, jumlah kecurian basikal melonjak 52.8 peratus kepada 752 kes berbanding 492 kes yang dilaporkan pada tempoh sama tahun lalu.

Angka itu didedahkan polis dalam taklimat jenayah pertengahan tahun yang dikeluarkan semalam.

Laporan itu menyatakan kebanyakan kawasan di mana basikal dilaporkan hilang adalah kaki lima, kawasan kosong berhampiran blok perumahan awam dan parkir basikal di stesen MRT.
Polis berkata, mereka bekerjsama dengan majlis perbandaran untuk menambah tempat untuk mengunci basikal dan melibatkan kumpulan penunggang basikal supaya menyebarkan pesanan anti-mencuri. - AsiaOne

Cari Maklumat Di Sini