Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Besut............kampung kawe tu.............

BESUT 1 Sept. - Seorang pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah Vokasional di Besut maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km2, Jalan Jerteh-Kampung Raja dekat Kampung Jawek, malam semalam.
   
Muhammad Yusri Asraf Ali, 16, yang berasal dari Kampung Darau, Hulu Besut mati di tempat kejadian manakala rakannya Mohd Ikhwan Kaswadi, 17, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
   
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, kedua-dua pelajar dalam perjalanan pulang ke asrama sekolah.
   
"Ketika di tempat kejadian, sebuah kereta di hadapan mereka telah tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan motosikal yang ditunggangi Mohd Ikhwan melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta berkenaan.
   
"Ini menyebabkan penunggang motosikal dan mangsa tercampak ke hadapan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Katanya pemandu kereta itu Siti Wan Khairulniza Wan Nasri, berumur lingkungan 20-an, tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya.
   
Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata polis telah mengenal pasti suspek kes samun pemandu van sebuah syarikat rokok membabitkan kerugian RM43,900 di Kampung Paya Rawa, dekat Kampung Raja, Ahad lalu.
   
Katanya ini hasil kerjasama saksi serta orang ramai dan polis sedang mengumpul bukti lengkap sebelum tangkapan dilakukan.
   
Ahad lepas, empat suspek menyamun sebanyak 500 kartun rokok bernilai RM39,900 dan wang tunai berjumlah RM4,000 dari pemandu van berkenaan ketika mangsa menghantar bekalan rokok ke kedai-kedai.

Cari Maklumat Di Sini