Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Raja Modifikasi - kereta






Untuk memberi kesan yang lebih mantap pada waktu malam, lampu LED turut dipasang pada kereta.


Satu kalimat yang dapat diungkapkan apabila melihat kereta ini, wow ia ‘purple’!. Jika melihat modifikasi mobil Perodua Myvi itu, pasti akan terfikir bahawa pemiliknya adalah si hawa. Ternyata anggapan itu salah, melainkan seorang pria yang berasal dari Melaka.

Dalam memperkuat tampilan si mungil, tuannya menggunakan konsep kit badan ‘fabulous’. Rekaan fabulous diketengahkan pada bampar dan bonet hadapan, fender, skirting dan spoiler yang dibuat daripada gentian kaca. Sebut sahaja konsep ‘fabulous’, kaki-kaki modifikasi ini memang sudah arif.

Dalam menyelaraskan tema VIP, semua sektor pun tak luput daripada garapan kreatif anak muda yang satu ini. Penggunaan sticker hampir 60 peratus pada bahagian badan kereta dengan pelbagai motif dan antara terlihat jelas ialah rama-rama.

Jika diamati, tatapan Myvi ini terlihat begitu tajam berkat penambahan kelopak mata pada bahagian lampu hadapan. Agar aura semakin terpancar, kaki-kaki dipercantik dengan rim VIP berukuran 17 inci dengan sentuhan akhir berwarna oren.

"Saya memang menyukai segala hal yang berwarna ungu,” tutur Gulzar Ali Shah Mohd Yusuff, 26, pemilik Perodua Myvi itu.

Warna sesumpah

“Nama manjanya Purple Elephant yang diambil daripada sebuah kafe dan ternyata ia memberi tuah kepada saya. Sebut sahaja nama Purple Elephant satu Malaysia kenal,” katanya yang turut menjadikan kereta Myvi itu sebagai kereta harian.

Semua penerapan warna untuk mempermanis tampilan Myvi itu tidaklah sembarangan. Cuba dilihat secara saksama, warna dasarnya memanglah ungu tetapi sebaik terkena pancaran cahaya ia bertukar warna.

Jejaka bertubuh kurus ini memang cenderung perfeksionis. Agar Myvinya sentiasa kelihatan eksklusif, warna yang digarapkan mempunyai namanya sendiri iaitu warna sesumpah.

“Teorinya sama seperti sesumpah yang akan bertukar warna mengikut situasi,” tutur Pengasas Kelab MYV2 ini.

Setiap bahagian Myvi miliknya punya warna tersendiri, sebaik terkena cahaya matahari biasan biru, coklat, merah jambu akan terserlah.

Bukan berjiwa ganas, tema VIP lebih dekat dengan diri empunya kereta kerana lebih cantik dan menenangkan. Dikenali sebagai Sky dalam komuniti auto show, anak muda ini masih mengekalkan warna utama di bahagian dalam.

Masuk ke dalam kabin suasana mesra siap menyapa siapa saja. Jajaran tabung indikator yang letak di atas papan pemuka terlihat begitu menyatu dengan perangkat audio.

Menegaskan kesan elegan dan mewah, bumbung dan bahagian tepi pintu dibalut dengan kemasan kulit bersama padanan berlian buatan sendiri.

“Saya turut membina meja bar di bahagian sebelah pemandu sementara di bahagian tengah tempat duduk belakang tersedia televisyen 12 inci bersama sambungan pemain cakera video digital (DVD),” jelasnya.

Untuk melengkapkan lagi modifikasi itu, Sky mempertingkatkan sistem audio. Di bahagian bagasi sudah siap dua unit woofer untuk mengisi frekuensi tinggi ditemani televisyen LG bersaiz 20 inci agar nuansa semakin hidup. Urusan pengatur daya agar semua pengeras suara mengeluarkan alunan serta dentuman dengan maksimal, diserahkan kepada dua unit audio dengan label Caliber.

Info

Model: Perodua Myvi
Warna asal: Hitam
Keluaran: 2009
Konsep: VIP
Nama Manja: Purple Elephant

Modifikasi:-
-Kit badan ‘Fabulous’ gentian kaca- bampar, fender, skirting, spoiler
-Pelekat VIP
-2 audio woofer Caliber
-Lampu LED di bahagian tepi pintu
-Penggunaan warna krom di bahagian enjin
-Bahagian kabin menggunakan kemasan kulit dan fiber.

Pencapaian:
Mula bertanding sejak 2010 dan telah menyertai sebanyak 68 pertandingan. Mendapat juara sebanyak 51 kali. Antara kemenangan:
-Perodua Ekstrem
-VIP Style
-Audio dual woffer
-Audio dan lighting
-Sticker


Cari Maklumat Di Sini