Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Jika gagal, saya letak jawatan




Rajagopal ketika kendali latihan di Padang Wisma FAM, petang semalam. - Foto Owee Ah Chun Perlu realistik, jangan terlalu mendesak dan saya buat yang terbaik: Raja

Kuala Lumpur: Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan.

Demikian jawapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini.
Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, peminat bola sepak tempatan perlu lebih realistik dan tidak terlalu mendesak, sebaliknya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Harimau Malaya yang masih dalam proses menjadi pasukan mantap di peringkat Asia.

Jurulatih mana berjaya seperti saya?

Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996.

Takkan apabila tewas 2-0 kepada Vietnam (11 September lalu) yang hanya perlawanan persahabatan dalam tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012, peluang kita dianggap tertutup. Siapa tak nak buat yang terbaik. Saya akan cuba pastikan Malaysia mara sejauh yang boleh untuk mempertahankan kejuaraan, jelas Rajagobal.

Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari tahun depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan. Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.
Dalam pada itu, kem latihan pusat skuad kebangsaan kembali disambung di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam sebagai mengisi waktu rehat sementara menunggu saingan suku akhir pertama Piala Malaysia bersambung, 25 September ini.

Cari Maklumat Di Sini