Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Tragedi 11 september WTC - AS masih sorotkan fakta sebenar.......Rakyat bukan bodoh ...hehe..






Serangan 11 September di WTC yang dilakukan oleh kumpulan militan Al-Qaeda menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

NEW YORK - America Airlines  dan United Continental bakal dibicarakan selepas pemegang pajakan Pusat Dagangan Dunia (WTC) memfailkan pertuduhan mengenai kelemahan sistem kawalannya hingga menyebabkan pengganas berjaya merampas pesawat dalam serangan 11 September 2001.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Alvin Hellerstein Selasa lalu, menolak usul pembatalan bayaran ganti rugi dari dua syarikat terbabit kepada kumpulan hartanah WTC.

Hellerstein berkata, semua usul syarikat penerbangan terbabit dinafikan kerana wujud pertindihan antara pemulihan insurans hartanah dan sivil.

Pada kejadian itu, pengganas Al-Qaeda bertindak merampas tiga pesawat sebelum merempuh WTC di New York hingga meragut 3,000 nyawa.

Serangan itu menyebabkan pemilik kerugian kerana telah membayar AS$2.8 bilion (RM8.7 bilion) bagi sewa pendahuluan dua bulan.

Hellerstein juga mengenakan had nilai ganti rugi bersamaan nilai pajakan asal iaitu $8.4 bilion (RM26 bilion).

Syarikat penerbangan turut membantah terhadap kumpulan hartanah WTC yang dikatakan tidak berhak menuntut pampasan yang baru kerana telah diberikan wang insurans $4.1 bilion (RM13 bilion).

Cari Maklumat Di Sini