Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Ais krim terbesar di dunia!



Ingin mengetahui ciptaan ais krim terbesar yang pernah wujud? Ianya dibuat oleh Heston Blumenthal, seorang chef barat yang juga merupakan pemilik restoran terkemuka, The Fat Duck.

Pada bulan Jun lalu, chef bertaraf dunia yang sememangnya terkenal dengan resepi ais krim telur dan juga bacon di restoran terkemuka dunia telah memecah rekod dunia dengan mencipta ais krim paling besar di dunia. 

"Rekod lama yang pernah wujud sebelum ini adalah setinggi 2.5 meter tinggi dan kami akan menandinginya," ujar Blumenthal. 

Dia telah memperlihatkan kon aiskrim terbesar di dunia di taman Glouchester dimana 1000 paun skoop ais krim diletakkan bersama satu batang wafel yang besar. 

Ais krim tersebut mempunyai ketinggian 4 meter, dan ia memerlukan lebih sebulan untuk dibekukan, manakala krim strawberi akan diletak semasa ais krim tersebut dipertontonkan kepada umum.

Cari Maklumat Di Sini