Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohom kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Bahaya daun Ketum

Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga empat tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

 Kesan penagihan daun Ketum

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
 lemah untuk bekerja
 Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.

*Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.

*Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

*Tanda-tanda dan gejala
Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.



Kesan dan akibat
Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).

     Masalah ketum semakin menular bukan sahaja di kalangan orang ramai malah terhadap pelajar. Berdasarkan kajian dan pengakuan pelajar, pengambilan air ketum semakin bertambah dan ramai pelajar yang mudah terjebak dalam penagihan ketum. Sumber bekalan yang mudah dan ianya kadangkala dapat dilihat menjadi suatu hidangan dalam kenduri kendara. Paling membimbangkan apabila kanak-kanak pelajar mula minum air ketum bersama keluarga sendiri. Terdapat pengakuan pelajar yang disoalselidik menyatakan bahawa mereka minum air tersebut sewaktu kenduri diadakan di rumah mereka.
     Ketum berada dalam penguatkuasaan  akta Racun. Ketika ini penguatkuasaan ke atasnya masih kurang. Pelajar-pelajar yang berada di kampung , mudah terdedah dengan masalah ini. Ketum dianggap sebagai ramuan air akar kayu (herba), menyebabkan ianya digunakan tanpa melihat kesan jangka panjangnya.
     Kita mengharapkan, pendedahan bahaya 'ketum' dapat dilakukan terutama kepada pelajar dan masyarakat. Kita bimbang kerana banyak pengakuan pelajar terlibat dengan permasalahan ini hingga menyebabkan mereka mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan gejala sosial

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Maklumat Di Sini

Memuatkan ...