Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Kapal perang USS George Washington

 PELABUHAN KLANG - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.
  
Pegawai Pemerintahnya Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.
  
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.
  
"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.
  
Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.

Fenton berkata anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).
  
Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.
  
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
  
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. - Bernama


Cari Maklumat Di Sini