Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Koleksi helmet Givi Asia 2012


Koleksi helmet Givi Asia 2012


GIVI mempunyai misi dan visi iaitu meletakkan keselamatan penunggang sebagai keutamaan mereka berniaga. Produk Givi diasas oleh Giuseppe Visenzi seorang bekas pelumba motosikal yang menduduki tempat ke-3 dunia dalam kelas 350cc pada musim 1969.

Bermula dari Itali, Givi kini menjadi jenama aksesori motosikal terkenal di dunia dan di Malaysia Givi menjalankan operasinya di Bukit Beruntung. Bermula dengan kotak barang motosikal, Givi meluaskan lagi produk aksesori antaranya topi keledar, sarung tangan, beg dan kasut serta pakaian.

Syarikat Givi Asia Sdn Bhd (Givi Asia) untuk tahun ini memperkenalkan lapan barisan model topi keledar. Tawaran harga bagi produk berkenaan bermula serendah RM150 sehingga RM990 di mana tiga daripadanya adalah rekaan tempatan dan selebihnya rekaan Itali.

Seperti yang diperkatakan Givi mementingkan kualiti dan keselamatan. Justeru barangan Givi ditawarkan dalam pelbagai saiz- S, M, L dan XL. Menerusi pilihan saiz berkenaan, Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, Onn Hai Swee berkata matlamat Givi adalah memastikan setiap penunggang motosikal selamat dilindungi.

Setiap helmet tersedia dalam beberapa pilihan warna iaitu putih, hitam dan perak bersama pilihan grafik. Selain itu, kesemua model ditawarkan dengan ciri dwi-visor; visor utama anti-calar dan visor dalaman gelap yang boleh dilaras berasingan.
Semua topi keledar 2012 mematuhi standard piawaian ECE 22,05 dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Barisan topi keledar Givi baru ini boleh didapati dari peruncit Givi seluruh negara, sementara barisan model Itali boleh didapati di kedai-kedai terpilih.

Cari Maklumat Di Sini