Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Nissan GTR vs Nissan Skyline

                                                           foto atas : Nissan GTR
                                                 
                                                            foto bawah : Nissan Skyline
KUANTAN,  (Bernama) - Polis tidak menolak kemungkinan bahawa dua buah kereta sport yang terbabit dalam kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa di Jalan Haji Ahmad 1,
 di sini semalam berlumba sebelum terbabas. 
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, berdasarkan keterangan orang awam dan siasatan awal, terdapat kemungkinan pemandu kereta Nissan GTR dan Nissan Skyline itu berlumba sesama sendiri sebelum bergesel dan terbabas serta merempuh pokok. 

"Kita masih lagi menyiasat kes berkenaan dan laporan kimia sama ada pemandu kereta terbabit berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Dalam kejadian 4.00 pagi semalam, empat maut termasuk seorang wanita warga China manakala dua parah. Mereka yang maut ialah pemandu Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24; dan penumpangnya, Bao Shanshan, 26; manakala dua yang lain ialah pemandu Nissan Skyline, Go Haw Wei, 20; dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21. Mohd Jasmani berkata dua yang parah ialah wanita warga China iaitu Wei Lidong, 27, dan Chang Hong Nei, 36, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan dilaporkan stabil. 

"Kedua-dua wanita tersebut kini dilaporkan stabil walaupun kecederaan mereka agak parah akibat kemalangan ngeri itu," katanya.

Cari Maklumat Di Sini