Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

'Tijah' muncul semula di Sungai Terengganu



'Tijah'



KUALA TERENGGANU - Nama 'tijah' kini meniti di bibir penduduk Kampung Losong Atap Zink di sini yang tidak sabar menunggu petang untuk ke Sungai Terengganu dan mengintai kelibatnya.
Namun, 'tijah' yang dimaksudkan bukan nama seorang wanita sebaliknya sejenis hidupan sungai seakan-akan remis yang didakwa penduduk dilihat kali terakhir pada kira-kira 50 tahun dahulu.
"Sudah lama kita tak jumpa 'tijah'...ada 50, 60 tahun rasanya, masa saya kecil dulu, ada jumpa," kata Pengerusi Koperasi Rukun Tetangga Losong Atap Zink, Hasan Ismail.
Beliau berkata, 'tijah' dikesan semula kira-kira seminggu lalu oleh sekumpulan anak muda yang memancing di kawasan tersebut.
"Mereka tak kenal tijah, tapi ingat macam remis jadi mereka kutip dan bawa balik, lalu tersebar cerita," katanya.
Susulan itu, penduduk kawasan sekitar kini memenuhi tebing Sungai Terengganu untuk mencari dan mengutip hidupan tersebut sebaik air sungai surut. - BERNAMA

Cari Maklumat Di Sini