Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Femina Channel untuk wanita


Femina Channel untuk wanita

SUDAH banyak stesen TV ada di Malaysia sama ada yang percuma mahupun berbayar. Bagaimanapun, tanpa sedar kita masih mempunyai kekurangan iaitu belum mempunyai satu saluran khusus buat wanita.

Menyedari perlunya menubuhkan sebuah saluran yang berkonsep kekeluargaan, Panomax (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat inkubati Technology Park Malaysia Sdn Bhd (TPM Corp) tampil dengan saluran Femina Channel. TPM Corp juga adalah sebuah syarikat agensi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Berkonsepkan kekeluargaan khusus bagi wanita Malaysia mahupun di rantau Asia, Femina Channel yang bertemakan 'segalanya tentang wanita' akan menyajikan rogram TV yang difokuskan untuk tontonan wanita remaja hingga dewasa.

Malah program-program yang bakal disiarkan juga berkisar pada tema yang sesuai bagi wanita seperti dokumentari, filem cereka, drama, realiti, berita dan pelbagai lagi.

Persoalannya, apakah saluran khusus buat wanita ini mampu bersaing dengan stesen lain yang sudah lama ditubuhkan dan masak dengan kehendak penonton?

Sejauh mana kandungan yang ditampilkan berupaya memikat hati golongan wanita? 

Wartawan Rap, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my) mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Urusannya, Mohd Johari Mohd Noor atau dulunya dikenali sebagai Joe 4U2C.

Menariknya, Femina Channel mendapat sokongan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sudi turun padang melancarkan saluran ini di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Jumaat lalu.

RAP: Boleh jelaskan bilakah Femina Channel akan bersiaran? 

JOHARI: Buat masa ini kami masih dalam proses ‘test tranmission’. Kami ada cukup bahan yang boleh disiarkan untuk enam bulan. Tiada masalah untuk bersiaran pada bila-bila masa. Di dalam kandungan kami ada berita, program dokumentari, filem, drama dan banyak lagi program menarik. Kalau boleh kami ingin bersiaran secepat mungkin.

Program yang sedia ada ialah Dapur Femina, Bersama Ustazah, Femina in Style (fesyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris), Femina Groove (senaman) dan Info Femina.

RAP: Operasinya kepada peminat bagaimana pula? 

JOHARI: Kami bersiaran selama 24 jam. Femina Channel akan menggunakan satelit MEASAT, satu-satunya pengendali satelit unggul di Malaysia untuk memancarkan salurannya menerusi satelit Measat 3A Global Beam ke beberapa negara di benua Asia tidak lama lagi seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan pelbagai negara lagi.

RAP: Adakah Femina Channel masih mencari program yang sesuai? 

JOHARI: Siaran sekarang boleh diibaratkan seperti pra release. Kami masih lagi cari kandungan yang sesuai. Ada kandungan tempatan dan ada antarabangsa.
Bekalan ini mencukupi untuk lima hingga enam bulan.

Program drama dan dokumentari diambil daripada pembekal luar. Kami tegas dengan kualiti kandungan dan berhak menolak jika tidak berkenan di hati. Yang penting kami perlu pastikan kandungan ini menepati kualiti antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk Definisi Standard (SD) atau Definisi Tinggi (HD).

RAP: Apa sebenarnya matlamat penubuhan Femina Channel? 

JOHARI: Kami berasakan perlunya mengiktiraf wanita sekarang. Ada banyak yang boleh diteroka dalam diri seorang wanita. Kami nak bagi sesuatu yang baru. Kita belum ada satu saluran yang khusus untukwanita.

Kami tidak berniat bersaing dengan mana-mana saluran TV yang ada. Apa yang kami tawarkan ialah kandungan yang bagus. Selain saluran TV, Femina Channel boleh ditonton menerusi pelbagai platform teknologi Internet.

Sehubungan itu, kami juga sudi membenarkan Femina Channel disiarkan secara percuma melalui platform penyiaran pelbagai kandungan digital yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami yakin ia akan memberi banyak faedah kepada negara dan juga masyarakat Malaysia khususnya golongan wanita amnya.

RAP: Berapakah modal yang dikeluarkan dan kekuatan pekerja stesen ini? 

JOHARI: Setakat ini kami memiliki 25 orang kakitangan.

Saya sebenarnya sudah mempunyai pengalaman berbelas tahun dalam industri penerbitan. Stesen ini ditubuhkan dengan modal sendiri di samping TPM Corp
yang banyak beri galakan dan bantuan.

Sebenarnya kami tidak ambil mudah sebelum menubuhkan Femina Channel dengan buat kajian selera penonton terlebih dahulu. Buat masa ini, kandungan kami didapati dari Jepun, Indonesia dan banyak negara lagi.

Penubuhan Femina Channel juga adalah usaha kami bagi memperoleh kandungan kreatif dari syarikat penerbitan tempatan agar menghasilkan program TV yang menarik, berkualiti dan mempunyai faedah yang baik sebelum ia disalurkan kepada penonton.

RAP: Apakah program yang diterbitkan oleh Panomax sendiri? 

JOHARI: Kami memang mengutamakan kandungan yang segar. Program in house kami ialah berita yang menampilkan pembaca berita daripada tiga kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Kami juga akan hasilkan program gosip hiburan tempatan dan antarabangsa dan pelbagai lagi. Saya masih mencari bakat baru yang berpotensi untuk bekerja dengan kami.

RAP: Bila agaknya Femina Channel beroperasi sepenuhnya? 

JOHARI: Kalau boleh kami memang nak bersiaran secepat mungkin kerana ini agenda nasional. Negara kita mengiktiraf sumbangan besar wanita dalam pembangunan masyarakat selama ini.

Ritual Agama Yang Brutal

Nepal memang terkenal dengan ritual pembunuhan binatang ternak 
yang sangat brutal. Adalah perayaan persembahan kepada Dewi Gadhiami,
 beribu-ribu binatang ternakan di korbankan dalam ritual ini. Begitu
 banyaknya korban yang di "pancung" dalam ritual ini hingga menyebabkan
 tempat tersebut tak ubah seperti tasik darah.
Ritual mengerikan ini di rayakan di Desa Bariyapur yang terletak di
 bahagian selatan nepal. Ritual di adakan selama dua hari dengan
 mempersembahkan ribuan binatang ternak berupa lembu dan kambing.
 Ribuan orang tumpah ruah di tempat ini baik anak-anak maupun dewasa,
 laki-laki dan perempuan ikut merayakan persembahan di tempat tersebut.Puluhan laki-laki membawa golok yang sangat tajam dan siap
 menebas leher-leher binatang ini tanpa ampun. Tujuannya adalah 
memotong leher binatang dalam satu kali ayunan, sungguh sebuah
pemandangan yang sangat mengerikan. Sebahagian binatang-binatang 
tersebut masih berdiri ketika kepalanya putus dari badannya.Menurut mereka ritual ini akan mendatangkan berkat bagi 
masyarakat setempat. Sebagai manusia yang masih memerhatikan
 nilai-nilai penghargaan terhadap sesama makhluk hidup saya yakin
Tuhan tidak akan rela menyaksikan kebengisan ini.Anda boleh melihat ritual mereka dalam foto-foto di bawah ini,
 susananya bukan mirip ritual keagamaan yang meletakkan 
kasih sayang kepada sesama makhluk hidup, yang kelihatan
 sebaliknya iaitu suasana kekejaman. Anehnya dalam ritual 
tersebut semua yang datang kelihatan bersuka ria dengan
 memenggal kepala-kepala binatang ternak yang mereka yakini 
sebagai persembahan.











Makanan wajib setiap hari

 Makan merupakan perkara penting dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, persoalan yang sering timbul adalah sama ada makanan yang dimakan setiap hari itu benar-benar berkhasiat? Jika anda mengamalkan diet yang tidak seimbang, maka kesihatan anda sudah tentu akan terjejas.

Oleh itu, pengamalan diet yang seimbang adalah sangat penting bagi tubuh mengekalkan kesihatan tubuh badan anda. Di sini, kami ingin kongsikan tips makanan berkhasiat yang boleh memberikan manfaat kepada tubuh badan anda. 

Yogurt
Yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria tidak baik di permukaan usus, sekaligus meningkatkan daya ketahanan badan di samping berupaya melindungi badan daripada serangan kanser. Tetapi tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik. Oleh itu, jika anda ingin membeli yogurt, pastikan ianya mempunyai label yang tertulis 'mengandungi kultur yang hidup dan aktif'. 

Tomato
Warna merah pada buah tomato mengandungi banyak likopen yang kaya dengan antioksidan. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan likopen mampu mengurangkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit, kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah. 

Lobak merah
Lobak merah ini kaya dengan karotenoid di mana ia mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan artritis rheumatoid. 

Blueberi
Buah blueberi ini sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin A dan C, di mana ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. 

Soya hitam
Semua jenis kacang soya baik untuk kesihatan jantung, namun soya hitam mempunyai khasiatnya yang tersendiri, iaitu ia dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Ini kerana soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Soya hitam juga mempunyai protein dan serat serta mempunyai kalori yang rendah. 

Gandum
Gandum kaya dengan serat yang bersifat boleh larut dalam air, di mana ia bertindak untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Gandum juga kaya dengan karbohidrat.

Bayam
Sayur bayam mengandungi asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Malah, ia juga dipercayai mengandungi zat yang boleh meningkatkan tenaga lelaki, yang dikenali sebagai folat yang mana ianya berupaya meningkatkan aliran darah ke zakar.

Seksanya Ibu Zaman Dahulu Lahirkan Bayi

Tahukah anda meja bersalin yang diguna pakai sekarang asalnya sebuah kerusi yang boleh disandarkan. 

Ianya digunakan sekitar 1800 oleh golongan berada. Sungguhpun begitu kerusi ini masih nampak tidak selesa untuk digunakan kaum ibu.

 Sesungguhnya kita bersyukur hidup dalam zaman moden.  





ps: betul ke... macam tak caya je.......
sumber :

Maimon Mutalib menderita kanser payudara


Aktres veteran Maimon Mutalib dikhabarkan kini berada di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa lalu selepas disahkan menderita kanser payudara.
Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, Maimon atau lebih dikenali sebagai Kak Mon dikatakan tidak mampu bergerak kerana di pangkal pehanya seolah-oleh kejang.
Sejak mengetahui penyakit yang dihidapinya itu, Kak Mon berasa takut dan risau kerana tidak dapat bekerja lagi sebagai pelakon kerana bidang lakonan merupakan punca utama rezekinya.
Kak Mon merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat kerana penonton mampu menjiwai watak lakonan dalam setiap filemnya.
Antara filem yang pernah dibintanginya adalah "Budak Pailang", "Sumpahan Kum-Kum", "Semerah Cinta Stilleto", "Pensil", "Cuci", dan banyak lagi.

Himpunan Hijau kemuka tiga resolusi dalam ‘persidangan rakyat’



KUALA LUMPUR — Himpunan Hijau mengemukakan tiga resolusi semasa “persidangan rakyat” yang bermula pada pukul 9.00 pagi (ahad) yang turut dihadiri oleh beberapa ahli parlimen serta ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat (PR).
Tiga resolusi tersebut adalah:
“Menuntut pembatalan segera Loji Nadir Bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).
“Penghentian atau penilaian projek-projek memudaratkan di Malaysia seperti di lombong emas Bukit Koman, pemasangan kabel voltan tinggi di Rawang, projek insinerator di Cameron Highland, projek bijih besi Lumut, projek Rapid, pembinaan serta perampasan tanah orang Asal di mana kerajaan perlu melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam hal alam sekitar.
“Memastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip-prinsip Piagam bumi,” baca Zamri yang menyertai perjalanan sejauh 300 kilometer Kuantan ke Kuala Lumpur.
Antara ahli parlimen dan Adun PR yang kelihatan bersama-sama berhimpun adalah Lim Kit Siang, Chua Tian Chang, Fong Poh Kuan, Nga Koh Ming, Ronnie Liu, Michael Jeyakumar Devaraj, Gwo Burne Loh, William Leong, Liew Chin Tong, Fong Kui Lun dan Chong Eng.
“Kami menyokong semua gerakan rakyat melawan syarikat gergasi yang menindas seperti Lynas.
“Kami berjuang bersama rakyat untuk kilang ini ditutup.
“Selepas ini mereka akan pulang ke Kuantan dan kami akan berbincang untuk menyokong bagi menghalang operasi kilang Lynas,” kata S Arutchelvan, setiausaha agung PSM.
Dua minggu lalu, Himpunan Hijau memulakan perjalanan sejauh 300 kilometer (km) dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi menyatakan penentangan mereka terhadap operasi Loji Nadir Bumi di Lynas, Pahang.
Perjalanan selama 13 hari itu tamat semalam selepas kumpulan tersebut tiba di destinasi tujuan di Dataran Merdeka.
Perhimpunan  di Dataran Merdeka tamat lebih kurang jam 10.00 pagi.
Himpunan Hijau turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, Gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti empangan Murum.

15 orang yang dikehendaki Polis

Dalam 15 individu yang dicari Seorang wanita antara yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata dan pecah rumah sekitar Timur Laut sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, identiti mereka diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas 12 laporan kes samun dan pecah rumah di lapan kawasan di sekitar Pulau Pinang.

“Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM300,000. Kesemua individu yang dicari itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut menghubungi polis Timur Laut di talian 04-228 2222 bagi membantu siasatan.

Kenapa 110 Cawangan Mcdonalds Ditutup di Jepun



Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.

McDolands Jepun menerima banyak saingan dari pengusaha makanan segera lain yang menawarkan menu yang lebih baik. makanan yang lebih bercitarasa tempatan dan pada harga yang lebih murah. Ekonomi yang merudum selepas gempa bumi 2011 pula memburukkan keadaan kerana orang ramai mencari makanan yang lebih murah. Proses pengurangan cawangan ini bukanlah yang terbesar yang pernah dilakukan McDonalds Jepun. Pada tahun 2010, 433 cawangan ditutup bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Proses penutupan ini sendiri sahaja akan menelan sebanyak Yen 1.2 billion (RM 45.4 Juta) !

Sungguhpun mengalami pemyusutan jualan, McDonalds berjaya melakukan jualan sebanyak Yen 220.7 billion. Kepada mereka yang gemarkan McDonalds anda tak perlu risau. Untuk memenuhi keperluan pelanggan, rangkaian McDonalds yang menawarkan penghantaran ke rumah akan ditambah dari 17 cawangan kepada 250 cawangan seluruh Jepun.

Lelaki Miskin Ini Merupakan Adik Presiden Amerika Barack Obama

Lelaki miskin ini tinggal di sebuah perkampungan yang serba kekurangan berdinding dan berbumbungkan zink..Dia yang tinggal di sebuah perkampungan miskin dan kotor di Nairobi, Kenya merupakan adik tiri kepada Presiden Amerika Barack Obama yang juga merupakan orang nombor satu di dunia
Presiden Amerika ini, Barack Obama merupakan adik-beradik yang berkongsi seorang bapa
Gambar yang menunjukkan Barack Obama bersama nenek tirinya Sarah Hussein Onyango Obama ketika dia melawat perkampungan di Kogelo pada Ogos 2006
Potret keluarga Presiden Amerika, Barack Obama berdiri belakang dua dari kiri ketika di Kogelo, Barat Kenya

George,30 tahun, terperangkap dalam penyalahgunaan dadah dan ketagihan minuman keras yang kronik sejak usianya 10 tahun lagi
Beginilah tempat tinggal George Hussein Obama di sebuah perkampungan kotor, yang tinggi kadar jenayah, penagihan dadah dan keganasan di Kenya.Kedua-dua lelaki ini berkongsi bapa yang sama walaupun dilahirkan di tempat yang berbeza..George Hussien Obama dilahirkan di Kenya manakala Presiden Barack Obama pula dilahirkan di Hawaii.Walaupun Barack Obama hidup mewah dengan tinggal di White House dan menikmati faedah sebagai orang nombor satu Amerika, terbang dengan kapal terbang Air Force One, George pula tinggal di persekitaran kotor di perkampungan miskin di Kenya ini.George buat pertama kalinya bertemu dengan Barack Obama ketika mereka bermain di sebuah taman permainan semasa bersekolah rendah ketika Obama datang ke Nairobi..George juga sempat mengimbas kembali zaman kecil mereka ketika bermain bola sepak bersama-sama ketika saudaranya itu datang bertanya khabar.Dia juga berkata, nama keluarganya itu sering menjadi beban kepadanya.Dia juga kadangkala dipanggil sebagai "mister Presiden" ketika di kampungnya itu Ramai orang meminati saya kerana saudara lelaki saya itu (Barack Obama).Kami telah bertemu beberapa kali sebelum ini dan berborak bersama-sama.Dia adalah abang saya dan dia juga inspirasi saya kata George Hussein Obama.

Himpunan Hijau berkeras tunggu di Dataran hingga esok pagi


Penyokong Himpunan Hijau berkumpul di Dataran Merdeka — Gambar Saw Siow Feng KUALA LUMPUR 25 Nov ― Aktivis Himpunan Hijau berkeras tetap akan berada di Dataran Merdeka sehingga jam 9 pagi esok walaupun pihak polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas peserta perarakan hari ini di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 Pengerusi Himpunan Hijau Wong Teck berkata tindakan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL yang tidak membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka adalah tidak adil dan melanggar hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk bebas berhimpun dimana sahaja “Saya akan tetap berada disini sehingga jam 9 pagi esok dan sedia berhadapan dengan sebarang tindakan “Tindakan polis dan DBKL yang tidak membenarkan kami masuk ke Dataran Merdeka ini sesuatu yang tidak adil dan melanggar Perlembagaan ” kata Wong Dalam pada itu pihak polis semasa perbincangan dengan Wong memberitahu langkah tersebut akan menyebabkan beliau boleh disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman “Pihak polis boleh menyiasat pihak penganjur dibawah Akta Perhimpunan Seksyen 9 1 PAA kerana gagal memberikan sebarang notis ke atas perhimpunan hari ini ” kata ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad semasa berbincang dengan Wong.


“Anda boleh mengasihi negara anda tanpa penyayang kerajaan” kata poster ini

Selain pihak polis DBKL juga memberikan amaran sama memandangkan pihak penganjur tidak memberikan notis awal kepada mereka dan memberikan alasan bahawa Dataran Merdeka sedang dalam proses baik pulih Namun beberapa minit kemudiaan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Suhakam Dr James Nayagam memberitahu kepada Wong bahawa DBKL mengatakan beliau boleh meneruskan hasratnya untuk mendiami Dataran Merdeka sehingga pagi esok tapi dengan syarat “Saya ada mesej kepada kamu Wong DBKL benarkan kamu tinggal disini tapi dengan syarat tidak memasang khemah ” kata Nagayam Dalam perhimpunan hari ini kira-kira empat hingga lima ribu peserta Himpunan Hijau berarak dari Gombak ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan ke atas Loji Nadir Bumi di Lynas Pahang Wong semasa berucap di hadapan ribuan orang peserta itu juga berjanji usahanya tidak berhenti dengan kejayaan sampai ke Dataran Merdeka malahan memberi amaran akan membuat sekatan ke kilang Lynas yang sudah memulakan operasinya itu “Jika perdana menteri ataupun menteri yang mengambil serius dengan perhimpunan hari ini saya berjanji di hadapan kamu semua ia tidak akan terhenti disini saja “Saya akan buat sekatan masuk ke kilang toksik tersebut ” tambah Wong Himpunan Hijau telah berjalan hampir sejauh 300 km selama 13 hari yang bermula di Kuantan semalam kumpulan aktivis tersebut bermalam di markas tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak dan telah bergerak melalui Lebuhraya DUKE Kampung Railway dan Sentul Pasar pagi tadi Pada jam 3 30 petang kumpulan daripada Sentul bertemu dengan satu lagi kumpulan yang menunggu di Maju Junction dan kemudiaannya bergerak bersama menerusi Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka Beberapa organisasi bukan kerajaan seperti Saya Anak Bangsa Malaysia SABM wakil daripada Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur KLCAH Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ANAK dan banyak lagi turut hadir pada perhimpunan hari ini Turut kelihatan juga beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat PR antaraya ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Lim Kit Siang Chua Tian Chang William Leong Fuziah Salleh Elizabeth Wong dan Chang Lih Kang Sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka peserta melaungkan slogan “Henti Lynas” “Hidup rakyat” dan “Tak nak toksik” serta mengibarkan bendera Malaysia dan bendera hijau sebagai simbolik perjuangan kumpulan tersebut Mereka tiba pada jam 6 petang di Dataran Merdeka tetapi tidak dapat masuk ke dalam kawasan utama ekoran dihalang oleh penghadang Peserta mula bersurai kira-kira pada 7 malam dan kelihatan beberapa orang aktivis masih setia bersama Wong untuk bermalam di Dataran Merdeka Dalam pada itu pihak polis dan DBKL telah memasang penghadang dan tembok di sekitar Dataran Merdeka sejak pagi tadi dan meletak notis tidak membenarkan sebarang aktiviti berjalan disitu Namun peserta Himpunan Hijau tetap dengan pendirian mereka untuk mara ke lokasi yang sudah ditetapkan tersebut “Ya ya kami tahu mereka sekat Dataran Merdeka “Rancangan menuju ke sana masih akan diteruskan seperti biasa dan tidak akan dibatalkan ” kata ketua publisiti himpunan tersebut Lee Chean Chung yang mengesahkan kepada wartawan pagi tadi Perarakan Himpunan Hijau ini sudah berjalan sejak 13 November lalu dan ia adalah sebagai tanda protes kumpulan tersebut untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar Selain itu kumpulan ini juga mendapat sokongan empat NGO lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub Ban Cyanide Committee gabungan NGO Pengerang dan NGO anti-empangan Murum.


Penyokong Himpunan Hijau di Dataran Merdeka menunjuk perpaduan

Himpunan Hijau tetap ke Dataran Merdeka walaupun disekat

Penyokong Himpunan Hijau di Jalan Sentul, menuju ke arah Dataran Merdeka. — Gambar Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 25 Nov — Himpunan Hijau tetap akan meneruskan rancangan menuju ke Dataran Merdeka walaupun pada ketika ini pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menutup kawasan tersebut seawal pagi tadi dengan meletak notis tidak membenarkan sebarang aktiviti berjalan disitu. 
“Ya, ya kami tahu mereka sekat Dataran Merdeka. 
“Rancangan menuju ke sana masih akan diteruskan seperti biasa dan tidak akan dibatalkan,” kata ketua publisiti himpunan tersebut, Lee Chean Chung. 

Menurut Lee yang dihubungi wartawan mereka ketika ini sedang dalam perjalanan daripada Sentul dan dijangka tiba di Maju Junction kira-kira jam 3 30 petang ini “Kami akan berkumpul dan bergerak ke Dataran Merdeka sebaik tiba di Maju Junction ” tambah beliau Dalam laporan media pagi tadi hampir kira 100 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada polis dan pegawai DBKL sudah bersiap sedia di Dataran Merdeka yang dijadualkan berlangsungnya Himpunan Hijau pada hari ini Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib juga turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut Selain itu Lee juga mengesahkan kira-kira 2 000 lebih peserta himpunan terdiri daripada aktivis keluarga dan lain-lain akan berarak ke sana Semalam kumpulan tersebut telah bermalam di markas tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak dan telah bergerak melalui Lebuhraya DUKE Kampung Railway dan Sentul Pasar pagi tadi Dalam pada itu tinjauan wartawan  yang berada di lokasi Maju Junction mendapati orang ramai semakin beransur-ansur banyak tiba dan berkumpul kira-kira 200 orang peserta Ramai yang memakai baju hijau dan mengibarkan bendera Himpunan Hijau serta bersorak “hentikan Lynas” di sepanjang tepi jalan sambil menunggu rakan-rakan mereka tiba yang masih sedang berjalan dari Sentul Orang ramai yang berkumpul terdiri daripada lapisan umur tua dan muda pelbagai kaum dan agama yang sudah datang berkumpul Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer Dalam pada itu ketua kumpulan tersebut telah dalam satu ucapannya di Sentul pagi berkata mereka akan bermalam di Dataran Merdeka hingga pagi esok “Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok ” katanya .



Penyokong Himpunan Hijau menuju ke arah Dataran Merdeka.

Gambar Yang Jarang Anda Lihat

                                        loving couple

 Berita berdasarkan gambar dan kefahaman masing2

                                  rezeki!!!,,,,,,,,,,,,,hehehe
              woo     woooo     wooooo...
                                   pokok bulan

Rumah Dibina Ditengah Lebuhraya Yang Tidak Dapat Diruntuhkan

Zhejiang, China - Dikatakan tuan rumah tidak membenarkan rumah mereka diruntuhkan menyebabkan jalan raya ini telah menjadi sedikit cacat. Jadi, sesiapa yang lalu jalan raya ini cuba jangan pandu dengan laju.



Debaran Ibu 3 Anak ‘Diculik’


kereta mangsa yang dilarikan suspek.


SEREMBAN: Tindakan seorang wanita meninggalkan tiga anak lelakinya yang masih kecil dalam kereta tanpa mematikan enjin di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Taman Desa Dahlia, Senawang, dekat sini, kelmarin mengundang padah apabila kereta itu bersama kanak-kanak di dalamnya dilarikan penjenayah.

Begitupun ‘drama’ penculikan kanak-kanak berusia tiga, 11 dan 12 tahun itu berakhir dalam masa 40 minit hasil tindakan pantas polis melakukan gerakan mengesan Proton Wira milik mangsa, sekali gus memberkas suspek iaitu sepasang suami isteri di sekatan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika wanita terbabit bersama tiga anaknya itu pergi ke sebuah pasar raya di Senawang.

Katanya, kurang dua minit selepas wanita berusia 42 tahun itu masuk ke pasar raya, seorang lelaki berusia 30-an dikatakan terus melarikan kereta itu bersama tiga anak mangsa.

“Selepas memandu sejauh 20 meter suspek bertindak meninggalkan dua anak mangsa berusia 11 dan 12 tahun di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya besar dipercayai kerana tidak tahan mendengar tangisan kedua-duanya.

Hari Tiada Seluar / No Pants Day

 Hari Tiada Seluar telah pun berlaku selama 10 tahun dan ia telah tersebar seluruh dunia tapi kebanyakannya hanyalah di barat. Tiada satu pun perkara ini pernah dilakukan di Asia sehinggalah hari ini Taiwan telah mengikutinya.




Paris Hilton Dikritik Kerana Buka Kedai Di Mekah


Los Angeles - Paris Hilton telah membuka kedai handbag dan aksesoris di kota suci Mekkah. Namun, oleh kerana Paris Hilton ini seorang artis yang sangat seksi, maka ia telah di tentang hebat oleh orang Islam di situ.
Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.
Mereka beramai-ramai ke media sosial untuk menyuarakan kemarahannya terhadap selebriti berambut perang itu. Salah satunya mengatakan, pembukaan kedai itu seperti memburukkan kota Mekkah, kota paling suci yang dihuni lebih 1,2 juta warga muslim.

Ada juga yang menyatakan, kedai dan aksesoris di Arab Saudi itu telah menghina prinsip-prinsip tempat perlindungan Islam.

"Bagaimana seseorang yang sangat seksi itu boleh membuka kedai di kota suci bersebelahan dengan Masjid Agung?" kata salah seorang dari twitter.

"Wanita seperti dia tidak boleh membuka kedainya di sini," Kata yang lain.
"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

Walaupun demikian, Paris Hilton tidak mahu berundur, malah menyebarkan gambar-gambar kedainya dan berkata "Cintailah kedai saya yang cantik ini yang baru di buka di Kota Mekah di Arab Saudi."
"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

*Sibuk dengan isu gaza, timbul pula masalah artis barat sorang ni,  diminta kepada semua umat Islam  supaya sentiasa berdoa agar Islam dan Kota Suci Mekah sentiasa terpelihara.
gambar kedai di mekah

CUEPACS minta skim khas untuk penguat kuasa PBT, JPJ

Putrajaya: CUEPACS meminta kerajaan wujudkan skim perkhidmatan khas bagi anggota dan pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata skim itu perlu kerana ketika ini 6,000 penguat kuasa dari 154 PBT seluruh negara dimasukkan dalam Gred N, iaitu sama dengan pentadbir lain yang bekerja di pejabat, walaupun beban tugas dan risikonya lebih. 
“Keadaan ini menyebabkan anggota dan pegawai penguat kuasa PBT dan JPJ di seluruh negara tidak mendapat pelbagai kemudahan, termasuk elaun dan faedah lain seperti mana dinikmati pegawai penguat kuasa Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis, yang mempunyai skim perkhidmatan tersendiri. 


“Masalah ini menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati kenaikan gaji dan pangkat yang lebih cerah lagi adil berasaskan tempoh perkhidmatan masing-masing,” katanya selepas pertemuan kira-kira sejam dengan wakil lebih 100 PBT seluruh negara di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, semalam. 

CUEPACS dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) menubuhkan jawatankuasa bagi menyemak dan menyediakan kertas cadangan mengenai keperluan mewujudkan skim khas perjawatan anggota dan pegawai penguat kuasa PBT serta JPJ di seluruh negara. 

Omar berkata, jawatankuasa itu diberi masa tiga minggu untuk menyedia dan menyiapkan kertas cadangan berkenaan sebelum dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Mengulas lanjut, beliau berkata pengenalan skim baru itu sejajar dengan langkah kerajaan memudahkan kenaikan gaji dan gred penjawat awam berasaskan tempoh perkhidmatan, seperti mana diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Mohd Ali Hamsa, baru-baru ini.

Anaconda adalah ular raksasa - WUJUD ke..???

 Anaconda adalah ular raksasa yang sering dikisahkan dalam filem. Namun, benarkah ukurannya sebesar itu? Seorang penyelam Swiss, Franco Banfi, telah membuktikannya sendiri ketika ke daerah Mato Grosso di Brazil. Daerah ini termasuk habitat semulajadi Anaconda. Demi mengabadikan momen-momen istimewa bersama Anaconda, dia memberanikan diri untuk menyelam di sungai yang keruh. Aksi tersebut sangatlah berbahaya, mengingatkan Anaconda bukan ular yang berukuran kecil. Ia boleh saja menyerang dan melilit mangsanya dengan mudah. Tanpa fikir panjang, penyelam profesional berusia 53 tahun itu menyusuri kedalam air yang sangat keruh. Hanya membawa kamera air, Franco berhasil menemukan seekor Anaconda raksasa, yang telah lama dicarinya.
Penyelaman itu dilakukannya selama 10 hari. Sama sekali tak ada rasa takut ketika berdekatan dengan Anaconda berukuran 8 meter. Sebaliknya, Franco malah semakin dekat ke arah ular raksasa tersebut. Beberapa foto yang berhasil diabadikannya menunjukkan momen-momen istimewa seperti seekor Anaconda raksasa yang sedang berjemur di tepi sungai. "Segalanya mungkin terjadi. Tetapi, saya tidak berfikir bahwa ia (Anaconda) akan memakan manusia. Saya sangat dekat dengannya dan bahkan boleh menyentuhnya," Franco menggambarkan betapa tidak ada rasa takut di dalam dirinya ketika itu.


penjelasan ustaz azhar idrus tentang gambar keluarga tersebar makan mcd.

Gambar Ustaz Azhar Idrus makan di McDonalds bersama isteri dan anak yang tersebar di laman sosial Facebook menimbulkan tanda tanya terutamanya peminat-peminat Ustaz Azhar Idrus.Sebelum ini gambar Ustaz Azhar Idrus di McD ini diabaikan oleh rakyat Malaysia, namun ‘Musim Boikot McD’ kembali apabila serangan Israel terhadap Palestin bermula sejak seminggu lalu.
Sebelum andaian yang tidak baik kepada Ustaz Azhar Idrus, beliau telah menjelaskan isu gambar makan di McD ini di laman sosial Facebook beliau. Lihat screenshot Facebook di bawah :-


Ini di Johor bukan Kota Baru.. ambe takan makan di McD tp bersebelahan dgn McD, kawan dr jb yg belikan aiskerim tu utk anak.. gelas air kopi tu diisi dgn air nescafe yg dibeli olih rakan dr kedai sebelah..isteri tak makan apa2 pun..
Tapi, penjelasan beliau ini banyak dipertikaikan oleh segelinitir peminat kerana didakwa kenyataan yang diberikan agak tidak logik dan bercanggah dengan apa yang berada di dalam gambar tersebut.
Menjadi persoalan, mengapa perlu mengisi air nescafe ke dalam gelas McD? Pemandangan seperti dinding, kerusi dan meja agak familiar dengan persekitaran dalam McDonald’s.



Cari Maklumat Di Sini