Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

petua : kencing manis & darah tinggi

"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni. Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain. Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180. Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!! Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler.... Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan. Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa. Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156. Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!! Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!! Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini. Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula. Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini.. Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe. Selamat mencuba!! " p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau;D

sumber

Semua penguatkuasa kerajaan dibekal senjata api

Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu senjata api dibekalkan bukan sahaja kepada penguatkuasa agama akan tetapi kepada semua penguatkuasa jabatan kerajaan.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyokong sepenuhnya cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar senjata dibekalkan kepada penguatkuasa agama.
"Insiden tembakan sehingga mengorbankan nyawa penjawat awam amat membimbangkan kita dan sebagai kesatuan pekerja yang memperjuangkan keselamatan penjawat awam ketika bertugas, kita amat bersetuju dengan cadangan Datuk Seri," katanya dalam satu sidang media di Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur.
Cuepacs juga turut mengutuk sekeras-kerasnya insiden pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek.
Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan pada Ahad lalu.
Beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan pangkat agar sekaligus dengan pencen tersebut dapat mengurangkan beban keluarga mangsa yang sudah hilang sumber pendapatan.
Beliau turut menolak kritikan pemberian senjata api kepada penguatkuasa hanya akan lebih membahayakan nyawa kerana dakwanya pembekalan senjata api hanyalah pada waktu pegawai tersebut bertugas.
"Kita cari kesalahan orang berdepan risiko tapi cota pun tidak beri dengan situasi sekarang yang tanpa beri amaran terus tembak. Jadi pemberian senjata api kepada badan penguatkuasa adalah tindakan wajar.
"Namun pelaksanaan tersebut mesti ada peraturan iaitu hanya ketika waktu bertugas dan kemudian senjata api tersebut perlu dipulangkan kembali, "katanya.
Pada masa yang sama Cuepacs turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pemberian insurans khas kepada pegawai penguatkuasa bagi memberi jaminan kepada ahli keluarga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada pegawai.
Terdahulu, Jamil mengulas mengenai kematian Ahmad Rafli dan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi senjata api kepada penguatkuasa agama .
Jelas Jamil,  ia  adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha memastikan keselamatan pegawainya terjamin.
Jamil antara lain turut mempertimbangkan agar rondaan secara berkala oleh kereta peronda polis di kawasan kediaman penguatkuasa demi keselamatan bukan sahaja kepada pegawai dan seluruh seisi keluarga.
Bagaimanapun pelaksanaan tersebut ditentang hebat oleh pembangkang dengan menegaskan pemberian senjata api kepada pegawai penguatkuasa agama tidak bermakna mampu menyelesaikan peningkatan kes jenayah membabitkan pembunuhan. – 14 November, 2013.

Cari Maklumat Di Sini