Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Dalam kenangan...takziah [Al-fatihah]



 Takziah kepada Puan Nilam @ "MAK"  panggilan manja di kalangan keluarga dan saudara-mara.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira2 pukul 6 petang tadi ..26/2/2013.
note : Kami mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarhamah  dan bersabar dalam hadapi dugaan , Yang hidup pasti "MATI" . Semoga jenazah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Koleksi foto utk hari ini 24/2/13







Tahniah!!! MA & NASRUL [ BoY ]

Tahniah!!!    Tahniah!!!    Tahniah!!!



Nama : tiada ... maklumat
umur : lahir semalam 23/2/13 jam 11.59pm
Berat : 3.14kg

Tahniah ! SK.Gombak Setia Homepage sendiri




Selamat Datang Ke SK Gombak Setia

SK Gombak Setia merupakan sekolah bantuan kerajaan dan terletak di daerah Gombak. Ia mempunyai seramai 1486 orang murid pada tahun 2012 dengan kekuatan 76 orang guru.

                                                           


 SK Gombak Setia dibina pada 12 Disember 1958 di Daerah Gombak. Asalnya sekolah ini dikelilingi oleh kebun getah dan lombong bijih timah. Sekarang kawasan ini telah berubah menjadi satu kawasan perumahan moden.

      Terdapat beberapa faktor penting yang mendorong terbinanya sekolah ini. Sekitar tahun 50-an, Gombak Setia telah membangun. Banyak kawasan perumahan yang telah dibina dan dimajukan oleh RISDA. Justeru itu, terdapat pertambahan bilangan penduduk secara mendadak di kawasan ini. Sekolah yang terdekat pada ketika itu bagi penduduk di kawasan ini ialah SK Gombak Utara iaitu kira-kira empat batu jauhnya. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah di kawasan Gombak Setia ini.

     Bangunan asal sekolah ini dibina daripada papan yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Pada 12 Januari 1959, JPN Selangor telah menghantar seorang guru besar ke sekolah ini iaitu Tuan Haji Mohd Yusoff B. Buyung. Bilangan guru yang ada pada ketika itu adalah seramai 3 orang iaitu Cikgu Abdul Majid, Cikgu Kamaruzaman Yahya dan Cikgu Othman Ujang. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 82 orang dan bilangan kelas yang ada hanyalah darjah satu (29 orang) dan darjah dua sahaja (53 orang). Sekolah ini telah dirasmikan oleh Encik Wan Mahmud Pawanteh pada 21 Jun 1959 iaitu Pegawai Daerah Gombak pada waktu itu. Mengikut catatan Buku Hari 1958, kemudahan yang terdapat di Sekolah Umum Gombak Setia pada ketika itu pada awal penubuhannya adalah 150 buah meja murid tinggi, 150 buah meja murid rendah, 300 buah kerusi murid, 6 buah meja guru, 6 buah kerusi guru, 6 buah papan hitam serta 6 buah almari. Pada tahun 1961, nama sekolah ini ditukar daripada Sekolah Umum Gombak Setia kepada Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Pada tahun 1974 pula, PIBG sekolah ini ditubuhkan buat kali pertama. Persatuan ini bergerak aktif untuk bersama membantu menjaga kebajikan dan kepentingan sekolah.

     Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan dan teknologi maklumat, kini SK Gombak Setia telah mencapai Gred A dan mempunyai bilangan murid seramai 1764 orang dengan tenaga pengajar seramai 76 orang. Bilangan kelas pula adalah sebanyak 46 buah iaitu 23 untuk sesi pagi dan 23 lagi untuk sesi petang. Antara kemudahan fizikal lain yang terdapat di SK Gombak Setia ini adalah bilik Guru Besar dan Penolong Kanan, dewan, pusat sumber, makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik teknologi pendidikan, surau dan lain-lain
                                                       
                                                     SK.GOMBAK SETIA

Muka ada senyum (5)








Muka ada senyum (4)






Muka ada senyum (3)






Muka ada senyum (2)






Muka ada Senyum (1)






Khasiat Daun Betik

Tumbuhan semulajadi lebih bermanfaat sebab tak de bahan kimia . Pokok betik pun mudah di tanam . Air rebusan pucuk betik jika diminum dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan kita . Tapiwanita hamil tidak dibenarkan ambil ya !


CARA MENYEDIAKAN :

1. Rebus air
2. Potong - potong daun betik muda
3. Masukkan ke dalam air yang mendidih , biarkan selama 30 minit .
4. Ambil airnya , biarkan suam dan minum .


Korang jangan pulak pi buang daun betik lepas ambik airnya . Daun tu korang boleh jadikan sajian bersama nasi .


BUANG RASA PAHIT

1. Rebus daun betik tadi gunakan air baru .
2. Perah limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tuh selama 5 minit  .
3. Toskan dan buang airnya .


DAUN BETIK GORENG 

1. Goreng ikan bilis / jeruk ikan masin  / belacan , letak tepi 
2. Panaskan sedikit minyak .
3. Masukkan hirisan bawang putih , bawang merah , halia , cili kering / cili besar / cili padi ... tumis hingga naik bau .
4. Masukkan daun betik yang telah ditoskan airnya , kacau .
5. Masukkan no.1 dan bahan perasa , kacau sebati .
6. Hidangkan dan makan bersama nasi panas ... fuhh melilih air mata ... hahahaaaa



SELAMAT MENCUBA 

Resdung

Tanda - tanda korang ada resdung ialah bila korang asyik bersin jer . Apa yang korang kena buat hanyalah elakkan :

1. Memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab .

2. Jangan gunakan sarung bantal , cadar , selimut yang diperbuat daripada bulu binatang .

3. Kerap bersihkan permaidani dan karpet .

4. Gunakan penutup hidung sebelum mengemas rumah .

5. Kerap cuci sarung bantal , cadar dan selimut dengan air panas untuk bunuh serangga dan pepijat .

6. Kerap lap muka menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam .

Rawatan yang korang boleh lakukan :

1. Menyedut air ke dalam hidung , kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan dengan sekuat hati . Buatlah berulang kali . Selepas itu basuhlah muka dengan bersih . Buat lah selalu takira apa korang buat dan mana  korang berada dan pergi . Kesannya memang hebat .

2. Hiris halus 3 biji bawang merah + ambil 2 helai daun sirih + secubit biji sawi = masukkan ke dalam mangkuk yang ada air mendidih . Letakkan muka anda di atasnya .

3. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak , kemudian ambil bahagian kulitnya sahaja . Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau . Seterusnya , campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit . Pas tu pi bakar bahan tu dan sedut asapnya .

4. Cari terung bulu , keringkan . Letakkan ia di atas kain maslin . Letakkan kain maslin tu di atas mangkik berisi air panas . Sedut wap yang keluar .

5. Dapatkan rawatan menggunakan lintah .


SELAMAT MENCUBA 

Sambutan Hari Wilayah Blok 8 , Flat Sri Langkawi 1

 Sempena Sambutan Hari Wilayah 2013 , Flat Sri Langkawi 1 , Blok 8, Gombak . Menyambut nya dengan mengibarkan Bendera Wilayah antara tingkat 1 hingga 4 . Bendera Wilayah akan di Kibarkan selama sebulan di bulan Februari ini .

                                  

 note : seronok2 je.... cuti free 

Cari Maklumat Di Sini