Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Khasiat Daun Betik

Tumbuhan semulajadi lebih bermanfaat sebab tak de bahan kimia . Pokok betik pun mudah di tanam . Air rebusan pucuk betik jika diminum dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan kita . Tapiwanita hamil tidak dibenarkan ambil ya !


CARA MENYEDIAKAN :

1. Rebus air
2. Potong - potong daun betik muda
3. Masukkan ke dalam air yang mendidih , biarkan selama 30 minit .
4. Ambil airnya , biarkan suam dan minum .


Korang jangan pulak pi buang daun betik lepas ambik airnya . Daun tu korang boleh jadikan sajian bersama nasi .


BUANG RASA PAHIT

1. Rebus daun betik tadi gunakan air baru .
2. Perah limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tuh selama 5 minit  .
3. Toskan dan buang airnya .


DAUN BETIK GORENG 

1. Goreng ikan bilis / jeruk ikan masin  / belacan , letak tepi 
2. Panaskan sedikit minyak .
3. Masukkan hirisan bawang putih , bawang merah , halia , cili kering / cili besar / cili padi ... tumis hingga naik bau .
4. Masukkan daun betik yang telah ditoskan airnya , kacau .
5. Masukkan no.1 dan bahan perasa , kacau sebati .
6. Hidangkan dan makan bersama nasi panas ... fuhh melilih air mata ... hahahaaaa



SELAMAT MENCUBA 

Cari Maklumat Di Sini