Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Tahniah ! SK.Gombak Setia Homepage sendiri




Selamat Datang Ke SK Gombak Setia

SK Gombak Setia merupakan sekolah bantuan kerajaan dan terletak di daerah Gombak. Ia mempunyai seramai 1486 orang murid pada tahun 2012 dengan kekuatan 76 orang guru.

                                                           


 SK Gombak Setia dibina pada 12 Disember 1958 di Daerah Gombak. Asalnya sekolah ini dikelilingi oleh kebun getah dan lombong bijih timah. Sekarang kawasan ini telah berubah menjadi satu kawasan perumahan moden.

      Terdapat beberapa faktor penting yang mendorong terbinanya sekolah ini. Sekitar tahun 50-an, Gombak Setia telah membangun. Banyak kawasan perumahan yang telah dibina dan dimajukan oleh RISDA. Justeru itu, terdapat pertambahan bilangan penduduk secara mendadak di kawasan ini. Sekolah yang terdekat pada ketika itu bagi penduduk di kawasan ini ialah SK Gombak Utara iaitu kira-kira empat batu jauhnya. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah di kawasan Gombak Setia ini.

     Bangunan asal sekolah ini dibina daripada papan yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Pada 12 Januari 1959, JPN Selangor telah menghantar seorang guru besar ke sekolah ini iaitu Tuan Haji Mohd Yusoff B. Buyung. Bilangan guru yang ada pada ketika itu adalah seramai 3 orang iaitu Cikgu Abdul Majid, Cikgu Kamaruzaman Yahya dan Cikgu Othman Ujang. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 82 orang dan bilangan kelas yang ada hanyalah darjah satu (29 orang) dan darjah dua sahaja (53 orang). Sekolah ini telah dirasmikan oleh Encik Wan Mahmud Pawanteh pada 21 Jun 1959 iaitu Pegawai Daerah Gombak pada waktu itu. Mengikut catatan Buku Hari 1958, kemudahan yang terdapat di Sekolah Umum Gombak Setia pada ketika itu pada awal penubuhannya adalah 150 buah meja murid tinggi, 150 buah meja murid rendah, 300 buah kerusi murid, 6 buah meja guru, 6 buah kerusi guru, 6 buah papan hitam serta 6 buah almari. Pada tahun 1961, nama sekolah ini ditukar daripada Sekolah Umum Gombak Setia kepada Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Pada tahun 1974 pula, PIBG sekolah ini ditubuhkan buat kali pertama. Persatuan ini bergerak aktif untuk bersama membantu menjaga kebajikan dan kepentingan sekolah.

     Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan dan teknologi maklumat, kini SK Gombak Setia telah mencapai Gred A dan mempunyai bilangan murid seramai 1764 orang dengan tenaga pengajar seramai 76 orang. Bilangan kelas pula adalah sebanyak 46 buah iaitu 23 untuk sesi pagi dan 23 lagi untuk sesi petang. Antara kemudahan fizikal lain yang terdapat di SK Gombak Setia ini adalah bilik Guru Besar dan Penolong Kanan, dewan, pusat sumber, makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik teknologi pendidikan, surau dan lain-lain
                                                       
                                                     SK.GOMBAK SETIA

Cari Maklumat Di Sini