Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

basikal-setinggi-5-meter





Samsung Galaxy S4 Active [ terkini ]


Walaupun Galaxy S4 telahpun dilancarkan secara rasmi di kebanyakkan negara termasuk di Malaysia, Samsung kini dikatakan sedang membangunkan satu lagi variasi peranti perdana mereka itu yang lebih tahan lasak. Smartphone yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S4 Active itu bakal dilancarkan pada bulan Julai 2013 nanti.
Samsung Galaxy S4 Active akan mengekalkan rekaan yang ada pada Galaxy S4 tetapi telah dibangunkan khas bagi menjadikannya ia kalis air dan debu. Penghasilan Galaxy S4 Active ini pastinya untuk menyaingi kewujudan smartphone lain yang tahan lasak seperti Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZR.
Tidak seperti Galaxy S4 yang dipasarkan secara global, Samsung Galaxy S4 Active ini berkemungkinan hanya akan dijual di negara tertentu sahaja dimana sasaran pasarannya adalah untuk pengguna yang terlibat dalam kawasan peperangan, tapak pembinaan dan sebagainya.
 Samsung Galaxy S4 telah pun dilancarkan di Malaysia pada 27 April yang lalu. Harga rasminya adalah RM2,199.

Memburu Cacing

 Satu pertandingan sebenar dengan peraturan yang ketat telah diadakan. Kampung Willaston, berhampiran Nantwich, Cheshire telah menjadi tempat untuk Kejohanan Dunia tahunan . 
Tradisi yang ini sangat pelik, yakni memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta hanya diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan. Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai wilayah perburuan "kawasan"seluas 3 x 3 m2 sahaja. Dibenarkan bermain muzik apa saja untuk memikat / memancing cacing agar keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.
Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah teroganisasi. Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich. Ia mengenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980,ketika itu ia berhasil mendapat 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.






Berani ! jom ... Jangan cakap je lebih

 Pengalaman menyelam bersama buaya besar pasti amat menakutkan. peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut.diletakkan di dalam sangkar silinder lutsinar sementara haiwan ganas tersebut berlegar-legar didalam kolam.Crocosaurus Cove [Sangkar tersebut turut digelar-Cage of Death]




Al Quran Sebagai Pembela Umat

Al-Quran adalah kalam ALLAH.  Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya.  Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Di antara kelebihan membaca dan mengamalkan ajaran al-Qur'an:
1- Al-Qur'an akan memberi pertolongan di hari Kiamat kepada kita nanti
2- Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Qur'an serta mengamalkan nya
3- Ganjaran Allah kepada orang yang lancar atau pun tidak lancar tetapi berusaha membacanya 2 kali pahala
4- perumpamaan orang yang baca al-Qur'an saperti buah utrujjah yang baunya enak dan rasanya enak
5- Orang yang tidak membacanya hati tidak tenang sunyi ibarat rumah yang kosong atau seperti kubur menyeramkan

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran.  La haula wa la quwwata illa biLLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH.  Hidayah dan taufiq ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…

Sekadar menyampaikan,

Menziarahi Makam Rasullulah Saw


Menziarahi Masjid Nabawi , makam rasullulah saw dan tempat-tempat bersejarah di Madinah ini ada adab dan peraturannya. Ini adalah supaya amalan kita menjadi lebih berkat dan sempurna serta mendapat pahala, tidaklah nanti segala amalan itu menjadi sia-sia bahkan menambah dosa serta mengurangkan pahala pula. 
Di samping itu, ziarah tidaklah pula terikat dengan solat dan ibadat yang banyak atau sedikit. Tuntutan ziarah ini sebenarnya sudah terlaksana dengan bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat memberi salam kepada Rasullulah saw dan kedua-dua sahabatnya kemudian berdoa untuk kebaikan diri dan kaum muslimin seluruhnya. 

Adapun lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang lain tidaklah diwajibkan , lebih-lebih lagi bagi mereka yang uzur atau kesuntukan masa, adalah menjadi kerugian jika peluang yang ada itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. 
Beberapa Abad dan Larangan Yang Harus Diikuti Semasa Berziarah Ke Makam Rasullulah Saw . 

1- Selawat dan salam kepada Rasullulah saw akan sampai kepada Baginda dari mana saja kita mengucapkan, tidak semestinya berdekatan atau berhadapan dengan makamnya. Khasnya kepada kaum muslimat yang tidak dapat masuk ke bahagian hadapan masjid. 

2- Jangan mengangkat suara dengan kuat ketika memberi salm kepada Rasullulah saw atau ketika berada di dalam Masjid Nabawi sekalipun dengan bacaan Al-Quran. Hendaklah memberi salam sekadar dapat didengari oleh diri sendiri sahaja. 

3- Juga jangan sekali-sekala membongkok ketika memberi salam kepada Rasullulah saw kerana itu adalah perbuatan bidaah dan jika sampai kepada rukuk seperti di dalam solat boleh membawa kepada haram. 

4- Diharamkan meminta sesuatu hajat atau sebarang permintaan untuk melepaskan diri daripada bala atau penyakit daripada makhluk atau roh orang telah mati meskipun roh Rasullulah saw sendiri kerana perbuatan itu akan membawa syirik . Meminta apat-apa hajat atau pertolongan hanyalah kepada Allah swt semata-mata. 

5- Masuklah ke dalam masjid dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doanya. Kemudian hendaklah bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat sebelum melakukan amalan lain. 

6- Jangalah menyentuh atau mengucap mana-mana dinding makam atau masjid di mana-mana saja. Juga jangan sekali-kali meleparkan sesuatu ke dalam makam seperti yang dilakukan oleh sesetengan pelawat . Perbuatan ini adalah bidaah yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan salafussoleh. 

7- Menghadap ke arah makam Rasullulah saw ataupun Raudhah ketika berdoa adalah dilarang sama sekali kerana kiblat doa bagi muslimin adalah Kaabah . Jadi hendaklah menghadap kiblat ketika berdoa di mana-mana kita berada. 

8- Tidak berasak-asak dan berebut-rebut semasa di makam Rasullulah saw di Raudhah atau dimana-mana mihrab masjid samada untuk berdoa atau bersolat . Bagaimana mungkin mendapat pahala yang diinginkan itu jika kita sanggup menyakiti orang lain dan tidak bertolak ansur dan bersabar.? 

9- Adab dan larangan dalam melintasi orang yang sedang solat semata-mata untuk mendapatkan saf di hadapan atau untuk keluar dari masjid. 

10-Hendaklah kita memenuhkan mana-mana saf yang kosong dan jangan memutuskan saf-saf jemaah atau memilih tempat solat berjemaah di celah-celah tiang. 

11-Jangan melakukan solat sunat di tengah jalan atau tempat laluan orang, pilihlah tempat yang terlindung (sutrah) , seperti di belakang tiang atau rak-rak al-Quran. 

12-Janganlan duduk di depan pintu masjid sekirannya msih ada ruang lagi di sebelah dalamnya kerana ini akan menyesak dan menyusahkan jemaah lain untuk masuk. 

13-Perbanyakkan ibadat kepada Allah swt dengan solat berjemaah, solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertasbih, berzikir dan bertahmid kepada Allah swt sebanyak mungkin juga bertaubat dari semua kesalahan yang lalu dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang lalu. 

14-Jauhi diri daripada segala perkara yang dilarang oleh islam samada haram ataupun makruh seperti merokok dan sebagainya. Hindari daripada berbual-bual dan perbuatan yang sia-sia. 

15-Bagi kaum wanita pula hendaklah menjaga adab, jangan memakai pakaian yang mendedah aurat, tidak memakai bau-bauan semasa terdapat lelaki yang bukan mahram. Sempurnakah perasaan cinta kita kepada Rasullulah saw sehingga kita sanggup datang dari tempat jauh semata-mata untuk bersolat di masjid Rasullulah saw dan memberi salam kepadanya, tetapi dalam masa yang sama pakaian, kelakuan dan tindakan kita tidak mengikut ajaran Baginda?

Sumber : 

Windows XP Tamat 8 April 2014

 Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.

Dalam satu kenyataan , Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

"Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre,http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. 

-Bernama

NEC Medias W


Ada dua skrin?
NEC Medias W
Buat mereka yang mencari-cari telefon yang lain daripada yang lain, NEC memperkenalkan produk terbaru mereka – Medias W. Ianya berbeza dari yang lain – bukan satu tetapi dua skrin berukuran 4.3 inci dengan resolusi 540 x 960 setiap satu dimuatkan oleh NEC. Anda boleh pakai telefon ini dengan satu skrin sahaja, dua skrin aktif dengan kandungan yang berbeza di setiap paparan, ataupun gabungkan kedua-dua skrin bagaikan sebuah skrin yang besar. Kami rasa ini cara yang baik untuk dapat ruang skrin yang besar, tanpa membeli ‘phablet’.

ikan pari 108 kg

 POWYS, Wales - Seorang pemancing amatur, David Griffiths, berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 108 kilogram di perairan Scotland, baru-baru ini, dipercayai ikan pari paling besar pernah ditangkap di United Kingdom.Bagaimanapun, penerbit buku berusia 47 tahun itu membuktikan dia memancing bukan untuk mencipta rekod atau mendapat pengiktirafan, apabila bertindak melepaskan semula ikan itu ke dalam laut selepas mengambil gambarnya.Griffiths berkata, dia mengambil masa selama 90 minit untuk menaikkan ikan sepanjang 2.3 meter dan 1.8 meter lebar itu dari laut sedalam 152 meter."Ikan seperti ini boleh menyebabkan anda tercampak keluar dari bot. Selepas pulang dari memancing, seluruh badan saya berasa sakit," katanya.Dia juga tidak tahu ikan pari itu merupakan yang terbesar pernah ditangkap di Britain, sehinggalah pemilik bot yang disewanya, Ronnie mengeluarkan pita ukuran serta menyatakan ia merupakan rekod terbaharu di negara ini.Menurutnya, dia menggunakan umpan ikan kembung dan sotong ketika memancing selama enam hari bersama anak lelakinya Will, yang berusia 12 tahun.Bagaimanapun, rekod tangkapan tersebut tidak boleh diiktiraf secara rasmi kerana ikan itu tidak ditimbang di tebing atau pelabuhan seperti yang disyaratkan.Rekod bagi tangkapan ikan pari terbesar di Britain dicatatkan pada 1986 dengan berat hanya 3.6 kilogram.Griffiths bagaimanapun disambut dengan upacara meriah oleh penduduk tempatan selepas dia kembali di pelabuhan setelah enam hari mengikuti ekspedisi memancing itu. - AGENSI

David Griffiths bergambar bersama ikan pari seberat 108 kilogram, yang berjaya dipancing di perairan Scotland baru-baru ini. - AGENSI

Ular Gergasi Di Laut Merah

Seekor ular gergasi yang menakjubkan telah dijumpai di Laut Merah dimana telah mengorbankan seramai 320 orang pelancong dan 125 penyelam dari Mesir.Ular ini telah berjaya dibunuh oleh sepasukan saintis profesional elit Mesir dan penyelam bertauliah.Nama-nama ahli sains yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi tersebut ialah: Dr. Karim Mohammed, Dr. Mohammed Sharif, Dr.Mr.Sea,Pelajar Dr.Mahmoud dan Dr.Mazen Al-Rashidi. Manakala nama-nama penyelam yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi tersebut diketuai oleh Ahmed, Abdullah Karim,Knight seorang nelayan, Wael Mohammed, Mohammed Haridi,Alvajuma seorang pakar lembing, Mahmoud Shafik,kumpulan Sharif.Bangkai ular tersebut telah dipindahkan ke dalam bilik simpanan haiwan antarabangsa di Sharm El Sheikh Mesir.




Jenazah Mati Syahid Dimandikan Oleh Malaikat

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.


Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.
 
Kumpulan Rabani telah mengadaptasikan kisah ini di dalam lagu. Lihat video di bawah:

Jubah nabi Muhammad saw

Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.  jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhaskan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad.
Di Istambul banyak sekali peninggalan Nabi dan para sahabatnya yang sampai ke hari ini dapat  dilihat.
Jubah Nabi Muhammad ini disimpan di ruangan khusus dan ditutup.

sms pembunuh di Facebook


Kuala Lumpur: “Hehe...tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.
 
Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.

Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih...suruh ah tangkap aku...” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah...!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.

“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
 
Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.

Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis.

sumber

lidah paling panjang di dunia


Chanel Tapper diiktiraf sebagai wanita
yang mempunyai lidah paling panjang di dunia.

Chanel Tapper, seorang pelajar perempuan berumur 23 tahun itu memiliki lidah sepanjang 9.7 cm, telah dinobatkan dan diiktiraf secara rasmi oleh Guinness sebagai memiliki lidah paling panjang di dunia.

Chanel Tapper dilaporkan suka menjelirkan lidahnya yang panjang. Chanel yang berasal dari Houstan, Amerika Syarikat mula dikenali ketika berumur 13 tahun melalui video YouTube dalam sebuah rakaman dia menjelirkan lidahnya yang panjang itu.

September lalu, Guinness telah menjemput Chanel ke Los Angeles di mana panjang lidahnya telah diukur dan dia berjaya mengalahkan dua lagi peserta lain sekaligus memecahkan rekod dunia.

"Saya suka menjelirkan lidah keluar di depan orang. Saya mula melakukannya semasa balik dari sekolah. Saya tak pernah alami masalah dengan lidah yang panjang ini. Ianya menyeronokkan".

Chanel berharap dapat ke Hollywuud selepas tamat belajar nanti.

Katanya: "Saya ingin berlakon dalam filem. Saya seorang yang agak dramatik dan saya rasa saya ada bakat berlakon".

Politik Tanah AirKU

 si anak kecil menyusu, tak tahu ibu nya telah meninggal dunia..
"semoga ALLAH melindungi anak kecil ini ...amin"


Seorang kanak-kanak Muslim Burma menghisap payudara ibu mati itu!
Tetapi Siapa yang peduli!

3 rakyat Amerika terbunuh di Boston dan seluruh dunia tahu tentang mereka.
Beribu-ribu telah diseksa, dibunuh dan dibunuh setiap hari di seluruh dunia di Myanmar, Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Syria ... Well kebanyakan mangsa adalah orang Islam ... Jadi Siapa yang peduli

Hanya satu contoh di Iraq, sejak tahun 2003 setengah juta kanak-kanak Iraq dibunuh, itu 50000 setahun, itu 1037 setiap hari, yang seperti 45 Boston pembunuhan beramai-ramai setiap hari di Iraq untuk satu dekad keseluruhan, 1 kanak-kanak yang terbunuh setiap setengah jam! !

Tetapi SIAPA yang peduli!

kesimpulannya : -

Parking [ Salah...ikut law ]


 Mematuhi undang2 [ Polis ] . Di jalan raya adalah tempat mereka, tetapi di pusat membeli-belah Pengawal Keselamatan berkuasa  dan pegawal keselamatan boleh kunci kereta polis.

Jerangkung lahad datu..penemBak tepaT


Jerangkung Ini Sniper 

Kurus kering, pucat lesi, cengkung..perghHH macam jerangkung dalam almari..khabarnya beliau adalah 'snipper' atau penembak tepat yang kebal. Dalam Ops Daulat tersebut, beliau d kepung beberapa hari d kawasan paya besar dan akhirnya menyerah diri..anihnya tanpa sebarang luka atau cedera d badan walau d hujani peluru..

Kisah pengganas Kiram III yang d katakan kebal kerana tangkal yang d bekalkan oleh Ketua segala pengganas, Kiram III ini menjadi bualan hangat penduduk tempatan.

Kisah kononnya mereka nampak ada makhluk terbang waktu malam malah ada kisah kononnya mereka amalkan ilmu Hanuman Kera Putih, mampu untuk terbang dari pokok ke pokok juga tak kurang hebatnya berlegar d kedai kopi pekan Felda Kencana dan warung makanan Felda Sahabat.

Lelaki Dera Bayi


Sejauh mana kebenaran dalam gambar ini sukar untuk ditentukan.Siapa lelaki ini dan apa hubungannya dengan anak kecil itu pun tidak dapat dipastikan.Banyak blog dan posting di facebook menyebut lelaki itu adalah bapa kanak-kanak berkenaan, namun sejauh mana kebenarannya sukat untuk dipastikan.Di mana dan bila kejadian ini berlaku pun belum dapat dipastikan.Namun satu yang pasti, anak kecil itu memang nyata menahan sakit

belasah pelajar: polis buru samseng budak sekolah


video belasah pelajar: polis buru samseng budak sekolah 


Sebuah video bertajuk Ketua Tingkatan Kena Belasah telah cetus kemarahan pengguna laman sosial. Video tersebut pada mulanya disebar oleh salah seorang pelajar yang berada di situ namun memadam video tersebut setelah mendapat komen negatif. 

Di percaya bahawa individu yang menyebarkan rakaman ini adalah
rakan salah seorang samseng tersebut. Laporan polis turut dibuat oleh pengguna laman sosial yang mahukan keadilan terhadap pelajar dipukul tersebut. Menurut sumber yang di perolehi, insiden ini berlaku di salah sebuah sekolah di Selangor. 

Terkini : Operasi Di Batalkan



Foto : Antara anggota Penguatkuasa DBKL yang  di tugaskan untuk mengawal Dataran Merdeka 


Standby jam 3.00pm - [ batal ]

Berani Biar BerTempat



"Mamat" tu berulang kali mengatakan "Gua tak takut punya, gua banyak duit punya orang"

9 hb.April 2013

                                        VS


Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka Bersih : Dataran Merdeka 9.4.13

Rambut Nabi



Satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang... kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan Lilalalmin... baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -

Wallahua'lam...

note : Untuk kepastian sila tanya Ustaz

aplikasi PRU 13 untuk telefon pintar


KUALA LUMPUR — Maklumat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 boleh diakses dengan lebih mudah menerusi aplikasi telefon pintar yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan generasi celik teknologi maklumat.
Aplikasi dinamakan ‘Undi PRU13’, telah dicipta oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan, Appandus Sdn Bhd dan ia, boleh dimuat turun pengguna secara percuma melalui Google Playstore atau Apple App Store.
Menurut laman sesawang syarikat itu, aplikasi tersebut menyediakan maklumat antara lain, kedudukan 727 kawasan pilihan raya kecuali kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak,  nama bekas dan penyandang kerusi Parlimen dan kerusi DUN, nama parti serta carian fleksibel untuk apa-apa maklumat lain.
Maklumat tersebut dikumpul dan disusun daripada data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Wikipedia.
Syarikat itu menyatakan pengguna aplikasi itu juga akan dimaklumkan  mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan PRU13 serta kempen ceramah.
“Pengguna juga boleh berkongsi keputusan, berita atau maklumat melalui Facebook, Twitter atau e-mel,” katanya. — Bernama

Kisah Seram Pengganas Sulu

Sistem brek bas tidak berfungsi ketika membawa keluar pengganas Sulu yang ditahan di kawasan pertempuran di Kampung Tanduo serta menyaksikan pengganas yang tidak mati walaupun ditembak bertalu-talu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.Berkongsi pengalaman dan kisah pelik dengan media, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lebih sebulan terbabit dalam Ops Daulat di Pantai Timur Sabah berkata, bas berkenaan disahkan sempurna bahagian teknikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membawa naik pengganas berkenaan.Masalah mula dikesan selepas pengganas dibawa keluar menuju ke Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.Seorang anggota JSJ yang enggan dikenali memberitahu dia mengesan perlakuan pelik beberapa pengganas terutama yang berumur lewat 60-an ketika membawa mereka ke balai polis sehingga pemandu bas sukar mengawal stereng selain bas menghadapi beberapa masalah teknikal.Saya berasa pelik melihat mulut mereka terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu sambil meludah ke lantai manakala sebahagian lagi menghantukkan kepala ke dinding berulang-kali dengan perlahan sambil menyanyikan sesuatu yang tidak kami fahami.Tidak lama selepas itu bas kami gagal dikawal seolah-olah ada satu kuasa ghaib yang mengendalikannya sehingga sistem brek bas gagal berfungsi dan memaksa pemandu merapatkan bas ke kiri jalan kawasan berbukit bagi mengelak kami terjunam ke kawasan gaung di kanan jalan,katanya dipetik dari Berita Minggu.Masalah brek berterusan walaupun kami menukar bas dan keadaan hanya kembali pulih apabila semua tahanan kemudian dibawa menaiki lori ke Balai Polis Cenderawasih.Bagi Superintendan Fadil Marsus, yang juga antara ketua operasi JSJ dalam Op Daulat berkata, pengalaman memastikan kelancaran perjalanan siasatan kes dalam Op Daulat sangat berbeza dengan tugasan membanteras penjenayah seperti sebelum ini.Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, tugas setiap pegawai dan anggota JSJ adalah sebagai pasukan sokongan untuk memastikan keadaan selamat ketika mengiringi tahanan pengganas Sulu ke mana-mana lokasi selain memastikan kelancaran operasi pemeriksaan pasukan forensik.Bagi Sarjan Zumet Ibok, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, tugas mengiringi beberapa pemimpin tertinggi PDRM juga dianggap sebagai satu tugas mencabar sepanjang Op Daulat.Ini kerana semua orang-orang penting pasukan PDRM sentiasa menjadi sasaran musuh (pengganas Sulu) untuk dijadikan tebusan, katanya.

sumber : akdbp

Rumahku : Sebelum & Selepas

 foto : Sebelum



upgrade sikit

 foto : Selepas






Cari Maklumat Di Sini