Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Semasa di Dataran Merdeka 23/6/13
















*Foto : Dari pukul 3.00pm - 10.00am / Keadaan Lenggang dan Terkawal [ BlackOut 505 ]

Jerebu di Kuala Lumpur 23/6/13 lokasi Gombak Setia


foto atas : sekitar Batu Caves tidak kelihatan




* Jarak 200m /  waktu 11.10am

Aduan "RumahkuSyurgaku" terhadap Harga Gula di Felda Bt.Bading , Terengganu

Aduaan RumahkuSyurgaku [ www.4662.blogspot.com ] kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (Kpdnkk) bertarikh 22.5.2013  Berkenaan harga Gula RM 2.90 di FELDA BUKIT BADING , TERENGGANU.
Mendapat Rungutan Orangramai di Felda berkenaan.

JAWAPAN YANG DI TERIMA
Assalamualaikum

Tuan

Merujuk kepada aduan tuan pada 22.5.2013 berkenaan kenaikan harga gula iaitu RM 2.90 di Felda Bukit Bading,Hulu Terengganu.

2.Siasatan telah dilakukan pada 4.6.2013 dan hasil adalah seperti berikut:

    2.1.Pemeriksaan telah dibuat dikedai kedai runcit di sekitar Felda Bukit Bading diantaranya;
   
        1.Kedai Runcit Mohd Hatta Bin Hussin
          Pengurus D\'Mart Felda Bukit Bading
        2.Kedai Runcit Mohd Syahrizal Bin Abdullah
          No 20-21,Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading
        3.Kedai Runcit Hajjah Aminah Binti Hj Abd Rahman
          No 1,Felda Bukit Bading
        4.Kedai Runcit Rohana A.Bakar
          310,Felda Bukit Bading.

3.Hasil siasatan,tiada kenaikan harga gula dikesan.Peruncit peruncit dikawasan yang diadu masih lagi menjual gula pada harga kawalan iaitu RM 2.50 sekilogram.

4.Berdasarkan hasil siasatan diatas,diharap tuan berpuashati dengan siasatan dan penjelasan yang diberikan.

5.Kami menganggap kes aduan tuan telah selesai dan segala permasalahan yang timbul kehadapan,boleh hubungi di pejabat PPDNKK cawngan Terangganu.

Sekian,Terima Kasih. 
MOHD RAZALI BIN CHE HAMID  :mrazali@kpdnkk.gov.my

Standby DBKL 15 JUN Padang Merbok [ Black 505 ]

Rancangan untuk berhimpun di Padang Merbok kekal, kata Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar), walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menegaskan tiada kebenaran akan diberi kepada pembangkang untuk berhimpun di lokasi itu.
Rafizi berkata kenyataan setiausaha agung Umno itu tidak akan menghalang himpunan tersebut daripada terus diadakan di Padang Merbok seperti yang dirancang.
“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan,” kata Rafizi apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
“Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” tambah beliau lagi.
Walau bagaimanapun, ahli Parlimen Pandan baru itu berkata mereka akan membuat beberapa pertimbangan terhadap maklum balas dan konsultansi dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.
“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini.
“Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok,” tambah Rafizi.
Semalam Tengku Adnan berkata tidak berniat menghalang pembangkang mengadakan perhimpunan tetapi lokasi tidak sesuai memandangkan padang tersebut terletak ditempat terbuka, sebaliknya menasihati pembangkang mengadakan ditempat tertutup di stadium atau lain-lain.
“Kita benarkan mereka untuk adakan perhimpunan di tempat yang tertutup, saya dimaklumkan oleh Datuk Bandar mereka juga minta memohon untuk menggunakan Padang Merbok.
Pakatan Rakyat telah menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok, Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut “tidak lengkap”.
Menurut Khalid, penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu DBKL.
“Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu tidak lengkap.
“Menurut ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka mahu mengadakan perhimpunan,” kata Khalid yang dipetik dalam MStar.
Selepas berakhir keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang PR telah mengadakan jelajah himpunan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang didakwa mereka penuh penipuan dan tidak adil, ribuan orang ramai hadir bagi memberikan sokongan dalam setiap perhimpunan yang mereka anjurkan.
Perhimpunan terbaru yang selesai diadakan adalah di Dataran Petaling Jaya pada 25 Mei lalu yang menyaksikan ribuan orang ramai membanjiri padang dengan memakai baju hitam sebagai tanda protes ke atas keputusan pilihan raya lalu.
Perhimpunan membantah keputusan pilihan raya PR dikenali sebagai “Black 505”, ia diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Cari Maklumat Di Sini