Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Tanda awal penyakit di badan

 Menurut kajian, para saintis telah menemui banyak sifat fizikal yang menunjukkan tanda-tanda awal seperti Alzheimer, kencing manis dan kanser. 

Ukuran jari
Wanita yang mempunyai indeks jari lebih pendek daripada jari cincin mereka mungkin mempunyai dua kali ganda terdedah kepada osteoartritis di lutut, menurut satu kajian pada tahun 2008. Manakala bagi lelaki yang mempunyai masalah ini, mereka lebih cenderung untuk mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah. 

Cara elakkan: Kukuhkan otot di sekitar lutut anda. Ketika duduk, luruskan setiap kaki selari ke lantai sebanyak 10 kali dan pegang setiap rep selama 5 hingga 10 saat. 

Ketinggian
Wanita yang lebih tinggi lebih daripada 5 kaki 2 inci boleh kehilangan mutasi gen yang membantu mereka mencapai ulang tahun ke-100 mereka, menurut satu kajian. 

Cara elakkan
: Berhenti merokok dan kurangkan alkohol dan daging makan. 

Ukuran kaki
Jika kaki anda berada di pihak yang gempal, anda mungkin perlu untuk menjaga hati anda lebih baik. Dalam satu kajian, penyelidik British mendapati bahawa wanita dengan kaki di antara 20 dan 29 inci cenderung untuk mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada empat enzim yang menunjukkan penyakit hati. Faktor-faktor seperti pemakanan kanak-kanak bukan sahaja boleh mempengaruhi corak pertumbuhan, tetapi juga pembangunan hati dan pertumbuhan menjadi dewasa, tambah mereka lagi. 

Cara elakkan: Hindari pendedahan kepada toksin yang hati anda perlu proses, yang akan memastikan ia sihat lebih lama. Pakai topeng dan sarung tangan semasa pembersihan atau bekerja dengan mana-mana jenis bahan kimia yang bahaya serta hadkan pengambilan alkohol. 

Deria bau
Orang tua yang tidak dapat mengenal pasti bau pisang, lemon, kayu manis, atau barang-barang yang lain adalah lima kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson dalam tempoh 4 tahun, menurut satu kajian pada tahun 2008 di Parameswara Neurologi. Para penyelidik percaya bahawa kawasan otak yang bertanggungjawab untuk berfungsi untuk mencium bau boleh menjadi salah satu yang pertama terjejas oleh Parkinson penyakit di antara 2 dan 7 tahun sebelum diagnosis. 

Cara elakkan: Ambil makanan tambahan minyak ikan. Omega-3 asid lemak boleh meningkatkan rintangan otak anda untuk MPTP, sebatian toksik yang bertanggungjawab Parkinson. 

Ukuran lengan
Mengalami masa yang sukar untuk mencapai ke atas kabinet dapur anda? Wanita yang mempunyai lengan pendek adalah 1 ½ kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit Alzheimer daripada mereka yang dapat mencapai. Ujilah dengan menyebarkan tangan anda selari dengan lantai dan seseorang ukur dari hujung jari ke hujung jari. Ukuran yang kurang adalah kurang daripada 60 inci. 

Cara elakkan: Satu kajian selama 5 tahun mendapati bahawa orang dewasa yang menghabiskan masa yang paling terlibat dalam aktiviti riadah lebih daripada 2 kali mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer berbanding mereka yang kurang menghabiskan masa beriadah. 

Saiz coli
Wanita yang memakai saiz coli D atau lebih besar pada usia 20 adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat diabetes berbanding mereka yang memakai A atau lebih kecil, walaupun selepas penyelidik mengambil kira untuk obesiti, pemakanan, merokok, dan sejarah keluarga. Mereka turut mengatakan bahawa tisu lemak dalam payudara wanita adalah sensitif dan mempengaruhi rintangan insulin, yang boleh membawa kepada diabetes. 

Cara elakkan: Gabungkan selang tinggi intensiti dalam rutin senaman anda. Dalam satu kajian, orang dewasa yang melakukan enam 'sprint' 30 saat pada basikal senaman (4 minit berehat di antara) meningkatkan keupayaan badan untuk memetabolismekan gula darah dengan hampir 25% selepas enam sesi - cukup untuk mengurangkan risiko diabetes. 

Jenis darah
Orang yang mempunyai jenis darah A, B, atau AB adalah 44 % lebih cenderung untuk menghidap kanser pankreas daripada orang-orang dengan jenis O, menurut satu kajian. Ini mungkin menunjukkan bahawa gen yang menentukan jenis darah juga boleh membawa risiko genetik untuk kanser pankreas. 

Cara elakkan: Ambil D vitamin tambahan. Orang dewasa yang mengambil 300 IU atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser pankreas mereka sehingga 44 %, berbanding dengan mereka yang mengambil kurang daripada 150 IU setiap hari dalam satu kajian 2006.

Ustaz Mohammad Kazim Elias ahli MT UMNO

Mohammad Kazim Elias merupakan seorang tokoh agama dan penceramah terkenal di negara ini.
Pelantikannya bagaimanapun sudah pastinya mengejutkan ramai pihak termasuklah para pemerhati politik.

KUALA LUMPUR: Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah pendakwah terkenal Kazim Elias.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8.
Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka pada Jumaat dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini.
"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan," katanya.
Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki
9. Mohammad Kazim Elias

Anda percaya rokok "John" ini hasil Buatan Malaysia

  • Berdasarkan sumber Berita Harian, kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka
  • Pek berjenama John mendedahkan alamat dan nama pengilang palsu atau tidak wujud. thestar.com.my
  • Bagi penyeludup tegar ini, jalinan rangkaian kegiatan mereka berada di mana-mana. Malah, mereka turut menjalankan kegiatan sampingan lain seperti menyeludup senjata, manusia untuk pelacuran dan barangan larangan seperti diesel. hmetro.com.my
  • Sumber berkata, kepelbagaian taktik penyeludupan yang digunakan kongsi gelap juga mampu mengelirukan dan ia meletakkan mereka ‘selangkah di hadapan’ daripada pihak berkuasa  bharian.com.my
  • Kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.
     bharian.com.my
  • Rokok berkenaan akan disimpan di gudang yang diragui statusnya itu kerana tiada papan tanda berdasarkan situasi semasa sebelum ia diangkut mengikut jalan tanah merah ke Ladang Rakyat Laka Temin dengan pelbagai kenderaan termasuk pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima dan Naza Ria pada waktu malam. hmetro.com.my
  • 'Starprobe' mendapati rokok yang menggunakan jenama Malaysia, John, dibawa masuk melalui Singapura dan dijual di bawah paras harga minimum yang ditetapkan iaitu RM7. mstar.com.my
  • Menurut seorang pekerja sebuah kilang rokok di kawasan perindustrian Citra Buana Park III, penghantaran rokok berkenaan ke Malaysia dibuat dalam dua cara iaitu menerusi pelabuhan Singapura atau diseludup terus menggunakan bot laju atau feri. hmetro.com.my
  • Dalam satu rampasan lagi pada bulan Julai 2013, Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Suprintendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, hasil pemeriksaan di dalam kedua-dua kereta terbabit, pasukannya menemui 4,150 karton rokok berjenama John Write yang dianggarkan bernilai RM124,500, “Berdasar maklumat dipercayai rokok putih itu dari China dan dibawa masuk untuk pasaran luar Kelantan." sinarharian.com.my
  • Lebih murah, lebih bahaya! Itu kesimpulan kepada risiko dua kali ganda yang dihadapi perokok yang menghisap rokok tidak sah, termasuk yang diseludup, kerana kandungan bahan kimia beracun lebih tinggi, terutama arsenik dan kadmium. bharian.com.my
  • Arsenik, bahan kimia yang biasanya digunakan sebagai pengawet kayu, didapati tiga kali ganda lebih tinggi dalam rokok tidak sah berbanding yang biasa  bharian.com.my

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)




Video ini disediakan untuk memaparkan perjalanan hidup Sehidimiz Ahmad Ammar yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki.


Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial. Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.
Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

P/s: Ya Allah...tersentuh hati mendengar kisah beliau...semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin...
sumber

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar

Pada tanggal 18 November 2013 semalam adalah tarikh ulangtahun perkahwinan saya dengan isteri saya Sha Izan Sharizan binti Hj Mohd Saad. Alhamdulillah 18 Nov 2000 bermula kisah kehidupan dan kami dikurniakan 4 orang cahayamata dengan 3 orang putera dan 1 orang puteri. Tuan Adib Arham Tuan Adib Ajwad Tuan Amna Aufa Tuan Adib Amjad .Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan kami sekeluarga kebaikan di dunia dan akhirat dan seterusnya terus dilimpahi kebahagian yang berkekalan. اللهم ربنا هب لنا من أزواجنا وذريآتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما...اللهم أرزقنا عيشة أﻷبرار وبارك لنا بكل تصرفاتنا يا رب...
 
p/s : Semoga Di limpahi rahmat ke akhir hayat

Villa Nabila berHantu

Khabar angin mengenai 23 remaja yang hilang di sebuah vila lama dekat Danga Bay Johor Bahru semalam menjadi perbincangan hangat rata-rata pengguna laman sosial Facebook hari ini.
Di laman sosial Twitter, berita mengenai villa berhantu tersebut atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila menjadi "trending" sejak dari semalam hingga ke hari ini.
Rata-rata pengguna Internet berkongsi kisah dan maklumat mengenai Villa Nabila yang tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.
Biarpun perkara mengenai kehilangan 23 remaja yang hilang dalam villa tersebut dinafikan polis, pengguna Internet percaya perkara sebenar cuba disembunyikan pihak berkuasa.
"Apa sebenarnya cerita #VillaNabila ni? @TwtICYM ada tweetpic gambar2 tu semua gambar betul ke? BUKAN SEORANG SAJA YANG 'DISOROK' katanya." kata pengguna twitter @CikHaf.
"@Hannis Chan: Media massa kata seorang je yang hilang. Hal ini kerana media massa tak nak memperbesarkan cerita, atas sebab2 tertentu," kata seorang lagi pengguna Twitter.
Satu laman Facebook "Misteri Villa Nabila di Johor Bahru" yang dibangunkan mendapat 48,920 tanda suka oleh pengguna Internet dalam masa hanya semalaman.
Terdapat enam versi cerita mengenai Villa Nabila yang tidak berpenghuni selama 40 tahun antaranya Nabila yang merupakan anak tunggal dari keluarga kaya raya dibunuh oleh orang gajinya.
Versi lain pula menyatakan Villa Nabila itu asalnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat.
Anak ahli perniagaan yang bernama Nabila akhirnya dibunuh kerana keengganan bapanya membahagikan kan harta kepada adik beradiknya lain menyebabkan villa itu akhirnya terbiar tidak berpenghuni.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh hari ini berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.
Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.
Turut dilaporkan kawasan luar vila tersebut kini dipenuhi dengan kehadiran orang ramai.

Syurga Dunia

Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.
Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang.
Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W.
Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua. Firman Allah S.W.T:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(Surah At-Tahrim: 6)
“Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun.”
Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi “mind set” kebanyakan daripada kita. Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah? Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa?
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim)
Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan “mode Islam” itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.
Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :
“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama’, bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.
Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama’ dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.

sumber

Cari Maklumat Di Sini