Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Anda mahu $$$$ - Acu Cuba Try Test [ free register ]

JOMMM CEPAT2 BUAT DUIT!!!!! ( 'KLIK' dulu & baca... TAK MAHU TAK APA YG PENTING BACA!!!!!!!!!! )

===> http://www.theweeklypay.com/index.php?share=316619<===klik sini

Kedai Rakyat 1Malaysia apakah kebanggaan RAKYAT ?

'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.
 " Bandingkan kualiti barangan 1malaysia dengan keluaran syarikat lain. [ kualiti teruk ] .                                Harga barangan lain yang di jual di kedai rakyat lebih mahal berbanding kedai lain [ tolong rakyat macam mana ? ]." .

JPA kaji 100 skim perkhidmatan

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji semula 100 skim perkhidmatan awam yang membabitkan kira-kira 800,000 penjawat awam bagi tujuan penambahbaikan. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi melihat beberapa aspek yang perlu ditambah baik termasuk kemasukan dan tangga gaji. 

skim berkenaan membabitkan semua peringkat dalam perkhidmatan awam termasuk Gred N dan W. 

Harga barang Naik RAKYAT harus di salahkan !

Datuk Seri Najib Razak  hari ini berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.
Ini kerana, kata perdana menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.
"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di Kemaman, hari ini.
Beliau berkata, harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.
"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.
Najib berkata, kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.
"Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara,dan hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.
Pada majlis itu, kerajaan menerusi kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan menyalurkan sumbangan berupa produk barangan seperti televisyen, peti sejuk, bantal dan tilam serta dapur kepada mangsa banjir di Terengganu.
Buat julung kalinya, sebanyak 19,205 keluarga di Terengganu menerima bantuan merangkumi produk bernilai RM5,000 selain bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri. - Bernama, 

lipas di dalam telinga

SYDNEY: Seorang lelaki Australia terpaksa ke hospital dalam keadaan kesakitan selepas usahanya menggunakan sebuah penyedut hampa gas bagi mengeluarkan seekor lipas besar yang masuk ke telinganya gagal. 
Pengalaman pahit Hendrik Helmer dari Darwin bermula awal pagi Rabu apabila beliau bangun dengan kesakitan yang amat sangat di dalam telinga kanannya, lapor Perbadanan Penyiaran Australia. 

saya harap ia bukan seekor labah-labah berbisa. Saya juga harap ia tidak menggigit saya,” katanya sambil menambah kesakitan itu semakin teruk ketika beliau cuba mengeluarkan serangga terbabit menggunakan pembersih hampa gas sebelum memasukkan air ke telinganya. 


Rakan serumahnya membawa beliau ke hospital dan doktor meletakkan minyak ke dalam telinga. 
Keadaan itu menyebabkan lipas berukuran dua sentimeter itu masuk jauh lebih ke dalam sebelum ia mula hampir mati. 
“Hampir 10 minit, ia mula berhenti mengorek tetapi di dalam keadaan hampir mati,” kata Helmer. 
Ketika itu, doktor menggunakan forsep ke dalam telinga dan menarik keluar lipas berkenaan. 
“Doktor berkata, “Saya sangka ia seekor lipas kecil tetapi saya sudah salah anggap’,” katanya. – AFP

mati makan mi segera

Mi segera memang salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Tiga tahun yang lalu, Malaysia menjadi tuan rumah kepada '7th World Instant Noodle Summit' dan baru-baru ini, mi segera Pulau Pinang MyKuali White Curry Noodle menjadi kegilaan orang ramai.

Tetapi, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan mi segera boleh menyebabkan anda mati akibat kanser dan juga mati dalam tidur akibat masalah penghadaman (bangungot dalam bahasa Filipina)! Inilah antara 'berita' yang dikongsi di laman sosial Facebook ataupun melalui emel:

Jadi, benar ke tidak yang mi segera mengandungi selaput lilin?

Menurut Snopes.com, laman web yang khas menyiasat desas-desus mengenai sesuatu ataupun 'debunk myths' mengatakan bahawa selaput lilin tidak wujud di dalam mi segera ataupun cawan plastik yang digunakan. Selaput yang timbul selepas direndam dengan air mendidih merupakan kanji.

Selain itu, jika selaput lilin wujud dalam mi segera, ia tidak akan mengakibatkan kematian. 

Kenapa? Setelah makanan memasuki perut manusia, ia akan dicerna dan serta dihadam oleh perut kita. Masalah kesihatan mungkin timbul akibat kandungan selaput lilin yang banyak jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan atau seorang bayi.

Namun begitu, mi segera masih mengandungi MSG (Monosodium glutamate) yang tidak elok untuk kesihatan anda. Oleh itu, jangan pula makan mi segera tiap-tiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom PENAKUT rupanya

KUALA LUMPUR - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas dan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meletakkan jawatan sahaja sekiranya takut bertindak terhadap Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dan mereka yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.
Beliau berkata, Andrew secara jelas telah mencabar keputusan Mahkamah Rayuan dan Yang di-Pertuan Agong apabila dengan megahnya menyatakan semua gereja Katolik di Selangor akan menggunakan kalimah Allah.
“Ini sudah mencabar mahkamah, bahkan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kenapa itu kita biarkan lagi. Saya tengok dalam televisyen malam tadi, menteri sendiri, Jamil Khir kata, jangan bising-bising, tunggu sahaja keputusan mahkamah.
“Mahkamah sudah buat keputusan, jadi apa lagi hendak tunggu? Kalau sebegitu lemah hendak jadi seorang menteri, saya kata letak jawatanlah," katanya dalam satu program bual bicara agama di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak pagi ini.
Dalam satu sidang akhbar selepas menutup Seminar Pengarah-pengarah Korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kali ke-enam di Petaling Jaya, Selangor semalam, Jamil Khir meminta semua pihak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.
Sehingga kini, tidak ada satu kenyataan tegas dibuat oleh Jamil Khir berhubung tindakan Andrew menghina keputusan mahkamah dan menderhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu kalimah Allah, sebaliknya beliau berulang kali hanya menyatakan agama adalah di bawah kuasa negeri.
Harussani juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang Melayu yang menghadiri perhimpunan solidariti penganut Kristian di sebuah gereja di Klang baru-baru ini kerana tindakan mereka itu seolah-olah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
“Hari ini kita lihat apabila isu kalimah Allah ini timbul, Ada orang Melayu, pergi ke gereja di Klang, bawa bunga dan bersama-sama menyanyi. Jadi, orang Melayu menggalakkan benda itu dan sepatutnya orang itu ditangkap," katanya.
Menurut beliau, isu kalimah Allah bukan sesuatu yang baharu tetapi telah dibincangkan sejak 1980-an lagi dan sebuah pertubuhan Islam liberal antara yang memperjuangkan kalimah tersebut digunakan oleh bukan Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Harussani berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah minggu lalu adalah sah kerana mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang telah disahkan oleh kerajaan negeri dan diterima oleh raja.
Sebaliknya, kata beliau, dua arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada JAIS adalah tidak sah kerana beliau membatalkan perintah undang-undang dengan tidak membawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri untuk dibatalkan.
“Ini satu penentangan terhadap raja sendiri dan perbuatan itu cukup tidak beradab. Ini kerana enakmen itu telah diperintahkan oleh sultan yang menjadi ketua agama dan Islam diletakkan di dalam Perlembagaan sebagai agama Malaysia," katanya.

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas dalam serbuan di pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya, Khamis lalu kerana tindakan tersebut dilakukan mengikut undang-undang.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, tindakan JAIS adalah tepat kerana mereka bertindak atas kuasa yang telah diberikan berdasarkan peruntukan undang-undang dan tidak perlu dipertikaikan.
“Tindakan tersebut tepat atas kuasa yang diberikan. Jika JAIS tidak bertindak apalah ertinya kita berada dalam sebuah negara Islam yang jelas di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan.
“Tindakan tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang dan kita perlu tegas dalam menanganinya. Seandainya terus dibiarkan pada akhirnya perkara lain yang menjadi pegangan umat Islam pula akan dipertikaikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS boleh disifatkan sebagai melampau kerana cuba mempertikaikan ketetapan dalam Perlembagaan.
“Sesiapa sahaja yang diberikan kuasa seperti JAIS atau pihak berkuasa tempatan sekali pun, mereka perlu bertindak. Jika terdapat pihak lain yang mahu mencabar tindakan itu, mereka perlu melakukannya melalui undang-undang juga.
“Saya bimbang jika umat Islam tidak bersatu, bersepakat dalam menangani perkara seperti ini, lambat laun kedudukan Malaysia sebagai negara Islam hanya tinggal pada nama.
“Jika tidak dihalang, satu ketika nanti mungkin azan pula tidak boleh dikuatkan dan tulisan bahasa Melayu juga dilarang penggunaannya. Semua ini boleh berlaku jika kita tidak bersatu," jelasnya.
Tambah beliau, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya semua pihak perlu mematuhi perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan patuh kepada raja yang menjadi payung dalam tampuk pemerintahan.

bas percuma untuk kakitangan DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyedikan lapan buah bas untuk menghantar kakitangannya ke tempat kerja masing-masing secara percuma.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib telah bersetuju dengan cadangan itu.
"Saya difahamkan, sebanyak lapan buah bas akan digunakan oleh DBKL untuk mengambil pekerja mereka di lokasi-lokasi tertentu mengikut jadual yang ditetapkan.
"Jika jumlah bas tersebut tidak mencukupi, pihak DBKL akan mempertimbangkan untuk menambah kenderaan berkenaan bagi menampung kesemua pekerja mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Taklimat Penambahbaikan 81 Jenis Skim Perkhidmatan Awam kepada warga DBKL di Auditorium DBKL di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden II CUEPACS, Mohd. Shaman Jaes dan Timbalan Setiausaha Agung 1 CUEPACS, Adnan Mat.
Dalam pada itu, Azih menegaskan, usaha DBKL tersebut adalah untuk membantu dalam meningkatkan produktiviti pekerjanya dan selaras dengan masalah ekonomi yang dihadapi pada masa ini.
"Kita berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barangan terutama barang keperluan harian seperti bahan mentah dan barang basah.
"Dengan menyediakan bas percuma, DBKL akan dapat membantu pekerjanya menjimatkan kos hidup dan mengurangkan perbelanjaan harian mereka," katanya.

Dataran Merdeka akan ditutup bermula 22 Jan hingga 21 April 2014

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kawasan padang Dataran Merdeka akan ditutup bermula 22 Jan hingga 21 April untuk kerja menaik taraf sistem saliran padang dan merumput. 

Pengurus Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Ismail Stapa berkata penutupan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan dengan lancar. 

"Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa tiada sebarang tempahan dibenarkan sepanjang penutupan itu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata padang itu akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh menaik taraf dijalankan malah orang ramai turut tidak dibenar masuk ke kawasan terlibat. 

Kali terakhir sistem saliran padang dan kerja merumput dijalankan di padang itu ialah pada Mei tahun lepas berikutan keadaannya yang sudah usang selain sistem salirannya perlu ditambah baik. 

Kerja menaik taraf itu dijalankan sebagai usaha supaya Dataran Merdeka lebih indah dan selesa untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. 

Felda [ FGV ] tidak pernah rugi !

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memfailkan saman terhadap 12 bekas Ahli Lembaga anak syarikat yang dibelinya, Pontian United Plantation Bhd (Pontian) atas dakwaan pecah amanah melibatkan kerugian sebanyak RM29.14 juta kepada syarikat tersebut.
Menurut kenyataan FGV ke Bursa Malaysia kelmarin, saman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan 12 defendan iaitu Dr Chen Man Hin, Soo Lim Pang, Khoo Siong Kee, Soh Lim Chang, Soo Chong Veoy, Tan Kim Hai, Dr Wong Shiak Sun, Wong Loi, Khoo Lian Fue @ Khoo Bing Sing, Chew Ah Siong, Dr Christopher Chen Li Hsian dan Dr John Chen Li Tat, seperti dilapokan Utusan Malaysia, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata Pontian diambil alih oleh FGV pada 1 Oktober 2013 lalu.
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) syarikat sebanyak 80,000 tan metrik setahun, selain kumpulan mendapat manfaat daripada sinergi yang terhasil membabitkan operasi kedua-dua ladang di Sabah.
Sementara itu, menurut sumber, semua bekas ahli lembaga pengarah itu termasuk Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP didakwa bertindak menyalahgunakan kuasa mereka untuk meluluskan beberapa transaksi demi kepentingan diri pada 3 September tahun lalu.
Bekas ahli lembaga pengarah terbabit mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dan mencadangkan pembayaran gratuiti berjumlah RM28.7 juta dan bajet percutian RM432,000 tanpa pengetahuan FGV.
Sumber itu memberitahu, mesyuarat tersebut dibuat hanya sehari selepas pengambilalihan Pontian United Plantation oleh FGV dimuktamad pada 2 September melibatkan kos RM1.2 bilion manakala pembayaran transaksi kepada bekas ahli lembaga pengarah berlaku pada 6 September.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat pada 3 Januari lalu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun selain sebatan serta denda.
"Kita kesal dengan apa yang berlaku kerana jelas segala transaksi yang dilakukan oleh mereka adalah penyelewengan ke atas aset Pontian United Plantation, sedangkan selaku pemilik saham majoriti dengan jumlah 50.25%, sebarang keputusan memerlukan kelulusan FGV.
"Tindakan undang-undang adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan isu itu kerana perbuatan mereka secara sedar mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dengan tergesa-gesa bagi tujuan pecah amanah tidak boleh dibiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. – 10 Januari, 2014.

Duniaku Dakwahku

Ayuh
Duniaku dakwahku
Ya Rahim, mohon terangkan
Hatiku tikaku beri keterangan
Ya Karim, mohon senangkan
Usahaku caraku dalam menyebarkan
NamaMu, cahayaMu, wahidku, Kau yang satu
Satu kalam cetusan mindaMu
Kan menyubur indah imanku
Kala hatiku dirundungi mega
Kembali ke jalan syurgaNya
Tiada ikutan yang terpaling indah
Membawaku tenang di sana
Dakwahku seikhlas hati terbina
Pencetus rasa di jiwa
Hanya iman pengubat jiwa
Dakwahku ummah terbela
Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
Tegakkan syariat di dunia
Tiada gentar tempuh segala
Hidup kita hanya milikNya
Takkan ku berpaling dariNya
Duniaku dakwahku selamanya
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allahu
Allahu Akbar
Dakwahku percaturan
Dakwahku bak pelaburan
Moga esok nanti bila ia matang

Berbuah sebelum sangkakala datang
Biar dakwahku menjadi bekalan
Untuk aku, kamu dan semua kenalan
Banyak tarikan ranjau sepanjang jalan
Dakwahku menyuluh langkahku ke hadapan
Hanya iman pengubat jiwa
Dakwahku ummah terbela
Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
Tegakkan syariat di dunia
Tiada gentar tempuh segala
Hidup kita hanya milikNya
Takkan ku berpaling dariNya
Duniaku dakwahku selamanya
Ya Rahim, mohon terangkan
Hatiku tika aku beri keterangan
Ya Karim, mohon senangkan
Usahaku caraku dalam menyebarkan
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allahu
Allahu Akbar

Tentang Demam Denggi

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya

Tentang iblis

Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap: Neraka jahanam

Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH

Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus

Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib: Anak-anak Adam

Motto kerja: 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar

Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo: Sebarang tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat

Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam

Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH

Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.

Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH

Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak

Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala

Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya

Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT


Dipetik dari detikislam.blogspot.com

Cari Maklumat Di Sini