Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

cikgu dan pelajarnya

 Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat
pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan
malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah
dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh
bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini
baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu
semua mesti menjawab dengan cepat,
lawan bagi perkataan-perkataan itu,
faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa
gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh
sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah
hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-
bukunya keluar.)
----------------------------------------------------------

Sebelum tidur setiap malam
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulallah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa
nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
 lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa
nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa
nirrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... آمِيّنْ...
sumber: cikgu kamariah

mak mak besar jasanya

INILAH ANTARA SEBAB TERKUAT UTK KITA BERJAYA...
 
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
       
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .        

Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .        

Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .        

Bila bangun tidur, aku cari , Mak .      

Bila nangis , Orang pertama yang datang, Mak .        

Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .        

Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .      

Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .      

Bila nakal , yang memarahi aku , Mak.

Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .    

Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .        

Bila takut , yang tenangkan aku , Mak.

 Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak.

Aku selalu teringatkan , Mak .        

Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .        

Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahu , Mak .      

Bila bengang , aku suka luah pada , Mak.

Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
   
Bila aku sakit , Orang paling risau adalah , Mak .  

Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .        

Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .        

Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .        

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .        

Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .        

Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .    

Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .        

Yang selalu berleter kat aku , Mak .        

Yang selalu puji aku , Mak .        

Yang selalu nasihat aku , Mak .        

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .        

Aku ada pasangan hidup sendiri .        

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .          TAPI
Bila sedih , aku cari , Mak .      

Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku.    
TAPI
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak.

Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
TAPI        
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku.
       
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku TAPI
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .    

Bila sambut ulangtahun, Aku bagi hadiah pada Pasanganku
TAPI    
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
     
Selalu , Aku ingat pasanganku...
TAPI      
Selalu , Mak ingat kat aku !        

Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku ...
TAPI
Entah bila , aku nak telefOn mak...
     
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku
TAPI      
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak...  

Renungkan :      
 " Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak...
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "  

Berderai air mata jika kita mendengarnya .          Tapi kalau mak SUDAH TIADA......?

" MAKKKKK !
RINDU MAK !
RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sudah hantar IBUNYA TUNAIKN UMRAH DAN HAJI...
Dgn belanja sendiri....?
 
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...?
       
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...?
       
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...?    

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....?  

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...?
       
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....?

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkn JENAZAH ibunya.... Kerana JAHILNYA ILMU TTG AGAMA?

BERUNTUNGLAH BUAT ANDA YG MASIH ADA IBU.......

Semuanya kerana MAK! @ IBU! @ UMMI! @ MAMA! U
terkasih dan tersayang
ya Allah sedihnya membaca nukilan ini

sumber : w.roslina

mohon penjelasan ustaz perihal berkabung 22.8.2014

⇨JUMAAT - 22.08.2014
Di minta semua rakyat seluruh MALAYSIA memakai baju HITAM @ PUTIH (kita berkabung) untuk menghormati mangsa MH17 yang akan tiba hari JUMAAT ini.
#MH17 ✈


Maaf semua sekadar berkongsi.. Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau putih atas penghormatan,atas kematian atau sesuatu musibah. Pemakaian baju hitam jika atas niat untuk perkara tersebut tidak dibolehkan kerana mengikut amalan orang kristian. Apa yg terbaik amalan di dalam syariat islam hanya berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah. Jika sekadar pakai tidak mengapa.

Benar... itu semua amalan orang2 kafir....
jawapan:

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:

Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.

Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.

Fatwa Shaikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:

Soalan :

Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?

Jawapan :

Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..

Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”

Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.

mohon ulasan ustaz

perihal agama berhati-hati bila bercakap

Wajib baca !
Takut2 kita ter'cakap'
Ni dr sumber 'usrah tv9'
INFO: BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBLUM CAKAP. Antara
contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah,
beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat m
ungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah
Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.
p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka
ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada
semua dan diri sendiri.
Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin
berguna juga untuk orang lain
Bahaya Nie...baru tau . masya Allah ! Syirik kecil boleh jadi macam ni.
Situasi:
1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata.
"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil. 2)Azlie bertanya kpd
Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap
percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan
amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah
tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli.
Sumber 'Usrah' tv9 ./ adib

skyline al taqwa di larang guna- kkm

Orang ramai dinasihat tidak guna ubat tradisional jenama Skyline Al Taqwa


PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional dari Arab Saudi dengan nama Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut dan Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian yang dilakukan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
“BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambil produk yang mengandungi steroid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr. Noor Hisham berkata, dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau farmasi dengan preskripsi doktor.
Beliau berkata, dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan dexamethasone berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. - Bernama

luahan seorang pengguna facebook nadia

Bila duduk dalam perut tren 
Rata-rata mata ralit pandang telefon bimbit masing-masing
Ada yang leka main ipad dan juga tab
Ada yang bersungguh2 menekan papan kekunci dengan lidah terkeluar menahan geram tatkala bermain candy crush (barangkali)

Bila duduk dalam perut tren tahun 2014
Tak sama perasaannya seperti tahun 1998
Waktu telefon kita hanya biasa-biasa
Dan barangkali yang kaya berada sahaja memilikinya
Mata kita terus melilau memandang sekeliling
Teruja melihat manusia yang duduk di kanan dan kiri
Memasang telinga mendengar suara perempuan dengan nahu 'English'nya menyatakan setiap hentian
Dan terkadang kita ikut sama mengajuk dengan mimik gaya
Memandang cermin yang memuntahkan lambakan manusia
Berdiri..melangoi..berjalan dengan tujuan masing-masing
Melihat bangunan pencakar langit
Melihat tinggi pokok
Melihat apa yang terhidang di depan mata

Bila duduk dalam perut tren pada tahun 1998
Kita akan buka buku
Buku cerita buku akaun hatta komik sekalipun
Mata kita ralit dan terus dibuai sehingga tiba stesen berikutnya
Jika kita berteman..kita borak dengan teman
Hilai tawa sakan di dalam perut tren
Andai yang masuk berseorangan
Bertentang mata si uda dan dara
Oh. Jodoh itu ada dimana-mana
Setiap hari ketemu tetapi selalu membisu
Akhirnya ukhwah tercipta
Itu cerita dalam perut tren tahun 1998

Sekarang
Rata-rata mata ralit pandang telefon bimbit masing-masing
Sampai tak sedar yang lenguh berdiri membawa perut 
Sampai tak sedar ada yang cuba ambil kesempatan kiri dan kanan
Sampai kita tidak hairan apa yang berlaku 
Sampai kita rasa kita wujud pada dunia kita

Semoga dengan kecanggihan teknologi ini tidak mematikan diri kita sebagai makhluk di muka bumi untuk menjadi prihatin, berbudi bahasa dan penuh kasih sayang. 
Semoga dengan kecanggihan teknologi ini tidak menjadikan kita leka dan larut dalam dunia kita tanpa mempedulikan apa tujuan kita sebenarnya.

sumber : nadia gallery

Apakah anda tahu rancangan jahat As terhadap puak Arab

Raja rakyat dan umat....

Saya kira generasi yang lebih senior di kalangan rakyat Malaysia mungkin masih mengingati nama salah seorang Raja Arab Saudi yang begitu popular dan disayangi oleh umat sejagat.

Namun beliau telah dibunuh oleh seseorang yang dilatih di AS dan kisah terperincinya tidak pernah dibuka kepada masyarakat umum.

Apakah punca utama pembunuhannya ?

Raja Faisal atau Al-Malik Faisal telah memberikan kenyataan yang cukup untuk menggegarkan Zionis dan kroninya iaitu AS dengan berkata"      

وأنا رجل طاعن في السن ,
وامنيتي أن اصلي ركعتين في المسجد الاقصى قبل أن أموت
فهل تساعدني على تحقيق هذه الأمنيه؟                    

"Aku adalah seorang lelaki yang lanjut usia dan aku bercita-cita untuk bersolat dua rakaat di masjid Al-Aqsa sebelum aku mati, Adakah kamu bersedia membantuku ? “

Setelah kata-kata ini dikeluarkan maka AS telah membuat perancangan yang rapi dengan mendidik dan melatih orang dalam di kalangan keluarga Raja Arab Saudi untuk membunuh Malik Faisal.

Anak saudara kepada Raja Faisal yang ditangkap kerana membunuhnya di'putus'kan sebagai seorang lelaki yang kurang siuman.

boikot barangan musuh islam

Mesti baca Syarikat2 KFC, McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hut & Starbucks tlh memutuskan untuk membeli produk2 dari Denmark untuk jimatkan kerugian mereka. Boikotlah Produk2 dari Denmark dan edarkan berita ini kpd sesiapa shj yg anda boleh!!!!! Negara Denmark hendak membakar Kitab suci Al Qur'an pd hari Sabtu d Copenhagen, ibu negara Denmark, sbg reaksi kpd pemboikotan orang2 Islam terhdp produk2 mereka. JOM kita bersatu memboikot produk2 mereka, dan berdo'a kpd Allah agar membalasi niat jahat mereka itu. Ini akan menjadi pengajaran kpd seluruh dunia. Panjangkan mesej ini kpd seramai kawan2 yg mungkin. Jgn biarkan mesej ini terhenti di talipon n komputer anda.
Harap anda tahu ttg suratkhabar Denmark yg memomokkan Nabi Muhammad saw dan sehingga sekarang, mereka tidak menyesal. Kita nak mereka menyesal selama2nya akan tindakan mereka. Duta Denmark, Perdana Menterinya n Channel Nasional Denmark, sdg membuat sesuatu untk memberhentikan pemboikotan oleh org Islam sejak bulan lps. Mereka tlh rugi 4 billion Euro. Sekiranya kira terus memboikot produk2 Denmark, 7 bln lagi, kerugian mereka blh mencecah lbh kurang 80 billion Euro.
Blh anda luangkan 15 minit untuk menyebarkan mesej ini kpd org2 Islam dgn segera? Ingat, Rasulullah  saw mungkin akan tanya kita pd Hari Pembalasan, "Apa yg anda buat apabila mereka memomokkan saya? Bgmn anda membela saya?"
Produk2 dgn nombor barcode bermula dgn 57 adalah produk dari negara Denmark. Tlg yakinkan semua Muslim untk menyebarkan mesej ini kpd ummah untuk tidak membeli/ mengharamkan produk2 dari Denmark.

Cari Maklumat Di Sini