Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

isu anjing pandangan ustaz



Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima.

2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie.

3. Pada hemat saya, program itu mempunyai tujuan yang baik namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.

4. Justeru saya TIDAK bersetuju PENGANJURAN seumpama itu, namun saya juga tidak bersetuju kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan mereka yang hadir.

5. Bagi saya tidak wajar digelar mereka sebagai gerakan Islam liberal kerana sekiranya mereka meyakini ijtihad mazhab Maliki, maka itu tidak sama sekali boleh dianggap liberal, malah mazhab tersebut adalah salah satu dari ahli sunnah wal jamaah. Jika mereka mengatakan harus memakan daging babi dan anjing, ketika itu barulah mungkin mereka sudah menyimpang dan liberal, kerana terdapat dalil spesifik dan jelas kenajisan dan pengharaman.

6. Bagi saya juga, menuduh penganjur boleh terkeluar aqidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam & ingin menghinanya.

Bagi saya, apa yang berlaku adalah hanya masalah Fiqh dan perbezaannya. Ia tidak sampai melibatkan masalah aqidah kerana pengharaman sentuh anjing dan tubuhnya tidak berdalil qat'ie dan bukan juga sampai ke peringkat ijma' (sepakat seluruh ulama silam) ditambah lagi wujudnya ijtihad berbeza dari mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Hanafi, mereka berbeza dari mazhab Syafie dan Hanbali yang mengganggap anjing sebagai najis.

KESIMPULAN

Dalam mengambil sikap dalam isu ini, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak dan berhemah.

Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam peganjuran sehingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka.

Para ilmuwan & orang ramai yang mengecam, walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.

Para ilmuwan & pihak berkuasa khususnya sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. yang sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang menyikapi perbezaan pendapat dalam masyarakat awam. Kerana pandangan selain mazhab Syafie berterusan boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini yang mana sumber maklumat yang pelbagai boleh di hujung jari. Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat.

Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.

Penganjur juga perlu menyedari terlalu banyak keutamaan isu yang jauh lebih baik dianjurkan kempen berbanding isu anjing ini. Sentuhan yang haram seperti sentuhan lelaki wanita bukan mahram, berpelukan, kempen anti zina, makan wang haram dan lebih jauh berleluasa dan berbahaya. Ilmuwan pula lebih digalakkan lebih banyak memberi respon kepada isu-isu yang lebih kronik berbanding isu ini. Atas sebab itu juga saya lewat mengulas isu iini kerana dirasakan ia tidak sebegitu besar namun media dan ulasan awam dan pihak berkuasa yang menjadikannya besar.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden Murshid

link tukar fail rar / zip dan lain-lain

sila klik link di bawah untuk tukar

convertfiles

istimewa untuk aku buat ibu

Jujur cakap , aku mengalir airmata tanpa sedari bila baca ni ...      
Kalo korang syg ibu baca lah ni.tak sampai 5 minit pun.        

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)
       
Bila dahaga , yang susukan aku ..... Mak .        
Bila lapar , yang suapkan aku ......Mak .    
   
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku ..... Mak          

Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut ...... Mak .        

Bila bangun tidur, aku cari .......Mak .    
   
Bila nangis , Orang pertama yang datang ....... Mak .    
   
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak .
       
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah ........Mak .
       
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya .......Mak .    
   
Bila nakal , yang memarahi aku ........Mak .        
Bila merajuk , yang memujukku cuma ........Mak .      
 
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah........ Mak .      

Bila takut , yang tenangkan aku .........Mak .        
Bila nak peluk , yang aku suka peluk ........Mak .        
Aku selalu teringatkan ........ Mak .        

Bila sedih , aku mesti telefOn .........Mak .  
     
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahu .......Mak .        

Bila bengang , aku suka luah pada .........Mak .        
Bila takut , aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk ! "      
 
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .        
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga ........Mak .  
     
Bila buat hal , yang marah aku dulu ........Mak .    
   
Bila ada masalah , yang paling risau ..........Mak .        
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ......... Mak .        

Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak .    
   
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak .        

Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak .        

Yang selalu berleter kat aku .........Mak .    
   
Yang selalu puji aku .........Mak .        

Yang selalu nasihat aku ....... Mak .        

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak.

Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"

Kini Aku ada pasangan hidup sendiri .    
   
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .        
Bila sedih , aku cari , Mak .        
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .        
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .    
   
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .        
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .  
     
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .        
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .        
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku !          Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !      
 
Selalu , Aku ingat pasanganku !        
Selalu , Mak ingat kat aku !        

Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !          Entah bila , aku nak telefOn mak !        

Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !        
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !        

Renungkan :        
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak        
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "        
Berderai air mata jika kita mendengarnya .        
Tapi kalau mak sudah tiada .        
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "    
   
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !          Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !          Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !          Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !          Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !        
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !        
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !        
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :        
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00        
2) TOlOng jaga adik : RM4.00        
3) TOlOng buang sampah : RM1.00        
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00        
5) TOlOng siram bunga : RM3.00        
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00        
Jumlah : RM17.00        
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .        
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA        
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA          3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA        
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA          5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA        
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA        
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata ,        
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .        

Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste/shere kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda.

Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.

Saya sayang MAK saya ! 


















" Mmmuuaaahh !!! " :** untukmu org yang aku sayang . Hari ni "The World kiss day" Sent msg nie ke 7 org yg korang sayang. Kekasih , sahabat , bestfriend , adik , kakak , abang. (Kalau awk syg kat sya jgak , jgn malu untukk send balik) and kalau awk dpt 7 balasan cium, bererti awk mmg patut disyg . Rugi kalo tk send msj ni . .            
 www.4662.blogspot.com
selamat hari raya
maaf zahir dan batin
tokcik / moklimah

Cari Maklumat Di Sini