Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Buahan dalam Tin dari Thailand tercemar HIV ini jawapan dari KKM

Berita kecemasan

Radio 1 FM mengumumkan bahawa Kerajaan Thai mengesahkan:
pemberitahuan kecemasan: JANGAN makan makanan dalam tin terutamanya mereka buah-buahan dalam tin yang dikeluarkan di thailand. Terdapat 200 lebih HIV pembawa diarahkan oleh pemimpin mereka untuk mencemarkan produk kilang makanan dalam tin dengan darah mereka.
maklumat yang telah disahkan oleh kerajaan pagi ini. Dalam usaha untuk tidak membiarkan bangsa itu dijangkiti selepas makan, banyak jenis makanan dalam tin seperti longan, laici, rambutan dan mangga puding telah dikeluarkan dari rak pasar raya.
Sila hantar kepada orang yang anda hargai. Mencegah lebih baik daripada mengubati! Sila tidak mengambil makanan dalam tin dari Thailand. Pls ambil perhatian! 🌵Please alukan perkongsian antara kamu ada yang prihatin !!

緊急 消息 1 調頻 電臺 宣佈, 泰國 政府 證實 ︰ 緊急 通知 ︰ 請 不要 吃 罐頭 的 食品, 尤其 是 罐裝 水果 在 泰國 製造. 在 愛滋病 病毒 攜帶者, 他們 的 領袖 奉命 污染 用 自己 的 鮮血 食品 罐頭 的 å»  的產品 有 200 名. 資訊 是 由 政府 證實 今天 早上. 為了 不 讓人 吃 後 會 感染, 在 超市 的 貨架 上 消失 了 許多 類型 的 龍, 荔枝, 紅毛丹, 芒果 布丁 等 食品 罐頭. 請 發送 ä½  的人 關心. 預防 勝於 治療! 請 不要 從 泰國 吃 罐頭 的 食品. 請 注意! 🌵 請 期待 任何 人 共用 是 關懷 的 !!

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/07/health-dg-claims-of-hiv-contamination-in-thai-canned-foods-baseless/#lkLqoqKtYVvLHicS.41

jawapan dari Kem.Kesihatan Malaysia :

Buahan dalam Tin daripada Thailand
Posted by DG OF HEALTH on JANUARY 7, 2017
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah tidak berasas.

HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi. KKM juga telah mendapat pengesahan dari pihak kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas. Walau bagaimanapun, KKM sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH


Doa kedua ibubapa

_*RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG.*_

_Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :_

_*1.* Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet._

_*2.* Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan._

_*3.* Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput._

_*4.* Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain._

_*Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.* Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu._

_Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka._

_*Yang mereka perlukan, antaranya ialah :*_

_*1.* Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak._

_*2.* Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak._

_*3.* Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak._

_*4.* Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa._

_*5.* Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa._

_Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia._

_"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."_

_*Ingatlah...* hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada
_*Wallahu a'lam...*_

Bahaya sotong kering / kembang


Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,''


Cari Maklumat Di Sini