Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Aduan "RumahkuSyurgaku" terhadap Harga Gula di Felda Bt.Bading , Terengganu

Aduaan RumahkuSyurgaku [ www.4662.blogspot.com ] kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (Kpdnkk) bertarikh 22.5.2013  Berkenaan harga Gula RM 2.90 di FELDA BUKIT BADING , TERENGGANU.
Mendapat Rungutan Orangramai di Felda berkenaan.

JAWAPAN YANG DI TERIMA
Assalamualaikum

Tuan

Merujuk kepada aduan tuan pada 22.5.2013 berkenaan kenaikan harga gula iaitu RM 2.90 di Felda Bukit Bading,Hulu Terengganu.

2.Siasatan telah dilakukan pada 4.6.2013 dan hasil adalah seperti berikut:

    2.1.Pemeriksaan telah dibuat dikedai kedai runcit di sekitar Felda Bukit Bading diantaranya;
   
        1.Kedai Runcit Mohd Hatta Bin Hussin
          Pengurus D\'Mart Felda Bukit Bading
        2.Kedai Runcit Mohd Syahrizal Bin Abdullah
          No 20-21,Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading
        3.Kedai Runcit Hajjah Aminah Binti Hj Abd Rahman
          No 1,Felda Bukit Bading
        4.Kedai Runcit Rohana A.Bakar
          310,Felda Bukit Bading.

3.Hasil siasatan,tiada kenaikan harga gula dikesan.Peruncit peruncit dikawasan yang diadu masih lagi menjual gula pada harga kawalan iaitu RM 2.50 sekilogram.

4.Berdasarkan hasil siasatan diatas,diharap tuan berpuashati dengan siasatan dan penjelasan yang diberikan.

5.Kami menganggap kes aduan tuan telah selesai dan segala permasalahan yang timbul kehadapan,boleh hubungi di pejabat PPDNKK cawngan Terangganu.

Sekian,Terima Kasih. 
MOHD RAZALI BIN CHE HAMID  :mrazali@kpdnkk.gov.my

Cari Maklumat Di Sini