Terima kasih kerana melayari blog ini . Kepada PENGUNJUNG sila tinggalkan identiti anda . kami akan melawat blog / facebook / twitter anda . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

AWAS ! Mesin ATM

IZANY (tengah) menunjukkan alat pengimbas yang dirampas daripada seorang lelaki Poland pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Taktik licik seorang warga Poland meletakkan alat pengimbas pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mencuri nombor pin dan nombor kad pelanggan bank sejak Januari lalu terbongkar apabila dia diberkas di sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi di sini 
Suspek berusia 30-an tersebut diberkas pada pukul 4.30 petang ketika mahu mengambil alat pengimbas yang diletakkan pada papan kekunci salah satu ATM di premis itu.
Difahamkan, alat pengimbas itu menyerupai yang tulen tetapi ia sukar ditekan. Kebiasaannya, pelanggan tidak perasan kewujudan alat tersebut dan tetap membuat urusan tanpa mengesyaki apa-apa.

ps : Tanda tanya ???, fungsi pengawal keselamatan dan cctv  di bank 

kenaikan tidak akan melebihi 10% bayaran cukai

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan drastik dalam menyelesaikan kemelut cukai pintu apabila memutuskan kenaikannya tidak akan melebihi 10% daripada bayaran cukai semasa sementara pemilik hartanah komersial pula tidak melebihi dari 35% bayaran cukai semasa.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan hal itu selain berkata kadar cukai baru bergantung kepada lokasi hartanah.
"Hartanah yang berada di kedudukan 36 batu dari Kuala Lumpur akan dikenakan kadar berbeza berbanding mereka yang tinggal lebih jauh dari jarak tersebut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.
Beliau berkata rebat khas akan diberikan kepada kumpulan pemilik hartanah tertentu seperti orang kelainan upaya (OKU), pesara dan pemilik yang menetap di hartanah sendiri.
"Mereka boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter bayaran DBKL dengan disertakan dokumen sokongan," katanya.

Tol Naik Letrik Naik Cukai Naik Gaji XX

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mengesahkan bayaran tol akan dinaikkan mulai 1 Januari ini dengan kadar antara 50 sen hingga RM2.
Dalam wawancara eksklusif yang disiarkan Sin Chew Daily , Fadillah berkata, 15 lebuh raya akan menaikkan kadar tol mereka.
Bagaimanapun, The Star  melaporkan, Fadillah menafikan laporan itu dengan berkata, Kabinet belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Tidak, saya tidak sahkan tetapi saya berkata ia adakah mengikut perjanjian tetapi Kabinet belum membuat kata putus," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
 Sin Chew Daily melaporkan 15 lebuh raya akan menaikkan kadar tol mulai Januari.
Lebuh raya itu adalah New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (Akleh), Lebuhraya Sprint, Shah Alam Expressway (Kesas), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Sungai Besi Besraya, Terowong Smart, Kajang Highway (Silk), Kajang-Seremban Highway (Lekas), South Klang Highway Selatan (SKVE), New North Klang Straits Bypass (NNKSB), Senai-Desaru Expressway (SDE), Guthrie Corridor (GCE) and Butterworth Outer Ring Road (BORR).
Akhbar Cina itu memetik Fadillah sebagai berkata,  kadar kenaikan tol kali ini agak tinggi kerana kadarnya tidak dikaji sejak enam tahun lalu walaupun ia ditetapkan setiap tiga tahun sekali berdasarkan perjanjian konsesi.
Jika kadarnya tidak dinaikkan, berdasarkan perjanjian yang ada, kerajaan perlu membayar pampasan sekitar RM400 juta kepada mereka.
"Ini tidak adil kepada penduduk pedalaman di pantai timur atau Malaysia Barat yang tidak menggunakan lebuh raya," katanya dalam wawancara yang disiarkan di muka depan akhbar itu.
"Bagi saya, sebagai peguam, semuanya perlu mematuhi perjanjian," katanya.
Beliau berkata, kadar tol untuk Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) akan diubah pada 2015 manakala NSE Central Link, Linkedua dan Butterworth-Kulim Expressway (BKE) sebelum 2015.
Pelbagai pihak membantah kenaikan kadar tol yang dibuat serentak dengan kenaikan pelbagai perkhidmatan dan barangan.
Kadar tarif elektrik, harga gula, kadar cukai taksiran dan sebagainya dinaikkan sebelum kadar tol akan dinaikkan mulai Januari ini.

sumber

Video Anggota Polis Menampar Orang Awam




GEORGETOWN - Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
   
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
   
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.
   
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

"Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.
   
Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lepas yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
   
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah klinik swasta di Bayan Baru

Keluhan rakyat tentang BANJIR 2013

Apakah anda tahu? CERITA BANJIR 2013 - Ini banjir punya cerita. copy paste dari FB Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang. Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah. Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah. Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat. Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas,kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je. Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je! Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar,bsemua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir. Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu. Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!! Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir. Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku. Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa! Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan,Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas. Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu. Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....! Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!! Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk....tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu. Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu. Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam). Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu. Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu. Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis. Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je. Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!! Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi....dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup. Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...? Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...! Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul.. meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu. Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada. Bayangkan....! Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung. Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga. Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah- payah lapurkan kpd pihak berkuasa). Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....! Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir. Banyak sangat kalau nak cerita.... tapi setakat ini.

sumber

petua : kencing manis & darah tinggi

"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni. Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain. Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180. Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!! Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler.... Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan. Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa. Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156. Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!! Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!! Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini. Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula. Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini.. Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe. Selamat mencuba!! " p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau;D

sumber

Ustaz kazim VS ustaz Khinzir

INI LAH MUKA USTAZAH YANG MENGGELAR USTAZ KAZIM SEBAGAI USTAZ KHINZIR.

BERPOLITIK MENGIKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

KENAPA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?


Kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan muktamad bagi umat Islam. Seorang muslim sebenar ialah yang berpegang-teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam segenap aspek kehidupannya termasuk dalam aspek politik. Merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib. Allah berfirman;

”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya” (Surah an-Nisa’, ayat 59).

Kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat kaum muslimin dari kesesatan. Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.(Hadis soheh, riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lihat hadis ini dalam kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111.).

APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan. (Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?

Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah. Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat; (pertama) dilakukan kerana Allah,(kedua) mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah). Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?

Iaitu dengan kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam berpolitik. (Pertama) Dari sudut tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan matlamat politik al-Quran dan as-Sunnah. (Kedua) Dalam melantik pemimpin, hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. (Ketiga) Seorang pemimpin apabila telah dilantik, wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.(Keempat) Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah. (Kelima) Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

APAKAH MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut. Dalam pengertian yang lain, untuk menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam. Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”. (Shad; 26)

KENAPAKAH MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa dan makna takwa ialah mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta munkar. Firman Allah;

”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (al-A’raf; 96)

APA AKIBAT PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DI DALAM NEGARA?

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (al-An’am; 6)

Kebinasan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan. Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

***والله أعلم بالصواب***

HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA

Soalan;  assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya 

daging gajah dan kuda untuk di makan...,,???? 


Jawapan;

Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Daging gajah

Menurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan
 kerana ia tergolong dalam binatang bertaring.  Abu Tsa’labah al-Khusyani RA menceritakan;
“Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-
binatang buas” (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. Soheh Muslim; 1932).

Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan
membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yang disebut ulamak
 bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan
seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14.
 Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”).

Menurut mazhab Maliki; haiwan-haiwan yang haram dimakan hanyalah yang disebut
keharamannya di dalam al-Quran (antaranya surah al-An’am, ayat 145), iaitu; “bangkai,
 darah dan daging babi”. Binatang-binatang yang tidak disebut dalam ayat ini tidaklah
 haram memakannya. Adapun binatang-binatang yang bertaring tadi; makruh memakannya
 kerana dilarang oleh hadis. Jadi, menurut mazhab Maliki; larangan Nabi SAW dalam hadis
 tadi adalah larangan makruh, bukan larangan haram (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).

2. Daging kuda

Daging kuda halal memakannya kerana kehalalannya telah sabit dari hadis-hadis Nabi SAW.
 Asma binti Abu Bakar RA menceritakan; “Kami pernah menyembelih seekor kuda
pada zaman Nabi SAW dan memakannya” (Soheh al-Bukhari; 5510, 5519).  Jabir bin Abdullah RA
 menceritakan; “Nabi SAW menegah kami dari memakan daging kaldai pada hari Khaibar
dan membenarkan kami memakan daging kuda” (Soheh al-Bukhari; 5520. Muslim; 1941).

Wallahu a’lam.

bakteria pada alatan solek

Semestinya anda tahu bahawa anda perlu untuk membersihkan berus alatan solek anda sekali seminggu dan buang produk kecantikan anda sebaik sahaja luput tarikh, tetapi itu tidak bermakna anda terlindung daripada mempunyai bakteria dalam produk kecantikan anda. Bakteria sangat licik, dan apabila ia menjangkiti alatan solek anda, ia menyebabkan terjadinya masalah-masalah pada kulit anda seperti jerawat, kemerahan dan jangkitan. 

Untuk membantu alatan kosmetik anda bebas daripada bakteria dan kuman, kami ingin kongsikan tujuh cara licik bagaimana bakteria boleh tersebar pada alatan solek anda, dan cara untuk mengelakkannya. 

Gunakan tiub, bukan balang
Jika anda menggunakan losyen yang dipakejkan dalam bentuk balang atau tab berbanding dengan tiub, anda mendedahkan bakteria untuk melekat pada produk setiap kali anda menggunakan jari anda untuk menggunakan losyen tersebut. Sama juga sepertimasker rambut, 'exfoliators' dan apa-apa yang dipakej dalam balang, kerana bakteria yang telah terjangkit pada losyen atau maskerakan dipindahkan ke muka anda lantas menyebabkan kerengsaan, jerawat dan kemerahan. Oleh itu, beralihlah pada versi tiub untuk losyen atau masker kegemaran anda, dan daripada menggunakan jari, lebih baik anda gunakan kapas untuk bebas kuman. 

Bersin semasa menyolek muka
Perkara ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana ia adalah semulajadi, tetapi jika anda bersin pada barang komestik anda semasa sedang menggunakannya, sekaligus anda menyebarkan bakteria ke dalam apa-apa bekas solekan yang terbuka. Jika anda rasa anda akan bersin (terutamanya semasa penggunaan maskara), halakan muka anda ke arah lain untuk mengelakkan anda bersin pada produk kosmetik. 

Penggunaan gincu selepas makan
Tidak kisah mana-mana produk untuk bibir, jika anda memakai gincu anda selepas makan makanan, sekaligus anda menekankan sisa makanan ke dalam bibir anda, dan pada produk itu sendiri. Bakteria boleh hidup di permukaan gincu, atau di dalam tiub 'lip gloss', yang akhirnya akan merebak ke bibir anda untuk penggunaan seterusnya. Pastikan anda betul-betul mengelap apa-apa makanan pada bibir anda dan jika boleh, berus gigi terlebih dahulu sebelum menggunakan gincu. 

Perkongsian alatan kosmetik anda
Perkara ini sangat benar terutamanya untuk solekan mata kerana mata anda merupakan anggota badan yang paling mudah terdedah kepada bakteria. Jika anda berkongsi mana-mana produk kecantikan dengan rakan-rakan anda, dengan serta-merta anda turut meletakkan apa-apa kuman mereka ke dalam produk anda dan sebaliknya. Malahan jika anda berada di luar bersama rakan-rakan dan mereka terlupa untuk membawa 'lip gloss', jangan berkongsi. Ia tidak akan pernah berakhir dengan baik. 

Tidak membersihkan beg solek anda 
Walaupun anda membersihkan setiap produk, berus dan span di dalam beg solek anda, itu tidak bermakna anda bebas daripada bakteria. Beg solek anda juga perlu dibersihkan, dan anda dinasihatkan untuk melakukan pembersihan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sama ada membasuhnya menggunakan mesin basuh dengan tuala atau dalam mesin basuh pinggan mangkuk (lebih baik jika beg itu dibuat daripada kanvas) untuk menyahkan bakteria daripada bahagian bawah beg. 

Menggunakan satu berus solekan untuk pelbagai fungsi
Ya, terdapat berus yang spesifik yang anda perlu gunakan untuk setiap jenis alatan solek, tetapi pada hakikatnya, ramai daripada kita yang menggunakan satu berus untuk pelbagai produk. Jika anda menggunakan satu berus untuk menggunakan bedak serbuk, kemudian gunakan pula berus tersebut untuk pemerah pipi anda, anda telah memindahkan mana-mana minyak dari muka anda ke dalam bekas pemerah pipi anda, dan kemudian menyebarkan semula bakteria minyak ke pipi anda apabila anda menggunakannya. Geli, bukan? Cuba menggunakan jari atau berus yang berasingan bagi setiap produk, dan ingat untuk membersihkan berus anda kira-kira sekali seminggu.

Cari Maklumat Di Sini