Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

PETUA

Buah kiwi atau dalam bahasa saintifiknya ialah Actinidia Deliciosa merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan dapat membantu mendapatkan tubuh yang sihat. 

Vitamin C
Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungimu dari terdedah kepada ancaman radikal penyakit , seperti barah dan sakit jantung. Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mencegah daripada penyakit Parkinson dan Alzheimer. 

Mata sihat
Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat membantumu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang merosakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan kepada golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas. 

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum. 

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu. 

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika.


Khasiat tomato mampu mencantikkan kulit wajah

Tomato boleh merawat masalah kulit seperti jerawat . Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat itu hilang. Ia juga boleh membersihkan kulit wajah anda. Dengan menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. 
 Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. 

Cari Maklumat Di Sini