Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

perihal rumput


 DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..

.

Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Sebab apa?? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat2 semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang.. Kan kan kan???

.

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil.. 

.

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.

.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak? 

.

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

.

.

👉 AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing2.

.

- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

.

- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..

.

- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum..

.

- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg suka hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..

.

- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.

.

.

👉 DAUN..

.

- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.

.

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..

.

.

👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..

.

- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda. 

.

- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.

.

- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.. 

.

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bil demam suhu badan akan tunggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..

- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan 

air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.

.

- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelar air rebuisan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..

.

- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titskan kedalam mulut. Insyaallah..

.

- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal. 

.

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.

.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melinkan.. Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai...

.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam..

.


Kredit : kepada yang memberi info

Cari Maklumat Di Sini