Resepi bulan puasa
AYAM BBQ
BAHAN-BAHANNYA
5 potong ayam
5 sudu jintan putih
5 sudu jintan manis
2 btg serai
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu ketumbar
garam sedikit
gula melaka
Caranya penyediaan:
Kesemua bahan ditumbuk halus. ( boleh juga digunakan powder yang siap dijual )
Ayam dibersihkan dan perap dengan bahan tumbuk tadi selama 1 jam.
bakar/panggang. Siap.
Ikan masak serai
Bahan8 ekor ikan kembung bersaiz kecil( ikan kekek, ikan selar kuning lebih sedap)
3 batang serai- diketuk
3 ulas bawang putih-dihiris/ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah-dihiris/ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar- dihiris
8 biji cili api-ditumbuk kasar
3 biji cili merah-dipotong
4air secukupnyagaram secukup rasa
1 keping asam keping
Cara:
1. Sediakan periuk, masak air bersama bahan tumbuk, serai dan asam keping sehingga mendidih.Didihkan selama 5 minit.
2. Masukkan ikan dan garam.Renehkan selama 10 minit. Angkat dan hidangkan
Kuah rojak mamak
200gm kacang di goreng dan di blend
sesenduk lebih cili blend
4 biji bwg besar di blend
5 biji kentang di rebus dan di blend
2 senduk besar gula merah
2 senduk besar gula pasir
garam secukup rasa
air asam jawa
Cara2nya
bahan yg di blend seperti bawang di tumis dng sedikit minyak..bila dah naik bau bubuhlah cili dan masak spai cili td betul2 masak barulah bubuh gula..gula merah.garam kacang tanah kentang yg di blend td dan air asam...masak sehingga kuah tu..mendidih barulah di angkat..anggaran 1 jam
masak ikut sukatan sendiri mcm gula klu rasa kurang manis boleh tambah lg...gula merah pun mcm tu ..gunanya utk cantikkan wrn kuah tadi...
*kuah rojak mesti ada rasa masam2 sikit dan manis*
*kentang tu utk pekatkan kuahnya...bubuh semasa letak kacang td...
Subscribe to:
Posts (Atom)