Malaysiakini turut terlibat agenda asing - Dr. M
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.
"Sama ada nilai liberal Barat atau (George) Soros, dia nak satu Perdana Menteri yang dia boleh guna, sebab itu dia nak regime change di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia.
"Malaysiakini semua ada kaitan, kesemuanya sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai operasi portal propembangkang, Malaysiakini serta penglibatan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada Open Society Institute (OSI) milik Soros.
Di antara pembiayaan lain yang diterima pertubuhan berkaitan adalah daripada National Endowment For Democracy (NED) milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.
Sebelum ini, wartawan veteran, YL Chong mendedahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita propembangkang itu enggan mengakui menerima dana daripada Soros.
Menurut Chong lagi, Ketua Pengarang Kumpulan dan pengasas Malaysiakini, Steven Gan pernah mengakui portal itu akan 'mati' jika mengaku menerima dana daripada Soros.
Sementara itu, Dr. Mahathir ketika berucap memberitahu, peningkatan kes jenayah serta isu sosial di kalangan umat Islam di seluruh dunia adalah disebabkan mereka tidak mengamalkan ajaran sebenar agama itu seperti tertulis di dalam al-Quran.
"Hari ini ramai yang terikut-ikut dengan interpretasi dibuat pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing sehingga berjaya mengelirukan umat Islam menyebabkan mereka tidak mampu mempertahankan diri," katanya.
Iran akan serang Israel - AMIN!
gambar hiasan
TEHERAN: Iran mungkin melancarkan serangan terhadap Israel jika rejim Zionis itu melakukan persiapan untuk melancarkan serangan ke atasnya.
Pegawai kanan Pengawal Revolusi, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh memberi amaran itu sehari selepas ketuanya berkata, peperangan antara kedua-dua negara itu pasti berlaku.
“Perang Dunia Ketiga akan meletus sekiranya Israel dan Iran terbabit dalam konflik ketenteraan,” kata Amir yang bertanggungjawab terhadap sistem peluru berpandu Pengawal Revolusi.
“Iran akan melancarkan serangan jika Israel melakukan persiapan sepenuhnya untuk menyerang kami. Tetapi, buat masa ini, kami tidak melihat Israel sudah bersiap sedia untuk menyerang,” katanya.
Beliau juga berkata, Iran akan melihat sebarang serangan yang dilakukan Israel sebagai sudah mendapat kebenaran daripada Amerika Syarikat.
“Kerana itu, sama ada rejim Zionis itu menyerang dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan Amerika Syarikat, kami tetap akan menyerang pangkalan Amerika di Bahrain, Qatar dan Afghanistan,” katanya.
“Ia akan menanggung kerugian amat besar yang akan membawa kepada kemusnahannya dari muka bumi ini,” kata Amir.
Kelmarin, Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali Jafari, berkata, peperangan Iran dengan Israel pasti berlaku, tetapi bila dan di mana, belum dapat dipastikan. - AFP
Raja Modifikasi - kereta
Satu kalimat yang dapat diungkapkan apabila melihat kereta ini, wow ia ‘purple’!. Jika melihat modifikasi mobil Perodua Myvi itu, pasti akan terfikir bahawa pemiliknya adalah si hawa. Ternyata anggapan itu salah, melainkan seorang pria yang berasal dari Melaka.
Dalam memperkuat tampilan si mungil, tuannya menggunakan konsep kit badan ‘fabulous’. Rekaan fabulous diketengahkan pada bampar dan bonet hadapan, fender, skirting dan spoiler yang dibuat daripada gentian kaca. Sebut sahaja konsep ‘fabulous’, kaki-kaki modifikasi ini memang sudah arif.
Dalam menyelaraskan tema VIP, semua sektor pun tak luput daripada garapan kreatif anak muda yang satu ini. Penggunaan sticker hampir 60 peratus pada bahagian badan kereta dengan pelbagai motif dan antara terlihat jelas ialah rama-rama.
Jika diamati, tatapan Myvi ini terlihat begitu tajam berkat penambahan kelopak mata pada bahagian lampu hadapan. Agar aura semakin terpancar, kaki-kaki dipercantik dengan rim VIP berukuran 17 inci dengan sentuhan akhir berwarna oren.
"Saya memang menyukai segala hal yang berwarna ungu,” tutur Gulzar Ali Shah Mohd Yusuff, 26, pemilik Perodua Myvi itu.
Warna sesumpah
“Nama manjanya Purple Elephant yang diambil daripada sebuah kafe dan ternyata ia memberi tuah kepada saya. Sebut sahaja nama Purple Elephant satu Malaysia kenal,” katanya yang turut menjadikan kereta Myvi itu sebagai kereta harian.
Semua penerapan warna untuk mempermanis tampilan Myvi itu tidaklah sembarangan. Cuba dilihat secara saksama, warna dasarnya memanglah ungu tetapi sebaik terkena pancaran cahaya ia bertukar warna.
Jejaka bertubuh kurus ini memang cenderung perfeksionis. Agar Myvinya sentiasa kelihatan eksklusif, warna yang digarapkan mempunyai namanya sendiri iaitu warna sesumpah.
“Teorinya sama seperti sesumpah yang akan bertukar warna mengikut situasi,” tutur Pengasas Kelab MYV2 ini.
Setiap bahagian Myvi miliknya punya warna tersendiri, sebaik terkena cahaya matahari biasan biru, coklat, merah jambu akan terserlah.
Bukan berjiwa ganas, tema VIP lebih dekat dengan diri empunya kereta kerana lebih cantik dan menenangkan. Dikenali sebagai Sky dalam komuniti auto show, anak muda ini masih mengekalkan warna utama di bahagian dalam.
Masuk ke dalam kabin suasana mesra siap menyapa siapa saja. Jajaran tabung indikator yang letak di atas papan pemuka terlihat begitu menyatu dengan perangkat audio.
Menegaskan kesan elegan dan mewah, bumbung dan bahagian tepi pintu dibalut dengan kemasan kulit bersama padanan berlian buatan sendiri.
“Saya turut membina meja bar di bahagian sebelah pemandu sementara di bahagian tengah tempat duduk belakang tersedia televisyen 12 inci bersama sambungan pemain cakera video digital (DVD),” jelasnya.
Untuk melengkapkan lagi modifikasi itu, Sky mempertingkatkan sistem audio. Di bahagian bagasi sudah siap dua unit woofer untuk mengisi frekuensi tinggi ditemani televisyen LG bersaiz 20 inci agar nuansa semakin hidup. Urusan pengatur daya agar semua pengeras suara mengeluarkan alunan serta dentuman dengan maksimal, diserahkan kepada dua unit audio dengan label Caliber.
Info
Model: Perodua Myvi
Warna asal: Hitam
Keluaran: 2009
Konsep: VIP
Nama Manja: Purple Elephant
Modifikasi:-
-Kit badan ‘Fabulous’ gentian kaca- bampar, fender, skirting, spoiler
-Pelekat VIP
-2 audio woofer Caliber
-Lampu LED di bahagian tepi pintu
-Penggunaan warna krom di bahagian enjin
-Bahagian kabin menggunakan kemasan kulit dan fiber.
Pencapaian:
Mula bertanding sejak 2010 dan telah menyertai sebanyak 68 pertandingan. Mendapat juara sebanyak 51 kali. Antara kemenangan:
-Perodua Ekstrem
-VIP Style
-Audio dual woffer
-Audio dan lighting
-Sticker
Iklan untuk Yahudi
Iklan Yang Menyebabkan Kemarahan Orang Yahudi
Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.
Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.
Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.
Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"
Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.
Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika
Kelebihan bermusafir
ORANG yang melakukan perjalanan jauh ke suatu tempat dengan niat dan tujuan yang baik disebut sebagai musafir.
Sebaliknya, jika perjalanan itu didasari niat yang buruk, orang yang melakukan perjalanan itu tidak disebut sebagai musafir.
Istilah musafir diambil daripada kata dasar dalam bahasa Arab, iaitu safara yang bererti pergi atau melakukan perjalanan. Dalam penggunaannya, kata umumnya disejajarkan dengan istilah rehlah yang bererti pergi atau berpergian.
Dalam sejarah Islam, pengembaraan merupakan suatu tradisi yang biasa dilakukan oleh para ulama dan pencari ilmu.
Hampir seluruh ulama Islam pernah mengembara dari satu kota ke kota lain untuk menuntut ilmu. Setelah puas mengembara, ulama dan pencari ilmu ini menetap di suatu kota hingga ke akhir hayat mereka.
Rukhsah
Rukhsah ialah keringanan atau kelonggaran. Menurut ahli fekah, rukhsah merupakan kemudahan daripada Allah SWT agar musafir dapat melakukan perjalanan jauh dengan selesa tanpa meninggalkan kewajipannya kepada Allah SWT.
Kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan ialah solat dan puasa. Oleh sebab itu, rukhsah yang diberikan berupa solat dan puasa.
Rukhsah solat
Setiap musafir diberi rukhsah solat, iaitu menjamak (menggabungkan waktu solat), mengqasar (memendekkan jumlah rakaat solat), menjamak dan mengqasarkan solat sekali gus.
Menjamak solat misalnya, dilakukan dengan menggabungkan lima waktu solat menjadi tiga sahaja, iaitu solat Zuhur dengan Asar, Maghrib dengan Isyak, serta Subuh.
Mengqasar solat misalnya dilakukan dengan cara memendekkan jumlah rakaat solat Zuhur, Asar dan Isyak yang masing-masing berjumlah empat rakaat menjadi dua rakaat.
Meskipun demikian, solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan. Menjamak dan mengqasarkan solat sekali gus, dilakukan dengan menggabungkan dan memendekkan solat Zuhur-Asar sekali gus, begitu juga solat Maghrib-Isyak digabungkan sekali gus.
Jarak yang ditempuh
Seseorang hanya boleh dikatakan musafir jika sudah menempuh jarak tertentu.
Ahli fekah berselisih pendapat tentang batas minimum jarak yang ditempuh. Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal menetapkan jarak minimum sejauh dua marhalah (dua hari perjalanan dengan unta) atau kira-kira 140 kilometer. Sedangkan Abu Hanifah tiga marhalah (kira-kira 210 kilometer).
Namun, ukuran ahli fekah tersebut ialah perjalanan dengan unta. Pada masa ini, seiring dengan perkembangan kaedah pengangkutan, jarak tidak boleh lagi digunakan sebagai ukuran kerana jarak jauh boleh ditempuh dalam waktu singkat dengan kapal terbang.
Oleh sebab itu, ulama moden berpendapat bahawa yang diberi pertimbangan dalam hal rukhsah ini bukan jarak, tetapi sukar atau tidaknya perjalanan itu.
Dengan kata lain, rukhsah solat atau puasa dilakukan semata-mata dengan mempertimbangkan sulit atau tidaknya perjalanan itu.
Rukhsah puasa
Apabila melakukan perjalanan pada bulan Ramadan, musafir diberi rukhsah untuk tidak berpuasa. Bahkan mereka yang sedang dalam keadaan berpuasa pun dibolehkan berbuka.
Namun, pada hari lain, musafir itu wajib menggantikan puasanya sebanyak yang ditinggalkannya.
Roti kepala manusia
ROTI merupakan makanan universal yang boleh dinikmati oleh sesiapa pun namun anda mungkin menggeleng kepala apabila disajikan dengan ban yang disediakan Kittiwat Unarrom.
Tekak pasti berasa loya apabila melihat roti yang disediakan Kittiwat walaupun teksturnya lembut dan aromanya semerbak.
Kittiwat merupakan pewaris sebuah bengkel membuat roti yang diusahakan oleh keluarganya di Ratchaburi, Thailand.
Dia yang berkelulusan ijazah sarjana seni halus menggunakan pengalaman membuat roti sejak berusia 10 tahun untuk mempelbagaikan produknya.
Usahanya itu ternyata berjaya apabila ramai pelancong asing berkunjung ke kampungnya yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari kota Bangkok semata-mata mahu melihat roti berbentuk manusia.
“Kebanyakan mereka membeli roti bukan untuk dimakan, tetapi dijadikan sebagai barangan koleksi,” kata Kittiwat, 29.
Hasil eksperimen dengan doh yang dicampur kismis, coklat dan kacang gajus, Kittiwat berjaya menghasilkan roti yang bentuknya persis kepala manusia yang sudah mati, tangan, kaki dan organ-organ lain.
Hasil kerja seninya begitu halus sehinggakan roti-roti tersebut kelihatan tidak ubah seperti anggota badan manusia di makmal forensik.
Jelas Kittiwat, ramai yang tidak sanggup untuk menghampiri roti yang dibuatnya itu apatah lagi menjamahnya. Namun setelah diberi penerangan, ramai yang mengagumi usahanya itu.
“Apabila melihat roti itu mereka tidak mahu memakannya. Tetapi setelah sekali merasainya, ia sekadar roti biasa yang enak.
“Janganlah menilai sesuatu pada penampilannya sahaja.
“Sebaliknya cuba mengenalinya luar dan dalam sebelum membuat penilaian,” kata Kittiwat yang menghasilkan roti sebegitu sejak enam tahun lalu.
Kittiwat memperoleh idea untuk menghasilkan roti yang penuh kesenian itu menerusi buku-buku berkaitan anatomi manusia dan melawat muzium forensik.
Selain untuk berkarya, Kittiwat menjelaskan bahawa cara itu juga mampu menjadi medium untuk dia meluahkan ekspresi diri.
“Saya mahu bercakap mengenai kepercayaan (agama Buddha) saya dan doh mampu mewakilinya. Membakar anggota badan manusia menunjukkan bagaimana jangka hayat roti. Begitu juga manusia. Roti saya tetap sebuku roti, tidak kiralah bagaimana ia kelihatan,” tambahnya seperti dipetik CNN.
Seorang pelancong tempatan, Pornkaew Samransook yang membeli roti yang dihasilkan Kittiwat menjelaskan bahawa jejaka itu akan berasa dihargai sekiranya pelanggan menghabiskan roti yang dibeli.
“Oleh kerana dia berani membuat ban ini, saya akan memberanikan diri untuk memakannya,” katanya yang membeli roti berupa hidung manusia pada harga 52.50 bath (RM5.20).
DBKL roboh 418 bilik jalankan aktiviti pelacuran
KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan hari ini.
Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Muhamad Irwan Abdullah berkata kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12 tengah hari tadi.
"Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini.
Katanya DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - Bernama
Penerbit Filem Hina Nabi
Pakistan Menawarkan RM300 Ribu Untuk Bunuh Penerbit Filem Hina Nabi - Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.
Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.
Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.
“Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya,” kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.
Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.
Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.
Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.
Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
“Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka,” katanya lagi. – sumber
Bentuk Buah Paling Pelik Di Dunia
Mungkin ini adalah jenis buah yang paling lucah di dunia, tanaman unik ini tumbuh di vietnam dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah. Yang unik dari buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan payudara, berwarna “blue”, uniknya lagi pada bahagian hujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan puting payudara.
gambar ini pada bahagian hujungnya, orang pasti akan menyangka bahawa ini adalah gambar payudara gadis Namun setelah di lihat secara lengkap kita akan melihat bahawa ini adalah bahagian hujung dari buah loofah tersebut.
Ular Tegak Ayun Kepala Mengikut Ayunan Buaian Bayi
KUALA PILAH : “Isteri saya nampak ular tedung selar berwarna keemasan menegakkan kepalanya serta badan mengikut ayunan buaian bayi di ruang tamu rumah sebelum meminta bantuan jiran menghalau ular itu.
“Seorang jiran warga Indonesia yang cuba menghalau ular itu dengan buluh, bagaimanapun terkejut dan berlari sebelum melompat keluar ikut tingkap sebab ular itu menyerang,” kata Habibur Rahman Daud, 60.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Habibur Rahman dan isterinya Shahariah Mohd Sharif, 58, serta beberapa penduduk Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, di sini, nyaris dipatuk seekor ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram itu.
Menurut Habibur Rahman, ketika kejadian dia keluar ke kedai kopi sebelum menerima panggilan telefon daripada kakak iparnya menyuruh pulang segera kerana rumah dimasuki ular.
“Isteri beritahu ketika berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen, dia nampak cuaca di luar mendung dan ingin mengangkat kain di jemuran.
“Dia keluar melihat langit mendung sebelum berpaling ke rumah dan tersentak melihat seekor ular tedung selar pada kedudukan menegak dan meliuk-liukkan badan dengan kepala kembang seperti bersedia untuk mematuk buaian yang berayun ditiup angin.
“Buaian itu memang saya sediakan untuk cucu yang pulang ke kampung. Mujur ketika kejadian tujuh anak dan tiga cucu tidak balik kampung,” katanya.
Menurutnya, sejurus melihat ular itu, isterinya meminta bantuan jiran manakala dia sendiri mencari seorang penangkap ular dikenalinya.
Katanya, dengan bersenjatakan sebatang buluh setiap seorang mereka masuk ke rumah itu, namun ular itu sudah tiada di ruang sebelum terdengar bunyi bising seperti barang terjatuh di dapur.
“Kami memeriksa di dapur sebelum ternampak kepala ular di bawah sinki dan ia agresif apabila cuba dihalau dengan buluh.
“Saya dengan bantuan penduduk bertindak menutup semua tingkap dan pintu rumah lalu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan pihak berkenaan dapat menangkap ular itu,” katanya.
Katanya, itu kejadian kedua ular masuk ke rumahnya di Lorong Bunga Raya, Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, di sini, yang dikelilingi kebun kelapa sawit dan tebu dalam tempoh empat tahun berpindah ke situ.
“Dua tahun lalu sebaik saja bangun untuk solat Subuh, saya dapati seekor ular tikus di hujung kepala, bagaimanapun ular itu dapat dibunuh,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Kuala Pilah, Mohd Faizal Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.55 petang sebelum dapat menangkap ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram itu dalam tempoh 15 minit. – Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)