Durian JERUNG!!!!.... biar betul...
MARANG - Kegigihan penduduk di kawasan Mukim Jerung seperti di Kampung Padang Terik, Temiang, Jerung Seberang dan sekitarnya yang mengusahakan dusun durian memberikan pulangan lumayan sejak ia mengeluarkan hasil akhir bulan lalu.
Difahamkan setiap musim pengusaha dusun durian di mukim berkenaan memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 untuk semusim jika mempunyai 10 hingga 20 pokok durian dengan harga jualan serendah RM3 sebiji atau RM15 hingga RM20 setiap longgok.
Seorang penjual durian, Abdul Rahman Mahmud, 50, berkata, dia menanam sebanyak 15 pokok durian dengan sebahagian besarnya jenis bermutu tinggi hingga dapat bersaing dengan buah durian dari luar negeri ini yang biasanya dijual secara timbang kilo.
Menurut pekerja syarikat pembalakan itu, dia mampu memperoleh pendapatan RM3,000 semusim dan ada juga penduduk yang mampu mendapat pendapatan melebihi RM5,000 semusim bergantung kepada keluasan dusun dan pokok durian yang ditanam.
“Pekerjaan ini adalah pekerjaan bermusim bagi saya namun bagi kebanyakan penduduk ia adalah pekerjaan utama mereka. Ini sebab, pendapatan menjual buah durian agak lumayan tambah pula isi durian di kawasan Jerung ini adalah yang terbaik di negeri ini,” katanya.
Abdul Rahman berkata, keadaan jalan utama kampung berkenaan juga turut berubah apabila musim raja buah itu tiba kerana penjual durian akan memenuhi bahu jalan bermula dari simpang ke Kampung Padang Terik, ke Temiang sehingga menuju ke Wakaf Tapai.
“Malah, apabila tiba musim durian penduduk di sekitar kawasan ini akan berjaga malam untuk mengawasi dusun durian masing-masing bagi mengelak raja buah itu dimusnahkan haiwan liar atau dicuri sejak awal malam hingga pagi,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)