Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Parking Tambahan HKL





KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kini mengalami kesesakan kawasan parkir akan mempunyai tambahan 1,500 ruang parkir tidak lama lagi sebagai rancangan jangka pendek bagi mengatasi masalah tersebut.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 539 ruang akan tersedia akhir tahun ini dan selebihnya dijangka siap tahun depan. 

"Menjelang akhir tahun ini, kira-kira 330 parkir akan siap sebaik sahaja kompleks SCACC (Kompleks Pakar dan Pusat Jagaan Ambulatori) dibuka dan kita akan memilik 209 lagi tempat meletak kereta terbuka," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan mengejut untuk meninjau keadaan parkir di HKL, hari ini.

Beliau berkata bangunan parkir bertingkat dan lebih banyak kawasan parkir akan dibina sebagai rancangan jangka panjang bagi menangani masalah berkenaan.

Kini terdapat 2,364 ruang parkir di HKL yang diurus syarikat parkir, yang 1,818 darinya diperuntuk untuk staf hospital dan 546 ruang bagi orang ramai.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited untuk menyelesaikan masalah parkir di hospital berkenaan tetapi berikutan beberapa masalah yang dihadapi syarikat yang menguruskan kawasan parkir, masalah itu tertangguh.

Liow menjelaskan syarikat berkenaan mendapat kontrak selama dua tahun dari Kementerian Kesihatan pada Januari tahun lalu, namun berikutan timbul beberapa masalah, kontrak itu ditamatkan.

Beliau berkata ekoran itu kes tersebut telah dibawa ke mahkamah Januari tahun ini oleh syarikat berkenaan yang kemudiannya diarahkan oleh mahkamah supaya mereka meneruskan kontrak sehingga keputusan mahkamah dibuat pada 29 Okt ini. 

- Bernama


guru lepasan diploma dilantik ke PPPS


30,335 guru lepasan diploma dilantik ke PPPS - Ka Siong


KUALA LUMPUR . - Seramai 30,335 guru dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) telah dilantik ke skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari 2005 hingga 11 Sept lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penambahbaikan gaji dan memendekkan tempoh kenaikan pangkat untuk guru telah menggalakkan PPPLD melanjutkan pelajaran mereka ke universiti supaya mendapat kelayakan ijazah bagi kenaikan pangkat ke PPPS.

"Memang cara ini fleksibel untuk (bergerak) dari PPPLD ke PPPS. Pengalaman mengajar sebagai PPPLD tidak dihapuskan, dengan cara ini kita menggalakkan kenaikan pangkat ke PPPS," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) mengenai perkembangan pelantikan guru bukan siswazah kepada bersiswazah pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Wee menjelaskan kelayakan bagi PPPLD gred DG32 Khas Untuk Penyandang (KUP) telah dipertimbangkan dan diluluskan kenaikannya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

"Jika guru PPPLD bergred DG32 telah dilantik ke PPPS bergred DG41 pada tarikh lebih awal daripada layak dinaikkan secara time-based gred DGA32 KUP, maka guru itu tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkatnya.

"Sebaliknya jika tarikh pelantikan sebagai PPPS DG41 adalah lewat daripada tarikh layak untuk kenaikan secara time-based gred DGA32 KUP, guru itu layak untuk dipertimbangkan oleh LKPP untuk kenaikan ke DGA32 secara time-based," katanya. 

- BERNAMA

RM 200 - Elaun Khas untuk penguatkuasa DBKL





Penguat kuasa DBKL terima insentif RM200

KUALA LUMPUR  - 

Pegawai dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gred 52 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak RM200 sebulan bermula Oktober ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan BIP pada 1 Ogos lepas.

"Pemberian BIP ialah untuk pegawai dan anggota yang melakukan tugas-tugas khas termasuk menjaga aset Datuk Bandar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Pembarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 di sini, hari ini.

Raja Nong Chik berkata sebanyak 1,584 pegawai dan anggota DBKL akan menerima BIP, yang diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka berkhidmat dengan cemerlang. -

 BERNAMA

Selamat Hari Lahir Anakku

Happy Birthday Nur Najibah
26 . 9 . 2012 
Genaplah 2 Tahun umur anakku

" Semoga Panjang Umur , Murah Rezeki dan Di Berkati Allah " amin









Sambutan Hari Penguatkuasa ke 43

Hari Penguatkuasa ke 43
Astaka Taman Tasik TiTiwangsa 
Di Rasmikan oleh Menteri Wilayah persekutuan dan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Perbarisan Unit Berkuda DBKL















sumber : www.unitberkudadbkl.blogspot.com

Salam ke atas Nabi



IMAM Darul Hijrah Malik bin Anas merupakan orang yang paling kuat dan tegas dalam memuliakan Nabi SAW. Beliau tidak pernah memakai kasut dan menunggang kenderaan tunggangan ketika berjalan di Madinah al Munawwarah, juga tidak pernah melepaskan hajatnya di situ kerana menghormati, mengagungkan dan memuliakan bumi yang pernah dipijaki Rasulullah SAW.
Beliau pernah berpesan kepada Amir al Mukminin al Mahdi ketika kedatangannya ke Madinah: "Sesungguhnya sekarang ini kamu sedang memasuki Madinah. Kaum yang kamu lalui di kiri dan kanan kamu itu adalah anak-anak kaum Muhajirin dan Ansar, maka ucapkanlah salam kepada mereka. Sesungguhnya tiada satu kaum di muka bumi ini yang lebih baik daripada penduduk Madinah dan tiada bumi yang lebih baik daripada Madinah (kecuali Mekah di sisi Jumhur). Baginda bertanya kepadanya, "Bagaimana kamu boleh berkata seperti ini, wahai Abu Abdullah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya tidak diketahui (secara pasti) kubur seorang Nabi pun pada hari ini di atas muka bumi ini melainkan kubur Muhammad SAW. Maka orang yang terdapat di sisi mereka kubur Muhammad SAW ini sepatutnya diketahui kelebihannya."
Di antara sikap yang menunjukkan kesungguhannya memuliakan Madinah ialah beliau tidak suka orang berkata: "Kami telah menziarahi kubur Nabi SAW." Beliau seolah-olah mahu orang berkata, "Kami telah menziarahi Nabi SAW" secara langsung tanpa ada lafaz kubur, kerana kubur itu adalah tempat yang ditinggalkan berdalilkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Dirikanlah solat di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu jadikannya (seperti) kubur-kubur (tempat yang ditinggalkan)."
Di dalam kitab Fath al Bari, al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani menyatakan pendapatnya dengan berkata: "Perkataan kubur ini dianggap makruh oleh Malik kerana adabnya terhadap Rasulullah SAW, bukan makruh pada asal perbuatan ziarah, kerana ia adalah sebaik-baik amalan dan semulia-mulia ibadah yang menyampaikan seseorang kepada Allah. Pensyariatannya adalah perkara yang telah diputuskan dengan ijmak ulama tanpa ada sebarang perbezaan pendapat."
Imam Abu Imran pula berkata: "Imam Malik memakruhkan perkataan 'Tawaf Ziarah' dan 'Kami menziarahi kubur Nabi SAW' kerana perkataan tersebut juga digunakan oleh manusia sesama mereka. Bahkan, secara umumnya, ia mengandungi penyamaan antara Nabi SAW dengan manusia biasa. Beliau lebih suka dikhususkan kepada Baginda SAW dengan mengucapkan, "Kami mengucap salam ke atas Nabi SAW."
Hindari syirik
Amalan ziarah merupakan sesuatu yang digalakkan, manakala bermusafir untuk menziarahi kubur Nabi SAW adalah satu kemestian, selain penduduk Madinah untuk menyampaikan mereka ke destinasinya. Allah SWT juga telah memakbulkan doa Baginda SAW dengan menghindarkan umat Islam yang datang menziarahinya daripada melakukan perbuatan syirik. Sejauh mana sekalipun rasa kasih yang membuak-membuak terhadap Baginda SAW ketika mereka menziarahinya, Allah SWT tetap memelihara akidah mereka daripada terjerumus ke lembah syirik.
Buktinya tidak ada walau seorang pun dalam satu zaman yang menyembah Nabi SAW selepas menziarahinya. Semua itu dipetik berdasarkan doa Nabi SAW: "Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan kubur saya sebagai berhala yang disembah selepas kewafatan saya, amat dahsyatlah kemurkaan Allah ke atas kaum yang menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai tempat sujud."
Imam Malik menghalang penyandaran lafaz ini (ziarah) kepada kubur Nabi SAW. Ulama berkata bahawa jika yang dimaksudkan itu ialah makruh melakukan ziarah, nescaya Imam Malik akan berkata, "Saya tidak menyukai (menghukum makruh) seseorang menziarahi kubur Nabi SAW." Tetapi beliau berkata, "Saya tidak menyukai (menghukum makruh) seseorang itu berkata menziarahi kubur Nabi" yang menunjukkan kepada maksud makruh menggunakan lafaz ini sahaja.
Al Hafiz al Zahabi di dalam kitabnya Siyar A'lam al Nubala' (4/485) menyatakan: "Bagi orang yang menziarahi itu mendapat pahala berziarah dan pahala berselawat, sedangkan orang yang berselawat di serata negara yang lain hanya mendapat pahala berselawat. Barang siapa yang berselawat ke atas Baginda SAW sekali, Allah akan berselawat ke atas orang itu 10 kali. Akan tetapi, barang siapa yang menziarahi Baginda SAW tetapi tidak mengikut adab ziarah atau bersujud ke kuburnya ataupun melakukan perbuatan yang tidak disyariatkan, maka dia telah melakukan kebaikan dan kejahatan.
Semestinya orang ini diberi tunjuk ajar dengan lemah-lembut kerana Allah itu Maha Pengampun dan Pengasih. Demi Allah! Tidak mungkin berlaku ke atas seorang Muslim bersesak-sesak, menjerit-jerit, mencium dinding dan menangis melainkan dia seorang yang cintakan Allah dan Rasul-Nya. Cintanya ini adalah neraca dan pembeza antara ahli syurga dan ahli neraka.

Cari Maklumat Di Sini