Salam,
Maaf kerana aku menyiarkan petikan akbar ini untuk tatapan ramai. Bukan
niat untuk memburukkan peribadi seseorang tetapi sekadar untuk ingat
mengingati sahaja. Kecoh juga dalam dunia blogging politik apabila ramai
yang menghentam artis-artis di atas pasal komen mereka berkenaan dengan
hudud. Bukan salah untuk kita bagi pendapat atau komen mengenai hudud
tetapi adakah kita cukup ilmu untuk mempersoalkan perlaksanaan hukum
hudud di malaysia? Terdapat komen-komen artis tersebut tidak masuk akal
dan main hentam sahaja komen.
Bagi aku, artis bukan lah orang yang sesuai untuk komen berkenaan dengan
hudud ini. Biar la pada mereka yang mempunyai ilmu dan pengetahuan
tentang hukum hudud ini. Aku rasa artis tersebut tidak layak untuk
memberi komen atau pandangan berkenaan dengan hudud. Ramai lagi
intelektual yang berhak dan layak untuk memberi pandangan yang bernas
tentang hudud di malaysia.
Sebagai wartawan juga, jangan la nak main hentam sahaja tanya hudud pada
artis. Sepatutnya cari la orang yang layak dan berpengalaman. Hukum
allah ni biarlah orang yang layak sahaja berbincang berkenaan
perlaksanaannya. Bukan aper, takut apa yang kita cakap dan lontarkan
menyebabkan kita berdosa besar kepada ALLAH.
Aku setuju dengan komen wardina untuk artis malaysia nie. Jangan kerana
mulut badan binasa. Ini bukan soal pandai atau tak tetapi ini soal hukum
ALLAH. Bukan sesuatu yang boleh di bicara ikut sedap mulut dan akal.