Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Kaedah simpan madu dengan baik



Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, kaya dengan khasiat tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.


Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-


  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
 



 
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.

  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam  bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.

  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.

  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau ( durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya ). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Cari Maklumat Di Sini