Sebagai manusia biasa, kadang-kadang
kita gemar melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui sama ada ia
membawa kebaikan atau keburukan terhadap diri kita.
Perkara yang paling mudah di pandang enteng oleh manusia adalah sikap suka minum sambil berdiri.
Pergilah
kemana-mana sahaja sekali pun, akan jelas kita diperlihatkan dengan
kerenah manusia yang minum berdiri sama ada di tepi jalan, ketika
melepak mahu pun ketika membeli-belah.
Jelas
sekali tabiat buruk minum berdiri sama sekali ditegah oleh Rasulullah
S.A.W kerana tabiat ini mampu memberikan kesan kepada kesihatan tubuh
badan untuk jangka masa panjang.
Menurut
pakar perubatan, Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkata, makan dan minum
secara duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih
puas di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan secara
tenang.
Kajian perubatan juga
menunjukkan di dalam tubuh badan manusia terdapatnya sejenis penapis
‘sfringer’ yang bertindak membuka bukaannya ketika duduk dan tertutup
ketika berdiri.
Air yang diminum
setiap hari bukanlah 100% ditapis sepenuhnya dan apabila masuk ke dalam
tubuh badan, sfringer akan bertindak menapis segala benda asing dalam
air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh.
Jadi,
sekiranya air masuk ketika tubuh berdiri, maka air itu tidak akan
ditapis terlebih dahulu kerana sfringer tertutup dan terus dibawa ke
kantung kecing yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit lain iaitu
penyakit batu karang.
Minum secara
berdiri juga akan memberikan tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam
perut dan keadaan itu menyebabkan kondisi perut terkejut.
Malah, air akan jatuh ke lapisan perut dengan keras dan akan melanggar lapisan dinding-dinding perut.
Sekiranya
tabiat minum berdiri selalu diamalkan, dinding-dinding perut akan
menjadi longgar dan akan menimbulkan penyakit lain iaitu susahnya untuk
menghadamkan makanan.
Seorang lagi
pakar kajian, Dr. Ibrahim Ar-Rawi juga berpendapat, ketika tubuh
berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan akan turut memberi
tekanan kepada sistem saraf pusat (Central Nervous System) kerana
terpaksa berkerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan
proses pengimbangan badan ketika berdiri.
Keadaan itulah yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat berehat seketika selepas berkerja.
Berbeza
ketika minum secara duduk, sistem saraf dan otot akan berada di dalam
keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dan memproses segala
bentuk bahan secara betul yang masuk ke dalam badan termasuklah air dan
makanan.
Namun, Rasulullah S.A.W
mengharuskan untuk minum dalam keadaan berdiri bergantung kepada keadaan
seperti berada di tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai.
Berlainan pula dengan kisah di mana Rasulullah S.A.W minum air zam-zam dalam keadaan berdiri berdasarkan hadis dari Ibn Abbas.
Air
zam-zam mengandungi kandungan fluorida yang tinggi yang memiliki daya
efektif membunuh kuman dan mengandungi kalsium dan garam magnesium yang
tinggi berbanding sumber air-air yang lain seperti keputusan kajian yang
terhasil dari pakar-pakar pengkaji.
Dari
sudut saintifik, air zam-zam bersifat alkali dan akan dapat
meneutralkan asid secara tidak langsung yang terhasil dalam perut.
Kerana itulah Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum berdiri ketika meminum air zam-zam.
Selain
itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat dan beberapa
kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan
potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber
lain.
Kandungan inilah yang
membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang
meminumnya dan memberi ketahanan anti bodi kepada orang yang meminumnya.
Justeru,
setiap amalan dan tindakan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W
pastinya terkandung seribu kebaikan dan manfaat kepada umat-umatnya.
Jadi, tidak salah bukan bagi kita untuk merubah tabiat buruk kepada yang
lebih baik?
“Sesungguhnya orang yang
beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar
hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan
bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal” –
Surah an-Anfal : Ayat 2.