Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya
untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara
khusus ditekankan:
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah, 3-4)
Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan
Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion
ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari
Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.
Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi
pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan
jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda ‘eksklusif’
seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.
Walau
bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia
sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang
kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di
mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya
sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.
SUMBER