"Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55
tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.Sarawak pula
akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16
September.Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka
manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk
menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.
"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia
kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September
kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan
jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar
bandar di Sarawak,"