Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Jom jadi baik

Assalamualaikum!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah...
Sahabat yang dikasihi sekalian,seringkali kita terlupa untuk mengatakan insyaAllah dalam perbuatan yang kita tidak pasti akan kita buat ataupun tidak.Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.



Sebagai seorang muslim,kita perlu menjadikan sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara adalah ibadah.

Kehidupan kita tidak sama dengan mereka.Pemikiran,akidah dan perbuatan seorang muslim tidak sama dengan orang kafir.


                                                                                
Muslim tidak akan mengambil ringan dalam sesuatu perkara.Baginya setiap perbuatan adalah ibadah.

Jika nampak kemungkaran ditegur atau dihalang,jika nampak sesuatu kebaikan dilakukan dan dikongsi.Itulah seorang muslim.



Masanya teratur,dirinya dimanfaatkan untuk islam. Carilah perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Dan lakukanlah perkara itu selagi ia tidak menyalahi syariaat.



Muslim soleh menjadi Al-quran sebagai panduan,menjadikan solat sebagai teman juga menjadikan puasa sebagai kekuatan.Doa sebagai senjata.



Sahabat yang dikasihi sekalian,
Sama-samalah kita melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.Terutamanya kepada diri kita sendiri.Ajaklah diri sendiri melakukan kebaikan dan halanglah diri daripada melakukan kemungkaran.

Cari Maklumat Di Sini