AKSI Datuk Lee Chong Wei ketika bertemu Chen Long (gambar
kecil) dari China dan menang 21-13, 21-14 untuk mara ke final badminton
perseorangan lelaki Olimpik 2012 London.
SEORANG penduduk kampung keluar dari mulut seekor ikan
paus seberat lebih 10 tan untuk melihat lebih dekat ketika operasi
memindahkannya ke darat oleh Jabatan Perikanan di muara Sungai Sitompok,
Kuala Penyu dekat Kota Kinabalu, petang tadi. Paus sepanjang kira-kira
17 meter spesis Balen itu dipercayai mengalami 'stress' apabila berada
di kawasan bukan hidupannya. Ikan paus itu ditemui seorang pekerja Taman
Pulau Tiga terdampar kira-kira 20 meter dari gigi air sungai itu pada
pukul 9 pagi. - Foto BERNAMA
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 45.2 Jalan Johor Bahru ke Batu Pahat.
SEBUAH kereta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini. Insiden berlaku apabila kereta
Perodua Kembara yang melalui Jalan Tun Razak di depan Institut Jantung
Negara (IJN) terbabas dan memasuki arah bertentangan, menyebabkan tiga
lagi kenderaan terbabas. - Foto BERNAMA
SEORANG budak lelaki memanjat kereta perisai yang
dimusnahkan tentera Syria di depan bangunan masjid yang runtuh dekat
Azaz, 47 kilometer dari utara Aleppo. - Foto Reuters
PESERTA Mesir, Khalil K Abir Abdelrahman terjatuh selepas
gagal mengangkat bebanan dalam acara angkat berat 75 kilogram pada
temasya Sukan Olimpik London, semalam. - Foto Reuter
RIBUAN penduduk Palestin dari Tebing Barat berebut untuk
melepasi kawalan askar Israel di Baitulaham. Mereka mahu ke Baitulmaqdis
untuk menghadiri solat Jumaat di Masjid al-Aqsa pada Ramadan tahun ini.
Anggota keselamatan Israel mengehadkan kemasukan ke al-Aqsa kepada
lelaki berusia 12 hingga 40 tahun atas alasan keselamatan. - Foto EPA