Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

"Sanggup dipanah petir"

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque

 

TAHAN...anggota polis marin menahan suspek.
PELABUHAN KLANG: “Sumpah saya tak bawa dadah, saya sanggup dipanah petir!,”
itu antara helah seorang daripada tiga lelaki bagi melepaskan diri sewaktu ditahan
 pasukan polis marin Pelabuhan Klang kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu
dianggarmencecah RM1 juta ke Indonesia, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bot berkenaan, polis menemui
 empat peket syabu dianggarkan seberat lapan kilogram yang disorok di bawah tangki
minyak di bahagian enjin. Ketiga-tiga lelaki warga Indonesia berusia 40-an terbabit
 ditahan pihak berkuasa selepas mendapati sebuah bot tukar barang yang sedang
 menyusuri Kuala Sungai Klang, di sini, dalam keadaan mencurigakan kira-kira
 jam 6.30 pagi.

Penahanan dilakukan selepas polis menerima maklumat sebuah kereta
 menghantar barangan dipercayai dadah kepada individu tertentu di sebuah
 jeti sebelum dipindahkan ke dalam bot itu.

  
  • SINI...Norzaid menunjukkan tempat syabu disorok di bahagian enjin bot.


  • FotoBUKTI...syabu seberat lapan kilogram yang cuba diseludup.
Dadah dirampas dipercayai ingin diseludup ke negara jiran dan polis tidak
 menolak kemungkinan penyeludupan itu mempunyai kaitan dengan sindiket
dadah antarabangsa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang,
 Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, sewaktu ditahan, bot
berkenaan dipenuhi muatan tilam terpakai dipercayai bertujuan mengaburi
pihak berkuasa.

Katanya, polis menahan seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia
 yang tidak sempat melarikan diri kerana bot berkenaan tidak dapat bergerak laju.


“Sewaktu disoal siasat, semua suspek tidak membawa sebarang barangan
dari Tanjung Balai Asahan ke Pelabuhan Klang selain mengaku sudah
berada empat hari di sini dan ingin pulang ke negara asal untuk membawa
 muatan tilam terpakai untuk dijual.

“Curiga dengan keterangan yang diberikan semua suspek, polis kemudian
 menjalankan pemeriksaan ke atas bot berkenaan sebelum menjumpai
empat peket plastik lutsinar mengandungi dadah syabu yang disorokkan
di bawah tangki minyak bahagian enjin bot,” katanya pada sidang media
di Markas Polis Marin Pelabuhan Klang, semalam.

Norzaid berkata, keseluruhan rampasan mencecah RM1 juta berdasarkan
 harga dadah itu RM120,000 sekilogram mengikut harga pasaran.

Menurutnya, polis turut mendapatkan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9)
untuk menjalankan pemeriksaan lanjut mengenal pasti sama ada masih
 terdapat dadah yang disorok di dalam bot berkenaan.

Tambahnya, semua suspek ditahan akan mendapatkan perintah tahanan
 reman mulai semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan
polis bagi mengenal pasti sindiket yang terbabit dengan kegiatan penyeludupan ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)
 1952 Pindaan (1998) yang sabit kesalahan akan dikenakan hukuman
gantung mandatori.

Cari Maklumat Di Sini