Malaysia memang terkenal dengan menu makanan yang datang dari pelbagai. Paling tidak boleh dinafikan keunggulannya sebagai makanan paling sedap dan menjadi juadah kegemaran ramai adalah Nasi Lemak. |
Tidak pasti dari mana permulaannya tapi mengikut cerita orang lama, Nasi Lemak merupakan makanan orang kampung yang bekerja sebagai nelayan dan petani dimana mereka membungkus Nasi Lemak menggunakan daun pisang. Namun ada juga sesetengah pihak yang mengatakan Nasi Lemak adalah seakan-akan nasi Wudhuk yang boleh didapati di Indonesia.
Walaubagaimanapun, keunikan Nasi Lemak tidak boleh ditandingi apatah lagi jika ianya dibungkus dengan daun pisang. Bagi mereka yang belum mencuba, cari tempat yang akan kami sarankan dan cuba sendiri, pasti mahu lagi!
Namun pihak nutrisi menyarankan agar tidak mengambil Nasi Lemak sebagai menu pagi anda dikhuatiri kalori di dalam badan berlebihan dan menyebabkan masalah obesiti dan sebagainya. Apa jua jenis makanan yang diambil, berpada-padalah!
Nasi Lemak Mali's Corner
Walaubagaimanapun, keunikan Nasi Lemak tidak boleh ditandingi apatah lagi jika ianya dibungkus dengan daun pisang. Bagi mereka yang belum mencuba, cari tempat yang akan kami sarankan dan cuba sendiri, pasti mahu lagi!
Namun pihak nutrisi menyarankan agar tidak mengambil Nasi Lemak sebagai menu pagi anda dikhuatiri kalori di dalam badan berlebihan dan menyebabkan masalah obesiti dan sebagainya. Apa jua jenis makanan yang diambil, berpada-padalah!
Nasi Lemak Mali's Corner
Nasi Lemak yang popular di Setapak iaitu Nasi Lemak Mali's yang mula beroperasi pada tahun 1997. Dibuka dari jam 5 petang hingga keesokkan paginya. Namun mereka seringkali menutup kedai sejurus selepas Nasi Lemak habis iaitu di sekitar jam 3 pagi. Tidak pernah putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai golongan, yang pasti mereka percaya dengan rasa yang masih sama di Nasi Lemak Mali's ini. Antara artis yang pernah datang ke kedai adalah Fasha Sandha dan juga Afdlin Shauki. Antara keistimewaan yang terdapat di kedai ini adalah Char Kuey Teow yang lazat serta udang segar . Sebelum makan, terlebih dahulu anda harus beratur panjang untuk memesan makanan.
Nasi Lemak Famous , Bangsar
Kebiasaan Nasi Lemak dijual pada pagi hari namun bagi mereka yang mengidam mencari Nasi Lemak di waktu malam dengan rasanya yang dijamin sedap, boleh pergi dan cuba Nasi Lemak Famous di Selera foodcourt Bangsar. Harga dari sepinggan Nasi Lemak boleh didapati dari RM2.00. Harga tersebut dikira murah jika berada di kawasan Bangsar. Paling popular adalah Nasi Lemak Ayam goreng, harga dari RM5.50 untuk satu set.
Nasi Lemak Maybank
Situasinya seperi mamak di mamak namun keistimewaan sudah pasti Nasi Lemak yang mereka miliki. Bukan pihak Maybank yang membuka cawangan Nasi Lemak. Gerai ini dinamakan Nasi Lemak Maybank adalah kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Maybank di Petaling Jaya. Keenakkan ayam goreng dan juga Nasi Lemak mereka yang dihidangkan di dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan anda tidak larat berganjak apabila kekenyangan. Sambalnya yang pedas namun bukan sahaja pedas, terdapat rasa manis di dalamnya yang memberi keseimbangan rasa kepada lidah kita apabila memakannya. Ayam goreng berlemak sememangnya menjadi pilihan penggemar Nasi Lemak di Kuala Lumpur. Apa yang perlu anda ingat sebelum datang, elakkan dari datang bersama kumpulan yang ramai kerana limitasi tempat yang kurang agak sukar jika datang ramai.
Nasi Lemak panas daun pisang
Masih mengekalkan teknik pembungkusan tradisional, Yati Nasi Lemak yang bersebelahan dengan Amway merupakan daya tarikan di medan selera Jaya 223. Terdapat 2 jenis pilihan Nasi Lemak dimana satu dari bungkusan bewarna biru rasanya adalah lebih manis dan basah manakala satu lagi yang mempunyai tanda merah adalah lebih kering dan lebih pedas. Namun keenakkan bagi kedua-dua Nasi Lemak ini dijamin sedap. Anda mempunyai dua pilihan jika datang ke gerai Nasi Lemak Yati. Memang berbaloi! Harga Nasi Lemak ini hanyalah RM 1 sebungkus.
Nasi Lemak Kafetaria Istana Budaya
Ianya bukanlah tempat sesuai untuk bersantai atau makan bersama rakan namun jika anda seorang hantu Nasi Lemak dan sudah mencuba pelbagai Nasi Lemak dari serata negeri, apa kata kali ini anda pergi pula ke kafetaria Istana Budaya, di sana mereka ada menjual Nasi Lemak daun pisang yang sememangnya lazat dengan sambal yang rasa seperti di rumah. Jika anda hanya memakan sebungkus, mungkin ada peluang untuk anda menambah sekali lagi.