Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Seksyen 114A - akta keterangan 1950

Terima arahan makhluk asing untuk merompak


LONDON - Seorang pencuri dihukum penjara, 12 bulan selepas mengaku bersalah merompak kediaman ibunya sendiri selepas diarahkan makhluk asing atau alien.

John Michael Kirby, memberitahu di dalam Mahkamah Crown Teesside bahawa makhluk asing itu menyuruhnya memecah masuk rumah mangsa dan mencuri makanan untuk diedarkan kepada gelandangan.

Apabila hakim Recorder William Lowe bertanya sama ada Kirky, 29, mahu mengatakan sesuatu mengenai pertuduhannya itu, dia menjawab, "tidak, terima kasih."


******************************************************************



PUTRAJAYA -  Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap akta berkenaan.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna Internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna
Internet dalam negara.
Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang Twitternya semalam.
Rais berkata, Kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan Seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di sini.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang mekar dalam negara. - Bernama

************************************************************************


Perogol bersiri tikam gadis dijel

KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman penjara 28 tahun atas kesalahan rogol dan cabul di negeri ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah menikam paha seorang gadis yang gagal dirogolnya.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Amran Che Jaafar, 30, seorang duda yang pernah dikaitkan dengan 20 kes rogol serta cabul.
Beliau menetapkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai semalam dan diarah berjalan serentak dengan tempoh hukuman penjara 28 tahun yang disabitkan sebelum ini.
Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 28 tahun.
Sebaik hukuman dijatuhkan semalam, Amran sempat mengucapkan selamat hari raya kepada Muhamad Hafiz.
“Selamat Hari Raya Yang Arif,” ujarnya sambil tersenyum.
Amran dibawa ke hadapan mahkamah dengan kawalan ketat apabila dua pegawai penjara yang mengawalnya turut masuk ke dalam kandang tertuduh.
Tertuduh mengaku mencederakan promoter sebuah pusat membeli-belah berusia 25 tahun itu di bilik asrama tingkat atas sebuah kedai perkakasan di Jalan Hamzah di sini dengan menggunakan sebilah pisau pada pukul 8.30 pagi 15 Mei tahun lalu.

Cari Maklumat Di Sini