mati pun susah....inikan pula nak parking..hkl
KUALA LUMPUR - Masalah parkir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bukan isu baru, bagi pesakit buang pinggang yang menjalani rawatan dialisis, masalah tersebut membebankan mereka kerana terpaksa berebut parkir dan berjalan jauh jika parkir berdekatan penuh.
Salah seorang pesakit buah pinggang, John Lee, 46, berkata, dia mengalami masalah parkir setiap kali datang untuk menjalani rawatan dialisis. Menurutnya, petak parkir sedia ada berhampiran dengan pusat dialisis tidak mencukupi untuk pesakit buah pinggang yang datang.
“Kami datang cuci darah bukan suka-suka, bila tiada parkir, ia memberi tekanan kepada kami kerana terpaksa parkir jauh, dan apabila habis rawatan, kondisi badan kami lemah, sukar untuk berjalan jauh.
“Bila parkir tepi, bukan di petak parkir, kereta dikunci dan dikenakan denda tetapi apabila dibayar, tidak diberikan resit,” katanya kepada Sinar Harian.
Zulkifli Abdul Ghani, 41, pula menyifatkan pesakit buang pinggang bagai dianaktirikan kerana tidak mendapat kemudahan sempurna dalam mendapatkan rawatan.
Dia yang sudah 38 tahun menjalani rawatan dialisis di HKL berkata, pesakit buah pinggang boleh dikategorikan pesakit kronik, namun tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
“Ada yang terpaksa parkir berlapis, kena tolak kereta dan sebagainya, disebabkan kemudahan parkir tidak mencukupi khusus untuk pesakit buah pinggang yang datang mendapatkan rawatan.
“Kami di sini bukan ramai, malah tempoh rawatan juga ada giliran waktu, jadi kemudahan parkir untuk kami perlu diutamakan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi, Majlis Belia Kawasan Bukit Bintang, Mohd Faizal Samsudin yang juga salah seorang pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan dialisis di HKL berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, pihak pengurusan parkir yang mengambil tindakan mengunci kenderaan pesakit perlu dilihat semula. “Pesakit ini pelanggan HKL, buat rawatan tiga hingga empat kali seminggu, bila kereta dikunci dan perlu bayar, ia sesuatu yang membebankan kerana kebanyakan mereka tidak mampu bekerja.
“Harap masalah ini tidak berterusan dan pihak kementerian perlu mengambil tindakan menyediakan parkir bertingkat menggunakan tapak parkir sedia ada,” katanya.