Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

demi tugas............dbkl

gambar atas : salah seorang kakitangan dbkl  yang cedera di pukul


Apakah salah kami , di pukul dan dibelasah sedemikian rupa , sebagai kakitangan kerajaan , khususnya dbkl tanggungjawab yang di beri oleh jabatan harus di laksanakan.

Sekiranya penguatkuasa gagal jalankan tugas , banyak pihak kutuk dbkl .
 Bermacam - macam tomahan yang lemparkan.

Kejadian kakitangan dbkl  di pukul berlaku di masjid india. Di percayai di lakukan oleh peniaga mercun yang tidak puas hati . Padahal larangan berniaga mercun telah di keluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Di sini , siapa yang harus di persalahkan ?
peniaga mercun atau kakitangan dbkl yang di arahkan  menjalankan tugas .



 TEGAS DAN SETIA  slogan dbkl

gambar : anggota dbkl yang bertugas



Hanafi (kiri) bersama rakan sekerjanya, Anuar  cedera akibat diserang oleh peniaga mercun di Jalan Tunku Abdul Rahman. - Foto Farizul Hariz AwangHanafi (kiri) bersama rakan sekerjanya, Anuar cedera akibat diserang oleh peniaga mercun di Jalan Tunku Abdul Rahman. - Foto Farizul Hariz Awang
Kuala Lumpur: Empat anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah peniaga mercun haram yang tidak puas hati dengan arahan menutup gerai mereka, di Jalan Masjid India, tengah malam semalam.

Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku ketika empat penguat kuasa yang meronda kawasan orang ramai membeli-belah sempena Aidilfitri. 

Inspektor Penguatkuasa DBKL, Hanafi Abd Manaf, berkata beliau bersama tiga anggotanya mengarahkan beberapa lelaki menjual mercun tanpa lesen yang membuka gerai di zon sita berhampiran Maybank supaya menutup perniagaan. 


“Saya diserang empat lelaki yang menumbuk dan menendang bertalu-talu. Walaupun sudah terjatuh dan berdarah di muka, mereka tetap membelasah saya. Tiga rakan yang cuba membantu turut dibelasah,” - Hanafi Abd Manaf, Inspektor Penguatkuasa DBKL.
Selepas tiga kali arahan dikeluarkan, seorang lelaki dipercayai pemilik gerai tiba-tiba menendang meja lipat yang mempamerkan pelbagai jenis mercun diikuti sekumpulan yang lain menyerangnya.

“Saya diserang empat lelaki yang menumbuk dan menendang bertalu-talu. Walaupun sudah terjatuh dan berdarah di muka, mereka tetap membelasah saya. Tiga rakan yang cuba membantu turut dibelasah,” katanya kepada BH semalam.

Hanafi menerima 30 jahitan di atas kedua-dua kening, patah gigi serta lebam dan bengkak di muka.

“Sejak bertugas meronda sekitar bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman empat tahun lalu, ini kali pertama saya dan rakan diserang kumpulan peniaga samseng,” katanya. 
Seorang lagi mangsa, Anuar Jusoh, 46, yang cuba membantu Hanafi, mengalami bengkak di muka, lebam mata kiri dan menerima lima jahitan di atas kening akibat diserang dua lelaki.

Turut dibelasah

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya bersama dua lagi rakan cuba membantu Hanafi daripada dibelasah lebih teruk. Namun, kami turut menjadi mangsa,” katanya.

Dua lagi rakan mereka, Mohd Khairul Amir Manshor, 30-an, patah hidung akibat ditumbuk, manakala Azmi Yusof, 40-an, cedera di lutut dan belakang badan selepas ditendang dan dipijak kumpulan lelaki berkenaan.

Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang semalam.

Cari Maklumat Di Sini