Berhati-hati bila berbicara
Hari-hari kita bercakap. Sebaik sahaja kita mencelikkan mata, mulut akan terus mengeluarkan perkataan-perkataan. Ia akan hanya berhenti semasa kita tidur kembali, itupun sekiranya kita tidak mengigau semasa melelapkan mata.
Perumpamaan di atas jelas telah memberi amaran kepada kita supaya sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita tuturkan. Tetapi sebagai manusia biasa ada kalanya kita terbabas juga. Bukan bermaksud untuk berkata seperti itu tetapi perkataan terkeluar seperti yang kita tidak jangka. Kata-kata kita itu sudah mengguris orang yang mendengar. Kalau ditarik balik pun, hati sudah calar.
Namun begitu, tidak semua orang yang sentiasa menjaga perkataan yang keluar dari mulut. Ada juga di antara kita ini yang memang suka cakap lepas. Jenis mulut laser. Jenis ini beranggapan, buat apa cakap belakang-belakang. Kalau tidak suka atau tidak setuju baik saja cakap terus depan-depan.
"Terlanjur menarik picu sepucuk pistol mampu membunuh seorang manusia, seorang manusia yang terlanjur meluahkan kata-kata yang silap mampu merosakkan seluruh komuniti masyarakat".