Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Ketupat sotong...Sluurpp!!!!!! , sekali rasa nak lagi...

satu lagi resepi tradisional istimewa masyarakat Terengganu dan Kelantan.Ketupat Sotong, mungkin kita tidak pernah mendengarnya, apatah lagi merasai makanan yang sangat unik  ini.Bagi mengetahuinya dengan lebih lanjut, jom ...





Ketupat sotong Terengganu



Bahan-bahan:

1 kg sotong
400 gram beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar halba
4 cawan santan [dari 1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 sudu kecil gula
garam (secukup rasa)



Cara Membuat:

1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat. 








Ketupat sotong kelantan


Bahan-bahan ( 5 orang makan (2 ekor seorang-depends!) )

  • 10 ekor sotong segar-sederhana besar-bersihkan
  • Beras pulut-angaran. basuh & toskan.
  • 2 kerek Ni'san/gula melaka (biasa kalau guna gula Melaka warna sedikit cerah)
  • santan dari satu biji kelapa
  • Gula-atas rasa sendiri
  • Sedikit Garam
  • Daun pandan 2/3 helai
  • pengcukil gigi/lidi
  • halia 1 hiris (mayang halus) <--kalau tak nak , jangan taruk...kawe pon tak suka ..hehe..

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong. Masukkan beras pulut yang telah dibersihkan hingga padat kedalam sotong yang telah dibersihkan.
  2. Kepala Sotong disematkan kebadan sotong dengan pencungkil gigi agar pulut tidak terkeluar.
  3. Susun kedalam periuk, dan masukkan santan dan simpulan daun pandan, gula melaka/Ni'san,Garam dan gula sambil dikacau sehingga mendidih.
  4. Rasalah manis dan lemaknya. Angaran pulut masak adalah seperti kita memasak nasi.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.


Cari Maklumat Di Sini