Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

pelik.........tapi berisiko besar


Jumpa 6 batang jarum peniti dalam wafer coklat

TELOK KEMANG – Enam batang jarum peniti hampir mencederakan seorang lelaki yang asyik menikmati wafer berperisa coklat yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Telok Kemang, baru-baru ini.

Saipol Bahar Mahat, 41, berkata, dia terasa seperti ada objek keras ketika mengunyah wafer berperisa coklat berkenaan.

“Saya baru kunyah dua kali dan terasa ada benda tajam, lalu saya keluarkan benda tersebut itu.

"Alangkah terkejutnya melihat sebatang jarum peniti dan kunyahan seterusnya, saya masih merasai ada lagi objek yang sama," katanya.

Menurutnya, apabila diluahkan, dia mendapati ada enam batang jarum peniti kesemuanya.

"Saya membeli wafer coklat itu di sebuah pasar raya," katanya.

Saipol berkata, dia segera menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.

"Saya minta isteri buang semua wafer di dalam peti sejuk kerana khuatir anak saya yang berusia 4 tahun turut memakannya.

"Saya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson," katanya.

sumber;

***************************************************************************************


Kereta berhias dijangka serikan Program Merdeka Raya

BESUT - Kira-kira 100 buah kereta berhias dijangka menyertai Program Merdeka Raya 2012 anjuran bersama Pejabat Daerah Besut dengan Umno Bahagian pada perarakan sempena Hari Kemerdekaan negara di Pantai Perkelahan Air Tawar di sini 8 Sept ini.
Pengerusi bersama program, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pelbagai pasukan termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan politik, peniaga, pemandu kereta sewa, anggota keselamatan dan sekolah akan menyertai acara tersebut.
"Program akan bermula pukul 8 pagi dengan mengumpulkan seramai 20,000 peserta," katanya kepada Bernama ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri di nkediamannya di Kampung Alor Lintang di sini hari ini.
Abdullah berkata atur cara tersebut adalah merupakan aktiviti kemuncak sambutan yang akan turut disertai penduduk tempatan pelbagai lapisan masyarakat.
"Acara selingan kereta berhias akan diadakan pada sebelah malam 7 September bagi membolehkan peserta membuat persediaan terakhir dan pengambilan markah pertandingan kereta berhias," katanya. - Bernama


Cari Maklumat Di Sini